Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Dari Perempuan Hati Batu Untuk Lelaki Hati Jambu

Dulu...
Masa kau nak dia, sanggup kau tebalkan muka depan kawan kawan dia walaupun dia tak layan kau..

Sanggup kau datang jauh jauh sebab nak jumpa dia. Takde kereta, kau pinjam kereta kawan. Punyalah bersungguh sungguh kau nak dapatkan dia. Sebab kesian dekat kau, dia pun menurut tapi hampakan.? dia tetap layan kau acuh tak acuh..

Suka betul kau yerbila kawan kawan gosip dan gandingkan nama kau dengan dia. Semua orang tahu kau suka dia. Semua orang tahu kau usaha nak pikat dia tapi dia tetap buat buat tak tau. Yang nampak dungu, kau jugak. Kau cakap apa.? " takpe,kalau dapat aku jaga elok elok.. " kononnya

Selama kesungguhan kau, airmata kau, pujuk rayu, sumpah setia kau..bila dia dah yakin kaulah orangnya, dia terima..

6 bulan, setahun, 2 tahun ataupun 10 tahun kau menyimpan rasa padanya.. akhirnya dia terbuka hati terima kau. Dia tak pandang pun apa kerja kau, duit kau, tinggi mana kau belajar atau pun rupa kau. Bila dia dah yakin ada seseorang yang sanggup bersusah payah demi dia, dia sambut tapi itu hanya lakonan.????

Kenapa bila hati dia dah kau pegang, bila cinta dia dalam genggaman kau, bila kau dah yakin dia takkan sanggup kehilangan kau, kau pun berubah.??

Berdiam diri, menjauh, mengelak. Masa tu nampak perempuan lain lagi baik daripada dia. Lebih cantik, lebih menawan. Walaupun dulu dialah kau puja, siang malam.. berjanji bulan bintang, sekarang kau biarkan dia menangis..

Mana pergi kau yang mula mula nak dapatkan dia dulu.??

Dengar wahai bujang..
dulu masa kau tengah gila kejar dia..

Dia keraskan hati sebab taknak jatuh pada yang salah..
Dia simpan hati dia pada yang betul betul menghargai..
Untuk yang betul menjaga tanpa di sakiti..

Bukan dia tak sedar segala kesungguhan kau..
Bukan dia tak hargai segala usaha kau..
Dia tak layan, dia tak acuh sebab dia meragui..
Dia takut hati dia dipermainkan..

Hati perempuan sekali hancur, nak ke bentuk asal memakan masa..
Monyet yang sakit hati sebab pisang kena curi pun tak sanggup tunggu masa bertahun nak pulih.!

Dan sekarang kau pergi dengan keputusan kau..
Kenapa kau tak biarkan dia buat keputusan macam kau buat keputusan untuk diri kau.?

Payah ke untuk berterus terang yang kau dah taknak.??
Tidak sesulit kau berterus terang saat kau nak dia..
Sanggup malu.. takpa kata kau kalau ditolak..
Bukan lelaki kalau tak berani mencuba..



Kata Orang Jangan Dijadikan Hamba!

Kata orang
Kau tak mampu hidup tanpa bantuan,
Berjalan menonong seperti si buta tanpa cokmar saktinya

Kata orang
Kau tak ubah seperti si pandir
Bodoh tidak bertempat bila berbicara sinis

Kata orang
Kau hidup atas ihsan mengikut mana saja orang lain pergi tak ubah seperti daun ditiup angin

Kata orang
Kau lagak seperti mufti bila bicara tentang agama biarpun ilmu baru setitik dakwat

Kata orang
Kau tidak pantas untuk berjaya kejayaanmu atas dasar tuah yang datang tidak ubah seperti orang menang loteri.

Itu kata orang.

Sampai bila kau mahu menjadi hamba atas kata kata nista manusia?

