29 Januari 2017

Aku Menunggumu Kerana Allah

Perempuan kecewa,
kerana terlalu lama menanti jawapan,
Lelaki kecewa,
kerana terlalu lama memberi kepastian.

Ini bukan sekadar ceritera,
Agar kamu jatuh hati pada aku,
Namun, ini adalah kejujuran aku.

Mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku menyayangi orang yang mencintai-Nya, juga mencintai Rasul-Nya. Dan dengan keteguhan kamu boleh mengajak aku untuk semakin mencintai-Nya.

AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH.

Ini bukan sekadar monolog dalam hati aku untuk memikat kamu. Mengapa? Kerana aku tahu monolog itu menyempurnakan hidup aku. Dan pernikahan adalah sunnah Rasulullah dan Baginda adalah kekasih Allah.

AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH.

Ini bukan puisi desakan perasaan untuk sebuah penantian. Mengapa? Kerana aku tahu diri aku banyak kekurangan. Dan kerana itu, aku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hati aku. Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hati aku yang lemah dengan izin-Nya.

Sebagai perempuan; aku tahu, terlalu banyak yang harus diperbaiki. Kerana itu, aku menunggu kamu untuk menjadi pendamping aku dengan seikhlasnya. Untuk mendidik aku dengan sabar sehingga tetap keimanan aku terhadap-Nya.

Semakin dalam dengan izin-Nya disetiap hari dan untuk selamanya. Aku tahu dalam hati, aku tidak ingin hidup sendiri kerana aku berharap Allah menganugerahkan pada aku seorang imam untuk berkongsi banyak hal dan menerima kekurangan diri.

Bila benar dia ada dalam hidup aku, semoga nanti Allah memantapkan hati serta mendekatkan kita di jalan yang lebih diredhai-Nya.

Di raga manakah kamu bersemayam?

Sabar... dari sini aku menatap jejak kamu bagaikan bait aksara yang menari dalam doa. Di antara gemuruh ombak penantian aku. Izinkan monolog hati ini berdoa sebagai petunjuk arah kamu dengan izin-Nya.

YA RABBI,

"Rendamkanlah rinduku di jalan yang terbaik menurut Kau untuk dunia dan akhiratku, bila saudara dan teman tidak lagi cukup menemani kehidupanku. Maka hari itu yang aku tunggu, penantianku pasti kerana Kau tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-Mu." .

InshaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan