Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cerita kami | #genghuruhara Overnight Di Port Dickson















14 Jan 2017 | Rindu. Itu yang aku rasakan saat ini. Rindu nak overnight lagi. Rindu nak luangkan masa bersama korang lagi. 

Ini cerita pertama antara aku dan mereka. Ini kenangan pertama kami. Kali pertama keluar berjimba bersama-sama.

Mulanya, pergi Sikamat untuk makan malam ditemani Daus, Afif dan Alef. Makan.. makan.. makan.. tiba-tiba keluar isu esok cuti. Cuti ke? Tak pasti punya pasal, Si Afif call bos. Okay, comfrem esok cuti. Terus diaorang plan nak pergi PD. Jejalan lepak pantai katanya. Tengok jam, dah hampir jam 11pm. Alamakkk dah lewat!!!

Lewat bukan alasan dan halangan. Terus call Kojek dan Roy. Ajak diaorang join sekali. Lagi ramai, lagi best dan lagi meriah. Bla.. bla.. bla... pot.. pet.. pot.. pet.. pot.. pet.. tengok jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Okay, terus gerak. Kebetulan waktu tu Kojek dan Roy bawak van. Apa lagi, terus lancar ke Port Dickson. Hahaaa dengan selambar bawak van company pergi merayap.

Time tu Afif bawak gitar. Dalam van memang kecoh gila. Dari mula perjalanan sehingga tiba ke destinasi bingit dengan nyanyian pelbagai versi diselangi dengan usikan dan sakatan. bila nampak kereta polis, memua pura-pura tidur. Hahaaaa! Perjalanan ke Port Dickson yang mengambil masa lebih kurang 45minute dirasakan agak sekejap. 

Sampai di Port Dickson, kami meronda mencari tempat untuk bertapak. Mula-mula kami menghala ke Teluk Kemang. Katanya Daus, nak tunjuk tempat-tempat yang dia pernah buat boreng bersama Kojek. Okay, kami ikutkan sahaja. Lalu punya lalu.. masuk punya masuk.. entah mana jalan, kami pun tak pasti. Kesudahannya tersesat entah kemana. Hahaaa! hampeh. Patah semula, pusing balik dan teruskan mencari. Okay, jumpa. Satu persatu dia tunjuk. Katanya, rasa macam baru lagi buat boreng disitu tapi kenapa rumput dah panjang. Hahaaa gila punya soalan. Sempat juga dia tunjukkan lokasi Hairol dan Kojek bergaduh. Rasa macam waktu tu, kami mengimbau kenanganlah plak.

Kami ke Pantai Port Dickson. Mencari tempat untuk melepak. Okay, jumpa port baik. Kebetulan waktu tu air tengah surut. Jadi, air dan pantai agak kejauhan. Parking van, dan kami berjalan menyusuri pantai. Gitar di tangan Afif dipetik perlahan. Serius, tenang dan damai aku rasakan waktu tu. 

Penat berjalan kami lepak atas pasir pantai. Buat satu bulatan sambil menyanyi memekak-mekak. Hahaa abaikan mereka yang lain. Kami dalam dunia sendiri. Sementara tu, Alef, Daus dan Roy berjalan mengahala ke air pantai. Kata mereka, nak mencari ketam. Tak lama lepastu dia orang datang ke arah kami dengan membawa belangkas. Eh, lain yang dicari lain pula yang dapat.

kami jumpa dengan kumpulan pak arab. Diaorang lepak sambil masak masak santai. Entah, tak pasti macam mana, tapi kami boleh jadi geng. Bertegur sapa, bergurau bagai. Si arab tu siap mintak tolong Afif ajarkan dia main gitar. Perhhh gempak kau nyah.. kihkihkihhh..

Rancak berbual, pak arab tersebut pelawa kami minum kopi arab. Perhh aroma bau dia wangi sangat. Afif, Alef, Kojek, Daus, Roy.. minum tak teragak-agak. Mereka tu pantang dipelawa pasti tidak ditolak. Aku? Maaf, aku tak minum kopi. Heheee...

Kami lepak santai sambil borak-borak. Sedar tak sedar jam menginjak ke pukul 5pagi. Okay, masa untuk pulang. 

Tiada ulasan