Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tanda Allah merindui hambaNya



Apabila Allah merindukan hambanya,
Allah akan mengirimkan hadiah berbentuk ujian buat hambanya melalui malaikat Jibrail...
Jadi jangan merajuk dengan kerja Allah,
kerana Allah sudah pun menduga seseorang itu mengikut kemampuan dan kekuatannya
sebelum diberikan hadiah yang berbentuk ujian dan dugaan..
andai kita rindukan seseorang, 
kita cuba menghubunginya tanpa kita tahu dia merindui kita atau pun tidak,
bagaimana pula dengan Allah,
yang sentiasa mencintai dan merindui hamba2 Nya,
agak2 apa patut kita buat?

Pejam mata, tarik nafas dan fikirkan sejenak.
kembalilah kepada Allah,
Kerna Allah tidak pernah tinggalkan kita walau sejenak.
Saat senang dan susah kita,
Allah sentiasa ada.
Kadangkala kita merasakan kita sendirian.
Padahal Allah sentiasa ada untuk kita,
sentiasa dekat dengan kita.




Tiada ulasan