Berdiri atas kaki sendiri. Fikir sebelum buat sesuatu keputusan. Pandang baik dan buruknya sebelum bertindak. Kau mampu. Diri kau milik kau!!


Berubah Kerana Allah

Awk,saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana bila awk jumpa Allah..
Saya mohon awk jangan tarik pahala saya selepas saya bagi tau awk
semua ni"
.
"Apa?"
.
1- Tudung awak, dah sempurna pakai tudung..
Cuma, labuhkan bahagian hadapan tu.. Tutup "dada".
Tu yang Islam ajar
.
2-Kaki awak, pakai stoking tak wajib. Tapi, yang wajib itu tutup kaki..
Pakai stoking salah satu cara nak tutup. Kalau awk nak pakai kasut Pau cu kang..
kotak dekat kaki. Terpulanglah.. Janji awk tutup

3-Baju awak, pakai tudung cantik dah.. Labuhkan dah..
Awak labuhkan juga bahagian lengan tu..
Kalau awak nak lebih selamat,awak pakai la sarung tangan..
Besarkan baju awak.. Biar nampak kolot di mata orang.. Tapi, tidak di mata Allah
.
4-Muka awak, Allah dah cantikkan. Jangan palsukan  muka awk dengan 'cat warna-warni'
.
5-Awak, saya sayangkan awak sebagai sahabat.. Saya harap awk berubah penampilan
.
Awk sudah tahukan? Mohon ubah ye awak
.
Saya tak sanggup nak tengok awk dijilat api
.
Awak, ambil lighter,mancis..panaskan


Sama sama kita berubah kerana Allah

Duhai Hawa Yang Aku Sayangi

HAWA

Pakai purdah tapi lukis kening.
Pakai purdah tapi contact lens berwarna.
Pakai purdah tapi eye liner lentik.
Pakai purdah tapi hias mata bagai nak rak.

Kamu berpurdah tidak ingin dilihat ajnabi,
Tapi kamu berhias seperti ingin dilihat dan menarik perhatian ajnabi.

Apakah niat kamu untuk berpurdah?

Tepuk dada tanya iman..
Apa niat sebenar kamu berpurdah???
Menarik perhatian atau ingin lindungi diri dari fitnah dunia?


Ayah, Selamanya Hero Dihatiku

Ayah memang tidak mengandungkan aku,
tapi dalam darah aku, mengalir darahnya...

Ayah memang tidak melahirkan aku,
tapi suaranyalah yang pertama aku dengar ketika lahir untuk menenangkan jiwa aku....

Ayah memang tidak menyusui aku,
tapi dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susu untuk aku...

Ayah memang tidak menyanyikan aku, agar aku tertidur,
tapi dialah yang menjamin aku tetap nyenyak dalam lelap malam..

Ayah memang tidak mendakap aku seerat ibu,
mungkin kerana dia risau tidak dapat lepaskan aku
ketika aku sudah boleh bina sendiri hidup ini...

Ayah,
aku tidak pernah melihat  kau menangis,
aku tahu bukan karana hatimu keras,
tapi agar aku tetap percaya,
ayah kuat untuk aku boleh bergantung dilengannya..

Sayangi dan hormati ayahmu..
memang syurga ada ditelapak kaki ibumu,
tapi tidak ada syurga untukmu tanpa kehadiran ayah
Memang kau diminta mendahulukan ibumu,
tapi ayahmu adalah jiwa raga ibumu...

Duit boleh dicari, ilmu boleh di gali
tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua tidak akan terulang kembali
Beruntunglah bagi yang masih memiliki orang tua
masih belum terlambat untuk berbakti

Ya Allah berikan kekuatan padaku untuk bahagiakan orang tuaku
Berikan aku kesempatan untuk membuat mereka tersenyum bahagia

Amin Ya Robbal Aalamin....



