Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita dalam berpakaian antaranya ialah:
1. Beranggapan aurat itu ialah memakai tudung sahaja.
2. Bertudung tapi amat longgar & menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
3. Bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek.
4. Bertudung tapi hanya memakainya di pejabat (atau di sekolah). Tidak di sekitar rumah, pasar raya & sebagainya.
5. Bertudung hanya di luar rumah. Sekiranya terdapat lelaki ajnabi datang ke rumahnya, dia tidak bertudung & tidak menutup aurat.
6. Bertudung tetapi berbaju kebarung terbelah kainnya.
7. Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Setuju tu.. Banyak kesalahan bertudung org buat sekarang kan..
BalasPadam