Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebab - Sebab Kenapa Pakai Motor Jauh Lebih Mudah Berbanding Dengan Kereta

INI ANTARA SEBAB-SEBAB KENAPA PAKAI MOTOR JAUH LEBIH MUDAH BERBANDING DENGAN KERETA

Zaman sekarang ni memang hampir semua individu mempunyai kereta. Jalanraya pun sudah makin sesak, penuh dengan kenderaan. Kalau pergi shopping mall, 15 ke 20 minit akan terbuang sebab tak ada parking, betul tak?

Sebab tu lah kadang-kadang aku akan ambil public transport je untuk kemana-mana. Tapi leceh menunggu pulak. Yang ada motor tu, lagi senang. Pakai helmet pastu terus gerak! Fuh senang kerja.. Aku nak bagi tahu sikit kenapa kalau pakai motor lagi senang berbanding kereta. Sebab….

1. Banyak duit boleh ‘save‘ dengan penggunaan minyak yang berpatutan

Maklumlah sekarang ni kan dengan harga minyak yang tak menentu, sekejap naik sekejap turun. Baik korang cari jalan yang terbaik untuk selamatkan duit korang daripada habis dekat minyak.

Dengan penggunaan motor, korang bolehlah buat simpanan sikit. Walaupun tak banyak disebabkan komitmen lain, ada lah juga duit simpanan setiap bulan betul tak? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, gittew!

2. Jimat masa kalau nak pergi kemana-mana. Ini yang penting!

Trafik dekat mana-mana pun memang teruk gila pagi-pagi. Ugh.. lagi-lagi kalau yang bawak kereta tu, goodluck la nak sampai office awal. Stuck dalam jammed je dah lebih dari 40 minit walaupun rumah sejengkal je. Aiyoyo!! Itu pentingnya ada motor, kalau ada meeting pagi-pagi korang memang takkan pernah lambat hehe. Right on time!

3. Senang jaga, low maintenance

Kalau pakai kereta memang maintenance tinggi sangat. Servis kali pertama dah berapa ratus, road tax, insurans memang sangat tinggi. Kalau tak ada kerja yang tetap atau financial yang tak stabil, aku sarankan korang jangan pakai kereta huhu.

Kalau pakai motor, sekurang-kurangkan servis pun tak mahal, road tax pun murah je. Senang jaga pulak tu. Untuk remaja yang baru mula kerja tu, bolehlah pakai motor dulu sebelum ada plan nak beli kereta ye. Make sure korang stabil dulu.

4. Tak perlu bayar tol. Yehaaa! Ini yang paling aku suka!

Komitmen untuk yang pakai motor ni sebenarnya sangat rendah tau. Hanya bayar motor, road tax dan minyak je. Tol tak payah bayar pun hehe. Kalau tengok yang ada kereta tu, macam-macam benda kena bayar, nak jalan jauh sikit je tapi dah kena tol lebih dari RM 30. Pehhhh! Koyak poket macam ni! Baru nak simpan duit dah kena keluar duit untuk tol. Urrrghh!

Take note : Ini untuk penunggang motor cc kecik sahaja ekk... kalau dah pakai cc besau aka superbike tu dah kire lain cite...hahaha...aku pon pkai motor cabuk je...kbaiii


#kopipes

Nasihat Untuk Wanita

Aku NAK CAKAP SIKIT UNTUK PEREMPUAN DILUAR SANA TU !!

Jangan takut.

Jangan takut laki kau cari perempuan lain.

Yang mungkin lagi lawa.
Yang mungkin lagi slim.
Yang mungkin lagi gebu..
Yang mungkin lagi mantap.
Yang mungkin lagi 'is barang baik'.

Tak payah kau nak takut.

Instinct perempuan tak pernah salah. Percayalah. Kalau kau rasa laki kau ada perempuan lain, kau buat bodoh je.

Doa jelah Allah tunjuk.
Dan doa Allah tunjuk siap bukti beserta nasib yang baik.

Hati tu kau tak payah nak sedih sangat. Kau kena ingat, UJIAN buat kau kuat. Bukan makin lemah.

Kalau dah kantoi nanti, tuntut lah apa yang patut.
Kalau dia letak syarat, sukati kau lah nak ikut ke tak.
Hidup kau bukan dah berakhir pun bila laki kau ada perempuan lain. Tak mati tak. TAK MATI.

Tak payah nak meroyan. Buang masa. Meroyan meroyan nak gaduh dengan perempuan murah, buat apa?

Bangkit! bangun! jalan terus.
Buat apa yang selama ni kau nak buat.
Come on girl. Kau dah bebas

Kau bebas dari lelaki tak guna.
Kau bebas dari si pengkhianat cinta.

Duit tak ada? Takut?

Helloo syg. Ini 2017 lah. Punya banyak biro bantuan wanita kat luar sana. Pergilah cari. Bincang tanya minta kerja. Mesti ada.
Kita perempuan seng jek dapt job. yg pentg jgn demand. smbil keje smbil buat part time bisnes online pun ok.

Dia nak menunggang yang baru?

Bagi je. Alahaii, Barang murah sesuai lah tu. Bagi je free. 🏻

Kalau die betul sayang kau, Dia Takkn curang dgn kau la! Jgn jadik Bodoh .

Dulu waktu susah kau ada dengan dia selalu. Tolong dia smpai sanggup kau gadaikan harta kau. Tapi bila senang dia cari perempuan lain?

Alah, kau Lepaskan jek. Kau ingat kalau dia dah aniaya kau dengan anak anak dia tak ditarik rezeki ke? Come on.

Silap silap awek baru dia tinggalkan dia pula sebab tetiba Allah tarik rezeki dia sebab dah sakitkan hati seorang insan yang bernama isteri. Jnji Allah itu pasti.

hey, kau Ingat istilah suami derhaka tak ada ke? Cuma suami derhaka tak dipanggil derhaka, tapi dipanggil dayus.

You deserve to be happy. 🏻

Move on girl

Anak anak tu kau tak payahlah risau. Kau tu bangun dulu. Kau kena kuat demi Ank2 kau. kau Bukan muka tak lawa. Bukan badan gemuk. Cuma kena alter sikit.

Dah. JANGAN TAKUT, TAK MATI PUN LA

Suami yang layak dihormati adalah suami yang penyayang dan menjaga isterinya sebagai amanah Allah.

Kau dah macam ni, baik move on dari kau pun ikut berdosa sebab hari hari maki dia dalam hati. Sama je.

Yang penting jangan letak harapan 100% pada pasangan, letak cuma 60% dan selebihnya serah pada Allah supaya nanti bila kau kecewa kau masih ada balance 40% utk diri sendiri .

#copypaste

Take Note : Satu situasi yang pernah aku lalui dimana suami kawan rapat aku bercinta dengan adik angkat kawan rapat aku. Hurmmm... bila difikirkan, terasa mcm keluarga 69 pulak.. pusing pusing tang tu jugak ! Tapi itulah hakikat. Perkara jahat sampai bila akan boleh ditutup? Akhirnya kawan rapat aku tahu. Hati hancur berkecai jangan dipersoal. Depan mata aku melihat dia tersungkur, tetkejut dengan perangai suami dan adik angkat dia.



