14 Oktober 2016

8 Sebab kenapa isteri tidak mentaati suami


1) Suami Yang Tidak Taat Pada Perintah Allah SWT
   
Macamana para isteri nak taat pada suami kalau suami sendiri tidak taat pada Penciptanya.Macam mana  nak membina keluarga sakinah jika sembahyang berjemaah dengan isteri pon jarang-jarang atau tidak pernah dibuat.tepuk dada tanya hati :)

2) Suami Yang Hanya Memelihara Nafkah Batin Namun Mengabaikan Nafkah Zahir

Pernah dengar lagu Sharifah Aini - Seiring dan Sejalan..... sama saja seperti konsep diatas.
Bukan nafkah batin yang menjadi kayu ukuran kepada kebahagiaan rumah tangga seseorang individu... namun nafkah zahir seperti makanan, tempat tinggal, pakaian , pendidikan dll adalah lebih penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga sesorang. Macam mana isteri nak taat pada perintah suami, sedang kan isteri mencari rezeki suami dirumah hanya bersenang-lenang menunggu duit isteri. Memangla zaman sekarang ramai dikalangan para isteri lebih bijak dan berkerjaya tinggi dari para suami, namun itu bukanla dijadikan alasan untuk para suami tidak menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri. Dalam hidup kenalah balance.. tak boleh lah nak berat sebelah baru adil dan saksama.... hidup bahagia aman dan sentosa. :)

3) Suami Yang Tidak Tahu Menjaga Kebersihan Diri Sendiri 

- PEMALAS NO.1
Heheheh... selalu kalau dalam ceramah-ceramah agama  atau motovasi kita sering kali dengar isteri kena selalu tampak cantik berseri dimata suami, isteri kena selalu wangi dan berhias untuk menambat hati suami..... sebenarnya bukan para isteri saja yang harus kelihatan cantik menawan dimata suami... sang suami pon kena kelihatan tampan bergaya dimata isteri. Yang paling utama kebersihan diri haruslah dijaga......
a)  Rambut, janggut, misai , bulu hidung dan segala bulu yang berkaitan haruslah di trim agar selalu agar nampak kemas dan menarik bukan dimata perempuan lain tapi dimata isteri. (nawaitu tu kena btol)

b)Gigi pulak rajin-rajinlah gosok especially bagi mereka yang suka merokok dan mengamalkan pemakanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti coffee, petai, jering (jengkol - wong jowo ngomong kayo kui) heheh dan yang berbau dan sewaktu dengan nya..... kalo isteri beiya gosok gigi pakai mouth freshner, tapi mulut suami MasyaAllah "harumnya"..... xlalu kot para isteri nk berborak dan bercakap dengan para suami.... so kalo isteri anda tekup hidung guna tangan bila anda bercakap tu... faham2lah maksud isteri anda yang mulut anda 2 berbau.... dan lakukan la apa yang patut.... 

c) Bau badan hendaklah dihindari, rokok berkotak2 boleh beli xkan perfume, deodorant xleh beli kot.... x yang mahal yang murah-murah pon ada..... asalkan bau badan hilang, sedap sikit isteri nak bermanja-manja.... ni tidak balik kerja nak salam dan cium tangan suami, first thing confirm bau rokok... pakai la losyen ke pape yang patut.... zaman sekarang orang lelaki pon kena pakai losyen jugak ... bukan orang pompuan saja.....armpit (ketiak) pulak selain di shave hendaklah disapu deodorant barulah wangi dan segar sentiasa..... nak peluk isteri pon rasa selesa....... xdelah nanti tengah-tengah peluk isteri hidung isteri kembang kempis pastu terus pengsan dek  tak cukup udara segar... heheheheh....

d) Bau Stokin atau Bau Kaki, jadi suami jangan hanya mengharapkan isteri semata-mata, suami kena bertolak ansur dan bertimbang rasa..... kalo isteri tak sempat nak cuci stokin, awak sebagai suami cuci lah sendiri..... bukan susah mana pon..... masuk dalam baldi, tuang sabun, gonyoh-gonyoh (gosok-gosok), bilas air paip, sidai kat ampai..... (jangan perah ... kang kembang pulak stokin 2).... kalo rasa malas nak cuci tangan basuhlah mesin.... tekan je button on, tekan button water level, tuang sabun dan start..... dah siap cuci sidai..... kalo tak reti gak lah dua- dua cara di atas wat lah stock stokin 30pcs untuk sebulan.... sehari sepasang..... beli je kat giant  RM1 satu.... sebulan baru RM30 .... mampukan..... basuh sebulan sekali..... kan senang - ringan sket beban isteri anda..... INGAT!!!! jangan pakai stotkin sebulan sepasang, jaga kebersihan kaki dan kuku kaki..... jangan biar kuku kaki anda sepanjang kuku siamang .... seram kot...... heheeh....


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: