Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebulan Pertama | Latihan Industri Sem 5

Tak pernah aku bayangkan macam mana hidup aku sebagai pelajar latihan industri di KTB Teknik Sdn. Bhd. Alhamdulillah, permulaan yang sukar beransur pergi. Kini hari-hari aku dipenuhi warna warni walaupun bukan warna warni tu setiap hari muncul.

Port Dickson


Port Dickson  | Bila tak dirancang pasti akan menjadi. Itulah hakikatnya. Lepak PD, serius kami langsung tak rancang sebenarnya malam tu. Kebetulan tengah makan, tetiba bebudak ni timbulkan isu esok kerja ke tidak. Bila dah comfrem tak kerja, terus cakap nak lepak PD. Okiesss aku follow je. Lepak PD dimalam hari, bawak pulak gitar hiburkan hati sambil-sambil melayan kepala giler-giler diaorang. Perhh memang ngam. Bermula dari lepak PD ni aku jadi rapat dengan diaorang. Hahaa bebudak kepala giler-giler. Nakal diaorang tapi masih berakal. Lepak dengan diaorang, satu je yang aku respect. Ngam satu kepala.

Bukit Batu Putih
Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih | Plan asal nak panjat Bukit Broga tapi tak jadi. Hahaaa si matpih buat perangai.. acah acah merajuk gitu.. okiess layankan je matpih.. jenuh nak dipujuk si tua tu.. kihkihkihhh tua tuaa.. last sekali plan berubah arah ke Bukit Batu Putih.. asalnya nak jejalan cuci mata.. sekali sampai sana terus tukar fikiran.. okiess jom kita hiking.. kita tawan Bukit Batu Putih.. maka terhasillah memori indah kami di sini.. setiap langkah penuh dengan gambar kenangan... Part paling best bila kami sesat waktu nak turun.. kihkihkihhh dekat sejam juga kami berlegar dalam hutan tu.. dengan dahaga yang teramat.. hanya Allah sahaja yang tahu.. pusing punya pusing tempat sama.. tanya punya tanya tetap tak jumpa jalan.. aku memang dah hampir putus asa giler.. kaki dah letih yang teramat.. dah laa tak cukup tidur... dugaaan sungguh.. pusing lagi dan lagi.. turun bukit nak tangga.. panjat denai akhirnya kami jumpa jalan keluar.. yahoooo bagai diberi nafas baru.. kihkihkihhh.. pengalaman berharga buat kami..

Telur dadar, Singgang Sotong, Sardin
Taman Tuanku Jaafar | Siapa cakap lelaki tak pandai masak? Tadaaaa.. balik kerja aku lepak rumah. Niat hati malam nanti baru nak keluar isi perut.. lapar.. tengah mengadap lappy tetiba matpih call ajak datang rumah.. katanya cepat sikit sebab dah lapar.. pulak dah.. aku dengan malas plus penat yang tak hilang lagi separuh rela hati bersiap dan gerak ke TTJ. Okiesss aku langkah kanan. Hahaa nampak telur dadar terhidang.. lepas tu nampak sardin terhidang.. tak lama lepas tu nampak singgang sotong terhidang.. alhamdulillah rezeki aku lettuw.. diaorang call ajak datang makan.. Simple tapi sedap..

Sup ayam, Kangkung masak belacan, ikan goreng,celur pucuk ubi, sayur kubis, budu cicah ikan panggang

Taman Tuanku Jaafar | Menu kali ni masakan bersama.. aku bahagian potong kangkung je.. yang lain matpih dan matlih yang settlekan.. sup ayam hasil air tangan matlih... kangkung masak belacan air tangan matpih.. masakan lain yang simple tu aku yang buat.. kihkihkihhhh.. menu yang simple tapi sedap.. alhamdulillah kenyang perut.

Sup ayam, telur masin, ayam goreng, budu

Taman Tuanku Jaafar | Menu kali ni 100% hasil air tangan aku.. hahaa tapi kami makan tak cukup geng.. yang lain balik kampung.. almaklumlah nak sambut raya cina bersama family katanya.. menu simple je aku masak.. yang penting makan bertambah tambah.. 

Take Note ; Hampir sebulan dah aku jadi warga Senawang tapi aku masih tak sempat nak terokai setiap jalan-jalan yang ada. Untuk setakat ni, aku hanya tahu jalan dari rumah sewa ke opis dan ke Taman Tuanku Jaafar (TTJ). Hari tu aku pernah ke Pejabat Pos laju Seremban sorang diri tapi sesat! Hahaaa aku mintak location dengan bebudak opis. Berpandukan location tu aku patah balik ke opis.. hahaaa lawakkan tapi itulah hakikat.. nantilah ada masa yang sesuai, aku terokai bandar seremban sorang diri..

Semoga hari-hari aku sentiasa meriah warna-warni.

2 ulasan

  1. Semoga di permudahkan urusan . :)

    http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html

    BalasPadam
  2. Semoga di permudahkan urusan . :)

    http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html

    BalasPadam