Letak Lemon Sebelah Tempat Tidur Baik Untuk Kesihatan

Letak Lemon Sebelah Tempat Tidur Baik Untuk Kesihatan

Aroma buah lemon dikatakan dapat membantu memberikan ketenangan serta keselesaan. Tapi bukan tu je tau, terdapat beberapa kebaikan lain apabila meletakkan buah lemon ini di sebelah tempat tidur anda.

Jom baca.

1. Lebih fokus
Aroma sitrus ini memang menenangkan dan membuatkan kita jadi lebih fokus dan beri tumpuan sepenuhnya.

2. Meningkatkan mood
Kalau korang rasa lesu, letih dan sebagainya, jangan lupa untuk hirup aroma lemon yang segar ini. Percayalah, mood korang akan meningkat naik!

3. Menyegarkan udara
Letak hirisan lemon ini untuk memastikan bilik jadi segar dan tidak berbau. Malah , trik ini akan menjadikan tidur korang jadi lebih lena tau.

4. Menghalau serangga
Untuk pengetahuan korang, serangga tidak suka dengan aroma lemon ini . Kalau nak bilik bebas serangga, cuba letak lemon okay.

Selamat mencuba!



Sumber: Brightside

Tips Hilangkan Gigi Kuning

Gigi Anda Kuning? Malu Nak Senyum? Cubalah Petua Ini

Anda mesti pernah terserempak kan dengan mana-mana gadis, bila dipandang wajahnya memang cantik sangat, tapi masa dia senyum, ya ampun kuningnya gigi!!!. Hahaha, takpun kita sendiri yang bergigi kuning. Mesti down je semangat dan fikir dua tiga kali nak senyum. Bila tak senyum, orang kata sombong, kalau senyum kantoilah gigi kuning tu. Nah, kami kongsikan tips mudah dan murah bagaimana mahu menghilangkan kuning di gigi. Hanya perlukan biji asam jawa sahaja.


Cara-caranya :


1. Goreng biji asam jawa tanpa menggunakan minyak


2. Kemudian, tumbuk biji asam jawa tersebut hingga menjadi serbuk halus


3. Gosok gigi dengan serbuk tersebut setiap hari hingga nampak hasilnya.

Mudahkan, apa tunggu lagi!!!


Sumber : Lubuk Seni

Kelebihan Puasa Pada Hari Arafah

Esok Esok Esok, Khamis 31/8 *@9 Zulhijjah*
Jangan lupa
Jangan lupa

👇👇👇

🍎*KELEBIHAN PUASA HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH)*

عن أَبي قتادة رضي الله عنه قَالَ: سُئِلَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صَومِ يَوْمِ عَرَفَةَ، قَالَ: ((يُكَفِّرُ السَّنَةَ المَاضِيَةَ وَالبَاقِيَةَ)).

رواه مسلم.

Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah).
Baginda s.a.w. bersabda: *"Dihapuskan dosa untuk setahun yang lepas serta setahun yang akan datang."*

Hadis Soheh Riwayat Imam Muslim

Dipetik dari Kitab Riadhussolihin,

_Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)

Hari Arafah

🌄 *Hari 'Arafah, Khamis, 31 Ogos 2017* 🌅

• Jika malam al Qadr tidak diketahui adapun *hari Arafah* sudah pasti.

• Andai malam al Qadr malaikat berturunan padanya,

• Maka sesungguhnya Allah turun pada *hari Arafah.*

• Maka rebutlah peluang keemasan ini dan bersungguhlah seupayamu.

• Jadual yang baik pada *hari Arafah,* kirimkan kepada orang yang anda sayang sehari dalam setahun ;

📝 Tidurlah awal pada malam arafah utk mendapat kekuatan bagi melakukan ketaatan esoknya.

📝 Bangunlah sebelum subuh untuk bersahur dengan niat berpuasa hari tersebut.

📝 Solatlah dua atau empat rakaat sekurang kurangnya dengan berdoa dalam sujud utk kebaikan dunia dan akhirat dan bertahmidlah kerana Allah mengurniakan rezeki bertemu dengan hari penuh kerahmatan dan keampunan.

📝 Apabila fajar penuhilah dgn istighfar moga tergolong dalam kalangan orang yang sering beristighfar di waktu sahur.

📝 Bersiap untuk solat fajar sebelum azan lima minit dan menginsafi dosa agar ia luluh bersama air wadhuk.

📝 Kemudian bacalah doa selepas wudhuk.

📝 Solat subuh dan berteleku di sejadah sehingga 15 minit setelah syuruq.

📝 Mulakan takbir selepas salam seperti diajarkan nabi.

📝 Kini dikau di tikar sembahyang menanti syuruq membaca al Quran dan bertasbih, bertahlil bertahmid kepada Allah jangan lupa wirid pagi.

📝 Jam 7:15 pagi solatlah dua rakaat syuruq agar mendapat pahala haji dan umrah bersama rasulullah jangan sampai terlepas.

📝 Kamu boleh memilih sekarang, jika boleh janganlah tidur sepanjang hari ini agar tidak terlepas sedetik pun melainkan dalam zikir dan doa dan yakinlah Allah akan qabulkan.

📝 Ataupun anda tidur seketika meniatkannya untuk mendapat kekuatan agar taat kepada Allah.

📝 Kemudian bangun untuk solat 4 rakaat dhuha sekurang kurangnya dan pelbagaikan ibadah agar tidak jemu...Takbir, zikir, tilawah, perbanyakkan ungkapan :

_" لا إله إلا الله وحده لا شريك له الملك و له الحمد و هو على كل شيئ قدير..."_

📝 Solat zohor bertakbir dan bertasbih dan bacalah al Quran.

📝 Dengarlah khutbah Arafah sepenuh perhatian berazamlah untuk melakukaknnya sebaik baiknya utk tahun ini in syaa Allah.

📝 Solat asar dan bertakbir serta wirid petang.

📝 Baca al quran sehingga sebelum maghrib sekitar sejam, mulakan doa dengan khusyuk dan bayangkan hari kita akan beridiri di hadapan Allah, jangan lupa doakan saudara saudaramu di seluruh dunia.

📝 Berdoalah kepada Allah agar tidak terbenam mentari arafah melainkan dosa kita telah terampun.

📝 Doakan juga Allah memberi petunjuk untuk melakukan semua amal soleh dan menerima amal kita.

📝 Bila azan maghrib, buka puasa jangan lupakan berdoa ketika itu tidak tertolak.

Ingatkan ahli keluargamu dan mereka yang kamu sayang...

Semoga Allah menjadikanku dan kalian merdeka dari neraka dan amalan kita diterima...

🏞 _*Semoga Allah membahagiakan kamu dunia dan akhirat*_ 🏞

Jagalah Hati Sendiri

HATI

Setiap manusia mempunyai hati tetapi tidak semua mempunyai hati yang bersih dan sihat..

Jika hati tersebut adalah hati yang baik maka seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik tetapi jika hatinya adalah hati yang buruk maka tubuhnya akan bergerak melakukan hal-hal yang buruk.

Rasulullah SAW bersabda :-
"Sesungguhnya dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya dan gumpalan daging itu adalah hati"
(HR Imam Al-Bukhari)

Kesimpulannya, jagalah hati..
Jangan sesekali hiasi hati kita dengan perasaan Benci, Dengki, Iri Hati, Benci, menyampah, Meluat dan Dendam,. Di Dalam Hati..

