Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Semangat kesukanan | throwback

Dah lama rasanya tak stayback sampai tengah malam.. malam ni mata aku segar bugar plak rasanya.. nak tidur tapi mata tak nak terpejam.. dah dipaksa tapi tetap sama... kesudahannya aku buka album dan tilik gambar satu persatu.. okiess aku terjumpa gambar zaman dulu kala.. hahaa tergelak sorang diri bila tilik gambar gambar tu.. wakawakawakaaa...












Gambar-gambar ni waktu aku semester 2 kalau tak silap... konon nak aktif bersukan so aku join team netball.. tiap petang turun training.. tak harap pun terpilih untuk wakil IKTBN dalam Karnival Sukan IKBN/IKTBN Semalaya.. Alhamdulillah.. rezeki aku sebab terpilih jugak.. hahaa.. 

Ingat lagi waktu mula-mula turun training.. agak kaku jugak.. almaklumlah aku ni junior.. yang lain majoriti senior.. lagipun aku dah lama tak main netball.. serius mula-mula training aku kaku tahap untaa.. kaki bergerak dah macam bola baling rasanya.. nak berlari kejar bola pun semput tahap unta.. nak jerit mintak bola time ni agak malu-malu.. hahaaa huru hara giler rasanya..

Bila dah agak lama sikit barulah aku stabil.. dapatlah training dengan tenang.. aman.. damai.. sejahtera.. tapi tak adalah damai sangat.. sebab badan dah sakit-sakit.. kaki pun rasa macam nak tercabut je.. time ada games persahabatan mmg aku nervous habis.. walaupun kekadang aku bukannya join mana.. setakat datang memeriahkan majlis je. bagi sokongan laungan suara.. kihkihkihhh...

Waktu games sebenar.. kebetulan time ni IKBN Seri Iskandar yang jadi tuan rumah.. so kami berkonvoi dengan sebijik bus ke Perak.. Perhhh time pergi semua semangat.. semangat juang yang jitu.. aku??? mestilah semangat jugakk.. excited dan nervous sama imbangan rasanya...

Hari pertama, ada raptai dan majlis pembukaan.. giler kau berdiri dlm padang tengah panas lama giler.. hahaa tapi kami lagi lama berselfie.. wefie.. macam aksi dan ragam.. menang bergambar kata mereka yang melihat...

Hari kedua, start games aku turun padang.. kalau tak silap setiap games aku turut serta.. nak kata pemain gantian tu memang tidak sama sekali.. penat lelah macam mana sekali pun aku tetap ikut serta.. kalau tak silap sampai satu tahap aku tukar posisi dengan GK rasanya.. hahaa sebab tak larat dah nak berkejaran, halang menghalang dalam posisi GD.. huhuhuuu penat woii nak jaga partner.. dah laaa lincah yang amatt..

Hari ketiga.. kami masih join perlawanan.. tapi sayangnya kami mampu ke peringkat akhir.. apapun kami bersyukur sebab dapat memperbaiki kedudukan berbanding tahun-tahun yang lepas.. happy dan penat gilerr...

Lepas je tahu netball tak dapat ke peringkat akhir, kamu terus gerak ke padang bola. Hahaa bagi sokongan untuk bola sepak pulak. Lepas tu merayau pergi sokong bebudak takraw dan badminton.



1 ulasan

  1. Sis senyum baca part kaku cam unta ! hahahaha
    btw semoga dalam lindungan Allah slalu & sukses slalu eh =) Insyallahh amin

    BalasPadam