13 Oktober 2016

Punca Keputihan Dan Rasa Gatal Pada Kemaluan

Ramai wanita mungkin mengalami masalah cecair keputihan keluar dari kemaluan dan berasa gatal pada bahagian faraj tetapi segan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Betul tak?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan cecair yang abnormal keluar dari kemaluan wanita seperti jangkitan bakteria, kulat dan mungkin juga kanser pangkal rahim.

Dikatakan 75 peratus daripada wanita akan mengalami sekali jangkitan kulat ini dalam hidupnya. Manakala, 40 hingga 45 peratus wanita akan mengalami 2 atau lebih jangkitan kulat sepanjang hidupnya.

Apa jangkitan kulat yang dimaksudkan?
Jangkitan kulat yang dimaksudkan adalah jangkitan pada kemaluan yang disebabkan oleh sejenis kulat atau fungas yang menjadi normal flora dalam kemaluan wanita iaitu Candida Albicans. Dalam ilmu perubatan, jangkitan ini
dipanggil sebagai Vaginal Candidiasis atau Vulvovagina Candidiasis .

Untuk pengetahuan semua, kulat Candida Albicans ini sememangnya hidup dalam badan manusia seperti di bahagian usus, faraj dan juga mulut dan ianya dipanggil sebagai organisma normal flora kerana tidak mendatangkan bahaya jika dalam jumlah yang kecil.

Apakah tanda atau simptom yang biasa dialami oleh pesakit?
Cecair keputihan seperti keju atau berketul-ketul akan keluar daripada faraj wanita. Biasanya,pesakit akan mengadu gatal-gatal pada bahagian kemaluan.

Disebabkan kegatalan kemaluan tersebut, mereka kerap menggaru pada kemaluan dan ada yang sampai terluka dan kemerahan. Jika kemaluan pesakit terluka, kemungkinan jangkitan kedua seperti jangkitan bakteria mungkin boleh berlaku. Ada juga pesakit yang mengadu sakit faraj ketika kencing atau selepas melakukan hubungan seks.

Biasanya cecair keputihan yang disebabkan jangkitan kulat ini tidak berbau busuk dan tidak melibatkan pendarahan.

Ada juga yang pernah bertanya, adakah jangkitan seperti ini boleh menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks?

Vulvavaginal candidiasis bukanlah sejenis penyakit kelamin yang berjangkit (Sexually transmitted disease) . Namun si suami mungkin boleh mengalami kemerahan dan pedih padazakar jika si isteri mempunyai jangkitan kulat yang teruk.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh berlaku?
Apakah punca atau risikonya?

Kulat Candida Albican adalah kulat yang hidup secara normal flora di bahagian kemaluan dan juga mulut manusia tapi dalam jumlah yang kecil dan tidak menyebabkan simptoms.

Namun begitu, jika seseorang itu mengalami sistem pertahanan badan yang lemah seperti menghidap kencing manis, HIV atau lain-lain penyakit, maka kulat ini akan tumbuh berlebihan pada bahagian kemaluan dan seterusnya menyebabkan simptom.

Selain itu, jika pesakit pernah mengambil antibiotik yang broad-spectrum atau penggunaan steroid pada jangka masa panjang, maka mereka juga antara orang yang berisiko mendapat jangkitan ini.

Ibu yang mengandung itu sendiri juga cenderung mengalami jangkitan kulat disebabkan perubahan pada sistem pertahanan badan dan juga perubahan keasidan atau pH pada bahagian faraj.

Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?
-Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik
-Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
-Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluan
-Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
-Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal.

Credit : Weiga

2 ulasan:

  1. Dulu mira pun ada masalah macam ni, sebagai orang perempuan memang rasa malu jugak, tapi sekarang alhamdulillah hilang dah. Mira makan alfalfal complex je pun :)
    Boleh baca sini http://minimeyra.blogspot.my/2016/01/masalah-keputihan-merupakan.html

    BalasPadam
  2. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    BalasPadam