Pekara paling payah untuk kita jaga adalah hati...
Kita boleh jaga tutur kata agar yang terlihat hanya baik2 belaka..
tapi payah untuk jaga hati daripada berkata kata dan terus bersangka baik .

Kenapa Kecewa Apabila Masej Kita Tidak Dibalas

Kecewa orang tak reply masej?
Tengok whatsAap.. "Eh, dia online! Nak tegur la."

Taip mesej laju laju. Sambil senyum.

Message sent
Double tick
Bluetick

10 minit kemudian...
1 jam kemudian...
4 jam kemudian...
Sehari kemudian...
Seminggu kemudian...
Sebulan kemudian...

Esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tetap sama. Tak berbalas!

"Tak sudi ke balas mesej saya?"

"Saya ada buat salah ke sampai tak nak balas?"

Resah. Gelisah. Tak senang duduk. Taip lagi.

"Boleh bagitau, apa salah saya?"

Still sama. Tak berbalas. Pilu kan? Rasa kecil hati, kecewa, sakit hati, semua ada kan?

Macam mana pula dengan ibadah yang wajib kita buat sebagai Hamba Allah? Tinggal solat, tak puasa, baca quran pun kadang². Kita selalu online (hidup). Allah sent ayat ayat DIA (Quran). Allah suruh solat. Tapi apa yang kita buat?

Kita tak baca pun! Tak solat pun! Kita tak balas pun pemberian Allah. Allah bagi itu, bagi ini. Kita masih tak sedar.

Itu baru berjam atau berhari orang tak balas. Sekarang ni kita dah hidup berapa lama atas dunia ni? Let say. Kita. Berbelas berpuluh tahun dah Allah bagi bernafas. Bayangkan selama hidup ni orang tak balas mesej kita. Fed-up kan? Tapi Allah? Tetap setia menunggu hambaNya buka Quran, baca. Balas dengan tadabbur ayat ayatNya. Tetap tunggu hambaNya tunaikan solat. Balas dengan beribadah kepadaNya.

Tahu tak kenapa Allah tunggu? Sebab Allah nak bagi kita peluang masuk Syurga. Tak nak Syurga ke?



Bola Jaring Sukan Sea KL2017






KUALA LUMPUR 2017 NETBALL



Cara Didik Anak Dengan Betul

Anak, seperti kita sudah ketahui, lahirnya seorang bayi adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, kita yang melenturkannya dan kita yang membentuk acuannya.

Zaman moden kini, ramai kita lihat diluar sana, makin ramai anak era moden tidak tahu buat kerja kerana terlalu dimanjakan, anak perempuan sudah meningkat umur remaja dan dan boleh kahwin, tetapi tidak pernah lakukan kerja rumah.

Ada anak lelaki yang sudah besar, tetapi nak tolong ibu dan ayah bukan main malas sedangkan mereka tahu, kedua orang tua itu yang membesarkannya, sanggup berkorban, berpajak gadai membesarkan kita.


Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

°Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone..

°Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

°Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?
Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka
Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."

"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"

"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

Baju laki bini anak beranak mak basuh

Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

Mereka akan buat secara terpaksa

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.
Bila besar mereka akan mampu berdikari


Usah terlalu kasihankan anak

Jangan terlalu memanjakan anak

Ajar mereka erti susah payah sejak kecil

Ajar mereka tentang kerja rumah

Ajar mereka erti kehidupan

Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.

Didik mereka tentang pentingnya kebersihanYang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang.

Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.



Penting bagi seseoran ibubapa mendidik anak anak dengan tangguangjawab sedari kecil. Memanjakan anak anak ibarat raja akan membinasakan .Sayagilah anak anak dalam mendidik bukan merosakkan.

Situasi Dalam Kelas Yang Biasa Dialami

Memegang jawatan sebagai seorang pendidik tidak akan pernah lari dari ragam dan kerenah pelajar. Tidak kira pelajar di peringkat rendah ataupun menengah. Rasanya situasi yang hampir sama sahaja yang dilalui oleh hampir kesemua pendidik.

☺ Murid oh murid. Kadang kala sikapmu membuat cikgu terhibur. Cikgu aman bahagia mengajarmu. Namun, ada kalanya juga sikapmu itu mampu membuat cikgu bertukar menjadi singa.

👉Situasi dalam kelas yang sering kita hadapi.

👉 Situasi 1
Murid : Cikgu, kena salin ke yang dekat papan tulis tu?
Guru : Ehhh, tak payah salin. Tengok je, lepas ni angkat whiteboard ni pergi fotostat dekat pejabat.

👉 Situasi 2
Murid : Cikgu buat sekarang ke?
Guru : Tak. Buat tahun depan.

👉 Situasi 3
( guru sedang menulis di wreenboard)
Murid : Cikguuuu tepi sikit. Tak nampak.
Guru : . . . . .

 👉 Situasi 4
Murid : Cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah tak?
Guru : Tak boleh, sambung kat meja. Tak pun sambung kat atas baju kamu.

👉 Situasi 5
Guru : Siapa dah siap?
Murid : Saya belum lagi cikgu!
~~~
Guru : Siapa belum siap?
Murid : Saya dah cikgu!

👉 Situasi 6
Guru : Ok, buka muka surat 58, baca dan catat dalam buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri.
Murid : Cikgu, kena baca ke?
Guru : Dak, tak payah baca. Koyak muka surat tu. Bubuh dalam air, lepas tu awak minum air tu..
Murid : Cikgu ni, tanya pun tak boleh....

👉 Situasi 7
Guru : Ok. keluarkan buku dan salin nota kat depan ni.
Murid : Cikgu, salin kat dalam buku ke?
Guru : Tak, salin kat atas dahi kamu.

👉 Situasi 8
Guru : Semua dah dapat kertas soalan?
Murid : Dah cikgu...
Guru : Ok, kamu ada 2 jam untuk jawab soalan peperiksaan ni. Boleh mula sekarang.
Murid : Dah boleh mula ke cikgu?

👉 Situasi 9
Guru : Esok ada jamuan raya jd esok datang sekolah pakai baju raya.
Murid : Cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj tak?
Guru : Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu ini...

👉 Situasi 10
Guru : Masa ada lagi 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar.
Murid : Cikgu, kalau tak siap?
Guru : Buatla dulu, baru tahu siap ke tak...
Murid : Kalau tak siap jugak?

👉 Situasi 11
Guru BM : Buat latihan pengukuhan ni dalam buku kamu.
Murid : Cikgu, buat latihan ni dalam buku apa?
Guru BM : Buat dalam buku matematik, ye....
( Faham pulak... terus keluarkan buku BM )


 Sesungguhnya mendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga segala usaha para guru diterima sebagai satu ibadah dalam mencari redha dan rahmat Allah swt.

Perbezaan Cara Mendidik Anak Zaman Dulu Dan Kini

Zaman dulu, ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan melahirkan
🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor
 yang dikategorikan sebagai Group 'A'.

Anak anak Group 'A' ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya.

Kebanyakan mereka
👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas)
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah

Kini,  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak Group B.

Anak anak Group B adalah
🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
 🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama
🔹Dan duit poket!
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan

👊 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

👊 Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka.

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

👊 Anak anak ini sukar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

💢 Anda dalam Group mana❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak.

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri.

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.

Didik anak anak  :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan kendiri


Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Semoga kita semua dirahmatiNya


Untukmu Yang Sedang Di Uji

Jangan tangisi seseorang yang pergi meninggalkanmu demi orang lain. Tapi belajarlah mengikhlaskannya dan melupakannya agar dia tidak menjadi bayang² langkahmu selanjutnya.

Kebodohannya melepaskanmu adalah kekuatan untukmu melupakannya. Jangan biarkan dirimu malah membuatkan terlihat bodoh dan sengsara dengan terus menerus mengingatnya dengan hati yang sakit.

Tersenyumlah ,

Kerana bisa jadi dia bukanlah orang yang tepat untuk menerima ketulusan cintamu dan Allah telah menyiapkan seseorang lain yang lebih baik dan lebih dapat mencintai serta menghargai ketulusanmu. Hidup tak bererti kita harus mendapat apa yg kita inginkan.

Tapi kekadang di saat kita gagal itu memberikan kita kesempatan dan peluang untuk kita mendapatkan, meraih dan menjadi yg terbaik. Gagal hari ini adalah peluang yang diberikan Nya untukmu mendapatkan kebaikan di hari² mendatang.

Kerana kita, saya sedar tidak perlu seseorang yang sempurna. Cukuplah bertemu dengan seseorang yang boleh membuatmu bahagia dan rasa lebih bermakna dari orang lain.



Kebahagiaan Yang Bagaimana Yang Kita Cari

Bahagiakah? Bahagia yg Bagaimana itu

Assalammualaikum

Kita hidup di dunia, semuanya ingin bahagia & gembira kan?



ada kerjaya bagus, pakwe hemsem, kaya,kereta besar, kita akan lebih gembira. Atau mengharap dpt duit lagi byk, akan lebih bahagia. Atau kita menyangka kalau kahwin dengan orang lain, mesti kita lebih gembira & bahagia
_________________________________

Tak, bahagia sebenarnya bukan pada itu

Tapi kita gembira & bahagia adalah pada iman & akidah kita. Pada akhlak & sifat positif kita

Tips utk menjadi insan gembira adalah dgn melakukan perkara2 yg dicintai Allah.
_________________________________

Apa perkara yg Allah suka?

Kita tengok apa yg Allah & Rasul saw sampaikan kepada kita.

Antaranya, berulangkali Allah menyebut di dalam Al Quran
Allah menyintai orang2 yg berbuat kebaikan. Rahmat Allah sangat dekat dengan orang2 yg berbuat baik.

Apakah bentuk kebaikan itu?

Byyk sekali jenis kebaikan yg Rasulullah saw tunjukkan & yg menjadi panduan kita umatnya jika kita membaca kitab2 hadis.

Kebaikan yg 'mudah' yg Allah & Rasul saw cinta:

Senyum dan berwajah manis
Menyebarkan salam
Belanja orang makan
Tolong orang angkat barang
Tolong buang duri di jalanan
Memberi masihat atau kata kata yang baik ..dan lain lain.

Kebaikan & amal soleh yg lain, yg Allah suka kita lakukan, yg mungkin 'mencabar' untuk sebahagian besar kita, termasuk saya:

Solat di awal waktu
Berbakti kepada ibubapa
Berjihad di jalan Allah
Sedekah
Berpuasa
Berdakwah
Membantu orang..

Seterusnya..

Allah menyintai orang yang beriman.
Allah menyintai orang yang sabar.
Allah menyintai orang yang berlemah lembut.
Allah menyintai orang yang pemaaf.
Allah menyintai orang yang bertaubat.
Allah menyintai orang yang berkasih sayang kerana Allah.

Dan byk lagi amal soleh yg insyaAllah,  akan buat Allah happy dgn kita,kalau kita lakukan.

Dan kalau Allah happy dgn kita, sesungguhnya kitalah insan paling gembira & bahagia,  paling bertuah dunia & akhirat


sumber : NurulAdni

Cara Buat Scrub Bibir | Mudah & Jimat


Bagi, bagi korang yang selalu membeli scrub bibir di pasaran,inilah masa yang terbaik untuk korang berhenti melakukannya. Ini kerana scrub bibir sangat mudah untuk dibuat sendiri dengan kuantiti yang sama seperti anda beli di pasaran. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan bajet anda sebab barangan tersebut mudah didapati dari dapur kesayangan anda

Bahan utama ialah gula. Gula bertindak sebagai agen pengelupasan. Seterusnya ialah minyak zaitun, madu atau minyak kelapa dara sebagai agen pelembap untuk melembap dan melembutkan kulit bibir. Korang juga boleh menambahkan haruman pada scrub dengan mencampurkannya dengan apa jua pati haruman yang anda sukai.qis suka letak esen vanilla

Apa fungsi scrub bibir sebenarnya?
Scrub bibir ini bukan sahaja untuk membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir tetapi berfungsi untuk menyegar, melembap dan menyerikan bibir akibat pemakaian kosmetik yang terlalu lama.

Berikut beberapa resepi lip scrub

RESEPI LIPS SCRUB

[Honey Kisses Lip Scrub]
Bahan-bahan :-
1 sudu besar gula putih1 sudu besar
madu secukupnya
Beberapa titik esen vanilla

[Coconut Kisses Lip Scrub]
Bahan-bahan :-
1 sudu besar minyak kelapa dara (extra virgin coconut oil)
1 sudu besar gula perang.
beberapa titik esen vanilla
Sedikit madu jika suka

[Vaseline lips scrub]
Baham-bahan:-
1 sudu kecil vaseline
2 sudu kecil gula

[Lemon lips scrub]
1 sudu besar gula perang
1/2 sudu minyak zaiton
Perahan lemon secukupnya(jangan banyak nanti cair)
Pewarna yg disukai
Esen vanilla

[Coffee lips scrub]
1sudu kecil madu
1sudu kecil minyak zaiton
2sudu kecil serbuk kopi

[Chocolate coffee lips scrub]
1/2sudu kecil gula
1/2sudu kecil serbuk kopi
2@3 titik madu
2@3 titik minyak zaiton
2@3 titik coklat esen


Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum penggunaan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk kesan yang menyegarkan.

Cara penggunaan scrub bibir.
Ambil scrub tadi dan sapu rata sehingga menutupi bibir korang. Sapuan kena lah sedikit tebal. Biarkan selama beberapa minit.

Selepas itu perlahan-lahan gosok dengan jari sehingga semua kulit mati tertanggal. Cuci bibir dengan air bersih, lepas itu lap dgn tuala kecik bersih. Akhir sekali sapu bibir guna lip balm diy.

Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Bila bibir dah cantik berseri, maka bila korang sapu lipstick, bibir korang takkan nampak kering lagi.

Tetapi, kalau dah sapu scrub pun masih tak berubah, maksudnya bibir masih lagi kelihatan kering itu bermakna anda kekurangan vitamin c ataupun vitamin e. Jadi carilah vitamin yang boleh menyelesaikan masalah korang.

Jangan lupa minum air suam secukupnya


Sumber : Jelita

Padanan Gincu Mengikut Warna Kulit

Tidak lengkap memakai alat solek tanpa calitan gincu pd bibir kerana warnanya mampu menyerlahkan bg kejelitaan seseorang.

Namun, tidak semua gincu sesuai dgn warna kulit. Jika tersilap pilih, ia pasti akan mencacatkan penampilan sehingga anda menjadi kurang selesa utk berhadapan dgn orang ramai.

Berikut merupakan tips pemilihan warna gincu mengikut kesesuaian rona kulit yg boleh dipraktikkan utk melengkapkan gaya.

1.Kulit Cerah
-Bg individu yg berkulit cerah, mereka sngt sesuai memakai gincu berwarna kulit (nude), merah jambu atau coklat terang. Selain itu, anda juga boleh mencuba rona mocha dan pic lembut atau merah jambu pucat. Sememangnya, rona kulit dan warna lembut sngt sesuai bg individu berkulit cerah kerana ia kelihatan lebih semula jadi serta segar.

2.Sawo Matang
-Warna-warna yg sesuai utk mereka yg mempunyai kulit sawo matang ialah rona kulit (nude). Bg memberikan seri pd wajah dan tidak nampak terlalu pucat, anda disaran memakai pemerah pipi dan pembayang mata. Warna merah jg akan menjadikan kulit sawo matang kelihatan lebih cerah. Artis Hollywood menyukai warna merah kerana ia memberikan gaya sofistikated dan elegan. Tidak terkecuali, warna pic dpt membuatkan wajah kelihatan cantik natural. Selain itu, anda jg boleh mencuba warna magenta utk memberi kelainan kpd penampilan.

3.Gelap
-Wanita berkulit gelap sangat sesuai utk menggunakan gincu berona merah kerana ia mampu menonjolkan imej lebih seksi dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Gincu rona coklat jg sesuai dipakai tetapi gunakan warna lebih lembut utk gaya ringkas dan sederhana. Walaupun anda berkulit gelap, merah jambu lembut jg sesuai dipakai.


*GINCU merah membuatkan kulit sawo matang kelihatan lebih cerah ~

*WANITA berkulit cerah sangat sesuai untuk memakai gincu warna merah jambu ~

Sumber : Jelita

Cara Mencuci Muka Yang Betul

Rasa Dah Betul Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless

Selama ni, kita rasa cuci muka dengan pembersih wajah je dah cukup.Tapi sebenarnya kena ambil tau juga tip-tip cara jaga muka yang betul. Barulah muka tu licin & flawless bak telur yang dikupas..

1. Pencuci Muka Yang Sesuai

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Cuci Dengan Air Suam

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem; terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.


4. Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

5. Cuci Tangan Dengan Pencuci Anti-Bakteria

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

6. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali iaitu pada waktu pagi dan malam.

7. Buat urutan di muka

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

8. Jangan Lap Dengan Tuala

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Gunakan Facial Mask

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10.Kecutkan Jerawat Dengan Ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat.



Sumber : FB


Erti Persahabatan

Persahabatan itu bagaikan air laut, tak selamanya tenang. Kadang, dipukul ombak juga..

Dan ketahuilah, sebenarnya ombak itulah yg menjadikan laut lebih indah..

Tipulah, andai kau kata persahabatan itu sempurna tanpa cacat cela..

Tipulah, andai kau kata persahabatan itu tenang tanpa ada guruh gaduh..

Tipulah, andai kau kata persahabatan itu akan kekal jernih tidak keruh..

Ketahuilah, persabatan itu akan diuji dgn berbagai bagai dugaan..

Kuncinya satu, robohkan tembok ego..

Apabila robohnya tembok yg memisahkan dua sahabat, maka datanglah dari pelbagai sudut pun dugaan.. Pasti dan pasti kau akan dapat tangani..

"Aku mencari sahabat yg sempurna"

Maka sedarlah, sahabat yg sempurna itu tiada..

Yg ada hanyalah seorang sahabat yg tak sempurna.. Yg sentiasa ada dgn sahabatnya itu untuk menyempurnakan kekurangan sahabatnya..

Kuncinya adalah IKHLAS..
Tanya diri..

Kita sahabat yg bagaimana?

Kita mampu mengubahnya..

Renungan bersama😊



Dimana Letaknya Syurga Suami

Syurga anak, dibawah telapak kaki ibunya,
Syurga ibu itu pada suaminya,
Syurga suami pula dimana letaknya ?


Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat memberkas di hati, tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz, Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yang ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu^_^


Sumber : fbNurulHallawati

Duhai Kaum Lelaki

Tahukah kamu duhai kaum lelaki...

Perjalanan terjauh dan terberat bagi seorang lelaki adalah perjalanan ke masjid.

Sebab ramai orang kaya tidak sanggup mengerjakannya.

Jangankan sehari lima waktu. Bahkan ramai pula yang seminggu sekalipun terlupa.tidak kurang pula yang seumur hidup tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Kerana orang cerdik dan pandai pun, sering tidak mampu menemukannya.

Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di eropah. Ataupun  amerika.

Mudah melangkahkan kaki ke jepun, australia dan korea dengan semangat yang membara.

Namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh...walau telah bergelar phd..

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Kerana para pemuda kuat dan bertubuh sihat yang mampu menakluki puncak gunung berapi..
Pun sering mengeluh ketika di ajak ke masjid..
Alasan mereka pun bermacam²..
Ada yang berkata sebentar lagi..
Ada yang beralasan tidak selesa dicop alim..

*perjalanan terjauh dan terberat adalah*
*perjalanan ke masjid..*
*hatta*
*ahli sukan yang kuat*
*terkenal dengan ketangkasan*
*terkenal dengan kehebatan*

*belum pasti*
*gagah mendaki*
*tangga masjid*

Maka berbahagialah diri mu wahai lelaki.. Bila engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid..

Kerana sejauh manapun engkau melangkahkan kaki..

Tidak ada perjalanan yang paling mulia serta membanggakan..

Selain perjalanan mu ke masjid.

Biar aku beritahu rahsia kepada mu..

Hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk bertemu rabb mu..

Itulah perjalanan yang diajarkan oleh nabi mu..

Serta perjalanan yang akan membezakan mu dengan orang² yang lupa akan rabbnya..

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

*maka lakukanlah walau...engkau terpaksa merangkak dalam gelap subuh*
*demi mengenal rabb mu..nescaya* *kamulah*
*insan2 yang beruntung*...
*akhirat kelak...*

*pesanan utk diri sendiri, ayah, suami, anak lelaki, adik & abang lelaki dan mereka yang bergelar lelaki dan selagi ada kemampuan kudrat*



Take note : Kata kata diatas dikongsi oleh salah seorang sahabat saya. Sungguh hati ini tertarik dengan setiap kata yang diuntaikannya. Cantik tersusun disertakan dengan maksud yang mendalam.



Kebaikan Mencukur Rambut Kemaluan


Mencukur bulu kemaluan ternyata memiliki banyak sekali manfaat, namun masih jarang sekali dari kita yang tau akan hal itu sehingga masih kurang kesedaran kita untuk membersihkan bulu kemaluan kita.


Di sudut agama terdapat satu anjuran yang wajib dilakukan yaitu mencukur rambut kemaluan. Dan anjuran ini berlaku bagi lelaki maupun wanita. Anjuran ini disarankan untuk dilakukan secara rutin, iaitu 40 hari sekali.

Dengan mencukur rambut kemaluan, proses pembersihan kelenjar minyak atau keringat bisa dilakukan dengan sempurna. Selain itu, mencukur rambut kemaluan juga mampu mencegah bersarangnya tungau atau kutu kelamin (jenis Phthirus pubis), mencegah timbulnya bau yang tidak sedap akibat partikel kotoran dan sel-sel kulit mati mudah dibersihkan.

Memiliki rambut kemaluan yang terlalu lebat akan menganggu pembersihan organ kelamin sebab menghalangi sampainya air pembasuh ke organ tersebut. Misalnya, ketika membasuh setelah membuang air kecil bagi wanita dan pada waktu mandi.

Selain itu, dengan mencukur rambut kemaluan juga akan memberikan kesan yang rapi dan bersih sehingga mampu meningkatkan gairah untuk berhubungan seks. Tetapi ada hal yang harus kamu perhatikan ketika mencukur rambut kemaluan.

Pertama, kamu harus memerhatikan apakah alat-alat yang ingin digunakan untuk mencukur bersih atau tidak. Dan ada baiknya alat yang digunakan hanya untuk sekali pemakaian.

Kedua, lebih berhati-hati saat melakukan proses pencukuran, setelah selesai segeralah membersihkan menggunakan sabun dan antiseptik/krim antibiotik jika terluka.

Selain mendapat manfaat kesihatan , disisi lain juga menjalani anjuran agama bagi yang beragama islam. Seperti semboyan umat islam “Kebersihan sebagian dari iman” yang bersih sudah tentu beriman dan orang yang beriman sudah tentu bersih.

Bagaimana sudahkah anda membersihkan bulu kemaluan anda?



Sumber : FB

Sejarah Kad Kuning dan Kad Merah dalam Bola Sepak


Kisahnya bermula apabila seorang pengadil perlawanan yang berasal dari Ilford (London), Ken Aston ditugaskan untuk mengadili perlawanan di antara pasukan Chile dan Itali pada kejohanan Piala Dunia 1962. Perlawanan itu telah menjadi 'panas' dan dikenali sebagai "Pertempuran Santiago" (Battle of Santiago).

Semuanya bermula selepas wartawan Itali secara lantang telah mengutuk tuan rumah kejohanan, Chile. Menurut wartawan Itali, Antonio Ghirellu dan Corrado Pizzinelli:

"Santiago (bandar tuan rumah Chile) adalah tempat air kumbahan."

"Talian telefon tidak berfungsi, teksi sukar didapati – sesukar mencari suami yang setia – caj talian kabel yang semahal harga tangan dan kaki serta sistem surat-menyurat yang memerlukan 5 hari untuk sampai."

"Penduduk Chile kekurangan zat makanan, jahil, kaki botol dan miskin.”

"Chile merupakan sebuah negara kerdil, bongkak dan miskin: mereka bersetuju untuk menganjurkan Piala Dunia sebagaimana Mussolini bersetuju untuk menghantar pasukan tentera udara kita untuk mengebom London."

"Hotel di bandar utamanya hanya mempunyai 700 katil. Kawasan kejiranannya terbuka untuk aktiviti pelacuran. Negara ini serta rakyatnya sangat sengsara dan semakin mundur."

Media Chile pada ketika itu pula membalas kutukan wartawan Itali itu dengan melabel negara Itali sebagai fasis, mafiosos, terlalu gila seks dan negara penagih dadah. Kedua-dua orang wartawan Itali itu akhirnya dipaksa meninggalkan Chile.

Malah terdapat kes di mana seorang rakyat Argentina dibelasah di bar oleh rakyat Chile kerana disangkakan seorang rakyat Itali. Provokasi-provokasi inilah yang menyebabkan perlawanan di antara Chile dan Itali menjadi 'panas'.

Ia bukan sekadar perlawanan bola sepak, ia turut melibatkan maruah kedua-dua buah negara. Justeru itu, oleh kerana perlawanan tersebut berlangsung di bandar Santiago, ia dinamakan "Battle of Santiago", persis peristiwa perang di antara rakyat Chile menentang penjajah Sepanyol tahun 1541.

Ketika mengadili perlawanan Battle of Santiago, pengadil perlawanan tersebut, Ken Aston perlu berhati-hati dalam setiap tindakannya. Namun ketika perlawanan baru berusia 12 saat, Ken Aston sudah terpaksa meniup wisel kerana ada kesalahan (foul).

Pada minit ke-12, Ken Aston terpaksa mengarahkan kapten pasukan Itali, Giorgio Ferrini untuk keluar padang kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Chile, Honorino Landa. Giorgio Ferrini bagaimanapun enggan keluar dari padang kerana mendakwa dia tidak memahami arahan yang diberikan oleh Ken Aston.


Dia kemudiannya diangkut keluar padang dengan bantuan pihak polis. Landa yang cuba bertumbuk dengan Ferrini, hanya diberikan amaran lisan. Perlawanan itu berakhir dengan pasukan Chile menang 2 - 0 ke atas pasukan Itali yang terpaksa bermain dengan 9 orang.

Ia merupakan detik yang memberikan pengajaran bermakna buat Aston. Namun peristiwa hampir sama berulang kembali empat tahun kemudian sewaktu kejohanan Piala Dunia di England.

Ketika perlawanan tuan rumah, England menentang Argentina dalam Piala Dunia 1966, kapten pasukan Argentina, Antonio Rattin enggan keluar padang setelah diarahkan. Pengadil perlawanan pada waktu itu, Rudolf Kretlein terpaksa menggunakan segala diplomasi dalam memujuk Ratin keluar dari padang untuk mengelak perlawanan ditangguh.

Ratin akhirnya bersetuju keluar dari padang setelah dipujuk oleh pengawai-pegawai FIFA (termasuk Ken Aston sendiri) yang terpaksa campur tangan dengan turun ke padang dari tempat duduk penonton. Perlawanan tersebut berakhir dengan protes dari jurulatih pasukan England, Sir Alf Ramsey yang mahukan penjelasan dari pengadil.

Menurut Ramsey, isyarat pengadil tidak cukup jelas bagi dirinya, pemain-pemain England serta penonton, sama ada isyarat yang ditunjukkan oleh pengadil kepada Ratin dalam perlawanan tersebut hanyalah sekadar amaran ataupun arahan untuk keluar padang. Itulah senario yang berlaku sebelum penciptaan kad kuning dan merah. Bola sepak menjadi sangat mengelirukan.


Ken Aston menyedari bahawa betapa perlunya satu sistem baru dicipta untuk menghukum pemain bola sepak di atas padang. Ini kerana sukar bagi pengadil untuk memberikan amaran atau arahan dalam bentuk lisan kepada pemain yang berlainan bahasa. Sewaktu memandu melalui Kensington Avenue dalam perjalanan pulang ke rumah, Ken Aston terpandang lampu isyarat.

"Sewaktu saya memandu, lampu isyarat bertukar ke warna merah. Dan saya terfikir: kuning maksudnya bertenang, merah maksudnya berhenti. Dua kad dengan dua warna berlainan akan menjadi isyarat yang jelas dari pengadil kepada pemain. Walaupun mereka tidak bertutur dalam bahasa yang sama."

Ken Aston yang merupakan salah seorang anggota Referee Committee pada ketika itu kemudiannya membentangkan ideanya kepada FIFA. Dan buat kali pertama dalam sejarah, penggunaan kad kuning dan kad merah diterima dan diterapkan pada kejohanan Piala Dunia 1970 di Mexico.

Sistem ini dilihat berkesan dan terus diguna pakai sehingga ke hari ini. Ken Aston mungkin sudah meninggal dunia pada tahun 2001 pada umur 86 tahun, tetapi idea dan legasi kad kuning dan merah Ken Aston ini masih diguna pakai untuk menghukum pesalah dalam dunia sukan. Baik dalam sukan bola sepak, ragbi, hoki, bola tampar mahupun polo air.




SUMBER: SEMUANYABOLA.COM


Tips Untuk Hilangkan Gelap Bawah Mata

Lingkaran gelap bawah dibawah mata boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tua dari usia sebenar. Antara faktor yang menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata ialah alergi, kurang tidur, perubahan hormon, keturunan dan sebagainya. Masalah lingkaran gelap dibawah mata ini dapat diselesaikan dengan enam petua mudah dari Jelita.

Uncang Teh

Bagi anda yang suka minum air teh apabila bancuh air teh, jangan buang uncang teh itu. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25 hingga 30 minit.

Timun

Timun adalah antara sayuran yang berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya mudah, letakkan dua hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Timun bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata tetapi juga membantu untuk merawat radang pada kelopak mata.

Kentang

Kentang juga berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum dibilas dengan air.

Putih Telur

Putih telur selalunya digunakan sebagai masker untuk menyerikan wajah. Selain itu, ia boleh digunakan pada bahagian mata. Sapukan sedikit telur putih pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat lingkaran gelap bawah mata tetapi juga membantu membuatkan mata jadi lebih segar.

Air Kosong

Elakkan dari minum air kosong sejam atau 2 jam sebelum tidur. Pengambilan air kosong sejam hingga dua jam sebelum tidur boleh menyebabkan berlakunya lingkaran gelap bawah mata.

Tidur Yang Cukup

Paling penting untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ialah dengan tidur yang secukupnya. Apabila anda tidur dengan cukup, bukan sahaja mata anda yang sihat tetapi tubuh badan luaran dalaman juga akan sihat.



Adab Yang Ramai Tidak Ketahui

Ada beberapa adab yang ramai tidak ketahui. Mungkin ada sesetengah darinya yang trlah biasa kita dengar tapi ada lagi sesetengah yang jarang diketahui oleh umum.

Antara adab adab tersebut adalah ;

1- Adab ketika belajar adalah rahsia keberkatan ilmu

2- Ilmu yang berkat adalah yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain

3- Para fuqaha mujtahid contoh terbaik mereka yang berkat ilmunya

4- Rahsia mereka adab dengan ilmu,guru,madrasah dan peralatan

5- Guru yang beradab melahirkan murid yang beradab

6- Imam Abu Hanifah tidak akan tidur atau duduk hal keadaan kakinya melunjur ke rumah gurunya Hammad

7- Imam Malik tidak akan membaca kitab hadis melainkan beliau akan mandi, mewangikan majlisnya dengan asap wangian dan duduk dalam keadaan wibawa

8- Imam Malik tidak akan bangun dari majlis hadis walaupun untuk menyambut seorang raja

9- Imam Shafii begitu berhati -hati menyelak helaian kitab dengan perlahan kerana tidak mahu bunyi selakan itu akan menganggu gurunya

10- Imam Ahmad tidak pernah lupa mendoakan gurunya Imam Shafii setiap kali solat

11- Imam Abu Daud pernah menolak permintaan istana untuk dibacakan hadis untuk anak raja dengan alasan mereka yang mahu belajar dialah yang harus datang

12- Imam Bukhari hanya akan menulis hadis setelah solat dua rakaat

13- Imam Nawawi tidak akan menyebut nama gurunya melainkan dengan didahului dengan laqab pujian tuan guru,sheikh,imam dan seumpamanya

14- Sheikh Yasin Fadani telah menghentikan keinginan nya untuk mencetak syarahnya terhadap Luma kerana mendapat tahu gurunya terlebih dahulu menghantar syarahnya untuk dicetak

15- Melipat kitab, membalikkan helaiannya dengan air liur, meletakan barang diatas kitab adalah  perbuatan yang khilaf adab

16- Imam Rabi Muradi paling banyak berkhidmat untuk Imam Shafii sepanjang empat tahun Imam di Mesir selepas kewafatan Imam Shafii manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu belajar ilmu Imam Shafii darinya selama 40 tahun

17- Ulama Hadhramaut berkata meletakkan kitab didalam beg sandang belakang adalah perbuatan tidak beradab dengan kitab

18- Air basuhan sarung kain yang membalut al-Quran tidak akan dibuang didalam saluran air atau longkang. Ini adab yang diajar di madrasah tahfiz di Pakistan.

Take note : Semoga kita semua dapat manfaat dari apa yang telah dibaca. Wassalam 😉

Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariKedua

Assalamualaikum.

Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariKedua |Saat ketika dan detik ini, badan sudah agak lepu. Letih, lelah dan penat jangan ditanya. Tapi yang paling ketara sakit kaki, ke hulu ke hilir bergerak untuk hari ini.

Hari ni kami kerak ke PICC seawal jam 6.00am. Fuhhh awal sangat, kan ! Perjalanan ke PICC mengambil masa lebih kurang 15 minute. Sesampai disana, kami sempat lagi melepak barang seketika. Waktu ni situasi masih dapat dikawal.

Seawal jam 7.30am, kami mula sibuk menyusun beg beg kertas untuk diberikan kepada para pelajar yang datang berdaftar. Jam menganjak ke 8.30am, waktu ni pelajar mula masuk ke dalam dewan. Kedatangan mereka waktu ni takde lah ramai sangat. Hanya tertumpu pada sesetengah kunter sahaja.

Jam menunjukkan pukul 11am. Waktu ni situasi agak tidak terkawlal. Fuhhh, semua barisan beratur terus ke belakang. Ramainya jangn ditanya. Waktu ni belum lagi waktu puncak, tapi kami yang bekerja di belakang sudah seakan kehabisan tenaga. Nasib baik team kami bekerjasama dengan baik. Alhamdulillah, sama sama menolong apa yang patut. Team runner, tak cukup tangan susun, atur dan settlekan beg beg yang baru. Beg yang dah kehbisan di barisan hadapan akan.diisi dengan cept dan pantas. Team kami yang barisan hadapan pula sibuk mencari jubah mengikut saiz yang bersesuaian dengan pelajar yang mendaftar. Dalam kekalutan mencari, ada juga beberapa peljar yang datang memberi masalah. Fuhhhh, nak tukar saiz jubah sebab besar sangtlah, sebab bla bla blaaa lah. Sabar je hati ni melayan kerenah mereka.

Pukul 2.00pm, bermulalah waktu punck kami. Waktu ni setiap kaunter penuh. Pelbagai ragam yang kami dapat lihat. Fuhhhh!!

Lebih kurangbjam 5.00pm, barulah keadaan sedikit reda. Waktu ni pelajar beransur reda.











Urusetia Majlis Konvokesyen 2017 #HariPertama

Assalamualaikum. Alhadulillah, masih berkesempatn untuk blogging malam ni. Sungguh kalau ikutkan badn sememangnya tak larat. Kalau boleh, nak tidur terus, rehatkan badan tapi mata tak nak terpejam. Lalu aku pun buka blog dan blogging.

Hri ni, hari cuti. Tapi agak meletihkan sebab aku dan kelas terlibat dengan majlis konvokesyen IKTBN/IKBN Se-Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 & 8/8/2017 bertempat di PICC, Putrajaya.

Aku dan ditugaskan mengurus bahagian jubah pelajar yang dianggarkan 4000 orang. Fuhhh ! Penat jangan ditanya. Letih jangan dipersoalkan.

Untuk hari ni, kerja kami bermula seawal jam 8pagi lagi. Kami angkut setiap kotak-kotak yag mengandungi jubah pelajar yang telah pun siap digosok. Kotak-kotak berkenaan dimasukkan ke dalam lori untu dibawa ke PICC. Penat, hampir 30 kotak kesemuanya. Selain kotak ada lagi beberapa barang lain yang perlu kami bawa. Okay, siap angkut barang kami terus gerak ke PICC.

Di PICC, kami angkut dan punggah kotak-katak tersebut ke dalam dewan pula. Perhhhh time ni jgan ditanya. Lobi untuk loading barang tu sangatlh jauh dari dewan yang kami guna. Berpenat lelah jugak.



Keadaan dewan sebelum kami sampai kosong sekosongnya. Bolah dibuat permainan badminton dalam dewan tertutup ni. Huhuuu..



Setelah berpenat lelah, sedikit demi sediit dewan dipenuhi dengan barang-barang yang akan kami gunakan untuk majlis konvokesyen itu nanti. 







Sebahagin dari kerja kami yang telah siap. Okay selesai sebabak untuk hari ni. Esok pagi, proses pendaftaran dan pembahagian jubah kepada graduan akan barmula. Semoga esok berjalan lancar



4 Ilmu Pengetahuaan AM Yang Perlu Kita Tahu

_*Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:*_

*4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi:*

1. Tersedak makanan,
2. Salah bantal,
3. Kram kaki,
4. Kaki semut2 @ kebas

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna utk kita &  menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:

*1. Jika tersedak makanan*
Hanya perlu “mengangkat tangan”.
Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak mampu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau  kaedah ini dipelajarinya di sekolah.
Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

*2. Salah bantal*
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

*3. Kram kaki*
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

*4. Kaki semut2 @ kebas*
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

_Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Semoga bermanfaat.._

Pegang Pada Janji

Kisah teladan untuk dijadikan ikhtibar...
Pegang pada janji..
       
Pada suatu hari di bulan Mac tepatnya 9hb. Sebuah hotel daerah Kapar didatangi seseorang tetamu wanita cantik...

Tamu    : "Apakah bilik no 39 kosong...?"

Bellboy : "Kosong kak...!"

Tamu    : "Boleh saya gunakan...?"

Bellboy : "Tentu kak...!"

Setelah memboking bilik tersebut si tamu bermaksud menemui manager hotel untuk minta 3 benda iaitu sebiji timun, benang putih panjang 59 cm dan warna orange 79 cm. Meskipun agak aneh tapi manager hotel bersedia memenuhi permintaan wanita tersebut...

Tapi kerana hairan si manager pun akhirnya tidur di bilik no. 40 tepat di sebelahnya. Diapun menunggu, tidak tidur. Akhirnya tepat tengah malam terdengar suara - suara aneh dari dalam bilik no 39. Terdengar suara merintih, orang bernafas kuat, dan benturan - benturan didinding...

Setelah pagi si tamu pun berkemas menuju lobi hotel untuk cek out dan tak lupa memberi tips yang lumayan besar pada bellboy...

Manager hotel yang kehairanan akhirnya menceritakan semuanya dan mengajak bellboy untuk memeriksa kamar 39 dan ternyata semuanya Ok, tak ada 1 benda pun yang rosak...

Dalam hati dia bertanya apa yang dilakukan wanita itu...?

Setahun berlalu dan tepat 9hb Mac si tamu itu datang lagi. Memesan bilik no 39, meminta lagi sebijik timun, benang putih 59 cm dan orange 79 cm. Manager yang masih kehairanan kembali menguping melalui bilik sebelah.   Kembali terdengar suara - suara aneh, paginya si wanita ity bergegas check out, dan tak lupa memberi tips yang besar pada bellvoy..

Masuk tahun ke 3, pada tarikh yang sama wanita itu datang lagi, dengan permintaan yang sama. Bilik 39, timun, benang putih dan orange. Kali ini si manager harus tau apa sebenarnya yang dia lakukan. Setelah pagi tiba ketika si tamu hendak pergi meninggalkan hotel buru - buru si manager menahannya...

Manager : "Mohon maaf Puan apa saya boleh tanya 1 hal...?"

Tamu : "Tentu saja , apa itu..."

Manager : "Saya ingin tahu apa yang Puan lakukan tadi malam di bilik no 39...?"

Tamu : "Bila saya beritahu awak, apa awak berjanji akan menjaga rahsia dan tidak memberitahu siapapun...?"

Manager : "Ya Puan saya berjanji tidak akan memberitahu siapapun tentang hal ini apapun yang terjadi...!"

Maka wanita itu menceritakan segalanya... terganga mulut manager itu mendengar.

Sayangnya si manager tersebut menepati dan memegang teguh janjinya untuk tidak memberitahukan peristiwa ini kepada siapapun apa yang dilakukan wanita tersebut di bilik 39 hingga sekarang dan tetap dirahasiakannya sampai akhir hayatnya...

Maka manager ini memang ada intergriti dan kejujuran dan teguh janjinya disimpan.. Sampai habis baca kita tidak tahu akan kisah sebenar yang berlaku.

tamat..🤔🤔

Apa Itu Dunia, Akhirat Dan Iman

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya. Maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan..!*

*Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan. PERTAMA! Apa itu Dunia..? KEDUA! Apa itu Akhirat..? dan KETIGA! Apa itu Iman..?*

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tak mahu syarahan yang panjang-panjang. *Menteri Agama terpinga-terpinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.*

*Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.*

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur, makan pun tak lagi berselera, cakap pun dah lain macam. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.

Masa hampir tiba. Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

*Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak macam ada masalah..? Boleh hamba tolong..?"*

*Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syaratnya kepada orang tua yang baik hati tadi.*

Soalan pertama, apakah itu dunia?

Maka dijawab orang tua tadi..! *"Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah..!"*

Soalan kedua, apakah itu akhirat?

Maka dijawab orang tua tadi..! *"Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masinglah..!"*

Dan soalan ketiga, apakah itu iman?

Maka orang tua itu pun bagi tahu, "Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar, mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat, si Menteri terus bertanya, *"Apa itu iman..?"*

*Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari.*

*Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga, dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.*

*Si Menteri berfikir berkali-kali. Makan dengan anjing ni najis berat. Tak makan kang jawatan lesap, harta melayang, hidup susah dan melarat..!*

*Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu..!*

Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

*"Wahai Tuan..! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!*

*Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"