Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

9 Sebab perempuan zaman sekarang susah nak masuk meminang


Kalau zaman dulu, umur 14 tahun pun ada yang dah kahwin. Tapi zaman sekarang, yang lebih 40 tahun masih single pun ada lagi. Ye memang jodoh tu di tangan Tuhan, bukan lah sampai tak nak percaya dalam bab-bab ketentuan jodoh ni, tapi ada beberapa sebab kenapa wanita zaman sekarang susah sangat orang nak masuk meminang berbanding dulu.

Ye lah zaman sekarang serba canggih berbanding dengan zaman dulu, mungkin disebabkan peredaran zaman lah yang mendorong terjadinya sebab-sebab kenapa orang susah sangat nak masuk meminang ni. Jadi, disini saya kongsikan 9 sebab tersebut.

1. Girls Run The World
Kita semua dah tahu zaman sekarang ni purata wanita lebih banyak daripada lelaki, mungkin tulah kot sebabnya sampai lelaki dah limited edition. Tambah pula bukan semua lelaki sekarang ada cop sirim. Hehe! Faham-faham la ye!

2. Gaji Wanita Lebih Besar
Biasanya wanita yang gaji besar ni, maintanance dia tinggi. So orang lelaki mestilah akan fikir 10 kali kalau nak masuk meminang takut diaorang tak mampu.

3. Workaholic Sangat Sampai Lupa Soal Jodoh
Ye lah, kalau dah kerja gaji pun besar mestilah pangkat dia tinggi dan beri tumpuan pada pekerjaan kan? Jadi, mungkin tinggi sangat visi misi korang pasal kerja tu sampai tak ada masa nak fikir soal jodoh.
Lepastu bila balik kampung bercuti mak tanya terus krik krik. Kalau ya pun sibuk pandang-pandang lah sikit kanan kiri, manalah tahu ada yang tersangkut.

4. Nak Buat Wedding Of The Year
Memanglah kahwin tu orang kata sekali seumur hidup, belah perempuan memang lebih Havoc sikit berbanding dengan belah lelaki, lebih-lebih lagi bila korang tu anak sulung  tapi ikut kemampuanlah.
Majlis tu dah satu hal. Harga mas kahwin pulak lagilah, Neelofa pun tak letak mahal macam tu.

5. Hantaran Kahwin Mengalahkan Puteri Gunung Ledang
Haaa. yang ni pun lagi satu hal, sekali minta hantaran iPhone, kereta, perfume mahal segala. Memanglah jarang nak merasa tapi berpada-padalah kan? Pakai minyak attar pun dah cukup, wangi apa!

6. Ramai Yang Dah ‘Kahwin’ Dulu Sebelum Nikah
Yang ni tak nak komen banyak-banyak. Faham-faham jela.

7.Obses Sangat Dengan Remy Ishak
Taste tu tinggi sangat, sampai semua lelaki yang ada kat keliling dia reject. Turunkan sikit level taste tu, nanti dah tua badan sado muka kacak semua tu hilang juga.

8. ‘Lelaki’
Hahahaha…korang mesti faham maksud kitaorang kan?

9. Terlajak Laris
Alahai! Molek sangat awek ni. Lelaki manalah yang tak rasa insecure bila dibawa jalan kemana-mana orang semua ushar. Tapi, kalau dah memang dijadikan lawa tak boleh buat apa kan? Cuma kalau yang muka tak seberapa tapi suka tayang aset tu. Adoii abam manalah tak pandang. Ye idok?
Pokok pangkalnya kalau masing-masing setia cantik macam mana sekalipun mesti lelaki tu tak risau dan confirm senang je masuk meminang.

Tiada ulasan