Take Note : Aku sayang keluarga aku. Aku sayang mak, ayah dan adik adik aku. Sungguh, merekalah nyawa aku. Merekalah hidup aku. Ya, Sememangnya kami jarang berhubung. Semamangnya kami jarang bersuap muka. Tapi ikatan antara kami semestinya tidak akan putus. Sungguh, keluargalah harta yang paling bernilai dan yang sangat aku sayangi. Dari kejauhan, doa aku sentiasa mengiringi mereka. Semoga mak, ayah dan adik adik aku sentiasa sihat dan gembira. Semoga kami sentiasa dalam lindunganNya. Semoga bahagia milik kami selamanya. Rindu keluarga. Rindu mak ayah. 

Manusia Tetap Manusia

Andai hati ini kuat seperti dulu,
tiada apa yang dapat menghalang ombak yang mendatang,
biar pun ribt taufan yang mendatang,
akan ku tempuhi dengan kudrat dibadan..

Tetapi sekarang ini hati aku begitu rapuh,
seperti rapuhnya dahan dahan kayu yang kekeringan di mamah kepanasan,
walaupun yang datang hanyalah ombak yang kecil..

Aahhh mengapa aku boleh tersungkur....
jika kemaafan yang dipinta,
jika kemaafan yang di hulur,
mampukah aku menghadapinya,
walaupun aku tahu Allah sentiasa ada,
tapi manusia tetap manusia....

Jika hanya dibibir sahaja, tiada guna...
jika dihati ada keikhlasan, pasti hidup gembira..
betapa besarnya ilmu keikhlasan,
betapa susahnya sebuah kemaafan...


I'm not strong enough..
life is difficult..
I don't know why..
Can you give me a chance to taste the happiness for a while??
I need that..
Hurm...



Sediakan Ruang Untuk Bahagia

 Allah tidak pandang jari yang bertasbih. Allah cuma pandang hati yang bersih. Bersihkan hati kita. In shaa Allah bahgia.

Kalau diikutkan rentak emosi, memang ada bnyk perkara yg buat kita kecil hati. Tapi bila menginsafi rentak takdir Allah, bnyk perkara yg menuntut muhasabah. Ujian dtg bukan saja2 dlm hidup kita. Banyak tujuannya.

Apa yg kita tak suka itu juga bnyk manfaatnya utk dunia dan akhirat. Kita boleh kutip pahala jika kita mampu tabah. Kita boleh hapuskan dosa kita klu mampu redha. Malah Allah menjanjikan hikmah di setiap musibah.

Lalu, mengapa kita masih mahu melayan keluh kesah? Sudah2lah... Pujuklah hati utk memaafkan sesiapa pun yg pernah menipu kita, yg memfitnah, yg mungkir janji, yg salah faham dan menyimpan prasangka atau apa juga kesilapan mereka yg melukakan hati kita.

Menyimpan dendam di hati umpama menyimpan racun di dlm diri. Lepaskan. Keluarkan. Buang dendam dan benci dari hati kita agar ada ruang utk Allah tempatkan bahagia. Sediakan ruang itu. Bukankah itu yg kita mahu?

Ibnu Mubarak berkata:
"Musibah itu hanya satu, tetapi apabila org yg terkena musibah itu menyesali, maka musibah itu menjadi dua. Yg pertama adalah musibah itu sendiri dan yg kedua adalah hilangnya pahala musibah itu, padahal itu lebih besar daripada musibah itu sendiri."


Antara Perempuan Dan Lelaki

Dulu,
Bila disebut Perempuan
Lelaki kagum dgn kuatnya iman mereka,
Seperti Rabiatul Adawiyah

Kini,
Bila disebut Perempuan
Lelaki menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Jahilliah.

Dulu,
Bila disebut Perempuan,
Lelaki tenang di hati,
Kerana perempuan
Dulu susah untuk dilihat
Kerna mereka menjaga diri mereka
Daripada dilihat Lelaki

Kini,
Bila disebut Perempuan,
Buka henset muka merekalah yang pertama Lelaki lihat.

Dulu,
Bila Perempuan nak ke masjid,
Mereka berjalan pada tempat yg
Tiada golongan Lelaki kerana malu.

Kini,
Perempuan keluar daripada
Rumah dengan berpakaian macam benang tak cukup,
Siap selfie lagi tu pastu upload
Dekat laman sosial, Lelaki lihat
Dapat dosa.

Dulu Rasulullah saw dan Para Sahabat
Berjuang bermati-matian,
Diseksa, dicaci, dilemparkan najis
Hanya untuk menegakkan Islam
Di muka bumi dan untuk
Mengangkat Darjat, Kedudukan,
Maruah Perempuan.

Kini,
Perempuan senang-senang
Jual maruah diri,
Ambil gambar tak tutup aurat
Tayang kat lelaki pastu kena rogol
Siapa yg bersalah??

Inikah cara kita nak membalas
Perjuangan Rasulullah Saw dan Para sahabat??




Terdiam Sepi Dikala Rindu Tiba

Maka berdiamlah apabila rindu
Ketika rindu yang sebenarnya menjadi sendu
Kerana rindu itu hanya menyakitkan

Ada apa dengan rindu?
Hanya rasa yang menyesakkan?

Ada apa dengan rindu?
Bila rindu itu cuma rasa yang membinasakan

Apa gunanya merindu?
Tatkala kau bukan yang dirindu..

Tiada apa dengan rindu
Biar lenyap di telan waktu..



Konsep Kawan Yang Disalah Erti

Pernah tak?
Kau kenal dengan seseorang yang bila renung wajah dia,
kau rasa bahagia?

Kau pun berusaha untuk masuk dalam hidup dia.
Cuba untuk merasai kehidupan yang dia lalui.

Rupanya disebalik senyuman itu, dia sedang kecewa.
Kecewa dengan kegagalan cinta lama dan masih
belum berjaya untuk hapuskan kekecewaan itu

Kau pula seorang yang percaya pada usaha.
Jadi kau cuba untuk merawat hatinya yang berduka lara.

Hari demi hari, usaha kau mula nampak hasil.
Kau dan dia semakin rapat dan akrab.
Jarang  sekali kau tiada tatkala dia memerlukan seseorang
disisi. Seakan bukan sekadar kawan, walaupun zahirnya
tiada perkataan sayang dan rindu dibibir.
Masih berdiri disebalik konsep kawan.

Bila kau cuba untuk berbicara soal hati perasaan,
dia sekan mengelak. Akhirnya kau ketahui, dia sebenarnya
telah lama kembali bersama cinta lama.

Sakit siakk!!!



Hilang Cintaku by Hez Hazmi

Benar aku
Benar ku sunyi tanpamu
Kini hidupku tak seindah dulu
Lembut tanganmu pelukan manjamu
Segala kenangan kita..

Kau ku percaya
Kau segalanya
Inilah waktunya
Mengapa kita akan terpisah..

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu..

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu..

Benar aku
Benar ku sayang padamu
Takkan ada yang seperti dirimu
Hancur harapanku
Sanggup kau musnahkan
Maghligai yang kita bina

Kau ku percaya
Kau segalanya
Inilah waktunya
Mengapa kita akan terpisah

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu..

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu..


Andai Itu Takdirnya

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Andainya lelaki tahu..


Maafkan, Jangan Membenci

Maafkan mereka yang menyakiti kita kerana
daun yang gugur tidak pernah membenci angin..😔



Sebuah Senyuman Sejuta Kesakitan

Kalaulah dengan senyuman ini boleh pulihkan hati
aku yang tengah tahan sakit saat ini. Aku sanggup
senyum setiap masa. Ya, aku sanggup. Hmm



Ketawa Bukan Tanda Bahagia

K.E.T.A.W.A
Belum tentu hatinya gembira..
Belum tentu dirinya bahagia..
Tapi mungkin..
Senyuman itu salah satu baginya kekuatan.. 
emberinya keyakinan untuk terus mengharungi hidup..
Sedih.. 
Duka.. 
Bukan untuk di pamerkan.. Tetapi biarlah ia menjadi kisah di balik hati..
Biarlah... 
Biarlah hanya Allah yang mengetahuinya..
Namun.. 
Jangan jadikan ia satu alasan untuk menjadikan diri lemah..
Apa pun terjadi, percayalah Rahmat Allah itu sentiasa bersama..
Di berinya kekuatan saat kelemahan ..
Di ukirnya senyuman saat hati berduka.. 
ak pernah menjauh walau manusia lain semakin menyepi..
Allah...
Tersenyumlah sayang...
Ukirlah senyuman seindah pelangi, 
Walau hatimu sepahit kopi 😊



Keburukan Orang Jelas Kelihatan

Kadang-kadang,
Busuk bau orang kita perasan,
Kita sedar,
Kita tahu..
Tapi,
Kita tak perasan satu hal,
Busuk bau sendiri..
Bila di aplikasi pada kesilapan,
Ia terjadi hal yang sama,
Kesilapan orang,
Walau ia sekecil hama,
Kita cepat saja perasan,
Lagi teruk,
Bukan nak tegur dengan berhemah,
Tapi tambah diaibkan..
Silap dan salah kita,
Memang sampai sudah kita tak tahu,
Tak sedar,
Selagi tiada yang menegur,
Kalau sedar pun,
Kita buat tak endah,
Lagi teruk,
Cuba menafikan pula,
Dan menuding jari pada yang lain..
Itulah hakikat..
Bahawa,
Hidup ini perlu saling memerlukan,
Tegur menegur dengan cara baik,
Bukan cakap belakang,
Atau tokok tambah penyedap rasa..
Muhasabah diri,..
Renung-renung kesilapan sendiri..


Ternyata Kau Tak Setia

TERNYATA KAU TAK SETIA
D'COTZ

Saat aku datang
Tuk menjemput cintamu
Nyatanya kau tak sendiri lagi
Dulu kau berjanji akan slalu setia
Menantiku.. menungguku..

Tapi mengapa saat ini
Semua telah berbeda
Kau bukan yang dulu lagi..

Tiada lagi gunanya kau menangis
Tiada lagi gunanya kau bersedih
Saat ini kau tlah jadi milik orang

Cinta yang ku semai
Gugur sebelum tumbuh
Pelangi yang indah
Hilang tersapu badai
Karna engkau yang tak setia
Menungguku...

Maaf kan sayang
Bukan ku tak setia
Tetapi ini pilihan orang tua
Maaf kan lah sayangku
Maafkanlah..

Semua ini terjadi seperti mimpi
Tak pernah ku sangka akan seperti ini
Maafkanlah sayangku
Maafkanlah...

Tiada lagi gunanya kau menangis
Tiada lagi gunanya kau bersedih
Nyatanya kau tlah jadi milik orang

Maaf kan sayang
Bukan ku tak setia
Tetapi ini pilihan orang tua
Maafkanlah sayangku
Maafkanlah

Semua ini terjadi seperti mimpi
Tak pernah ku sangka akan seperti ini
Maafkanlah sayangku
Maafkanlah..

Tiada lagi gunanya kau menangis
Tiada lagi gunanya kau bersedih
Nyatanya saat ini kau berpaling..
Dariku...



Take note : Tengah malam buta orang lain sedang lena diulit mimpi tapi aku masih bersengkang mata, siapkan kerja sambil ditemani lagu. Tengah syok buat kerja tetiba terkeluar lagu "Ternyata Kau Tak Setia". Oichhh sakitnya tuh disini didalam hatiku!!!

Tangan aku stop kejap menaip. Otak aku stop kejap berfikir. Hahaaaa siakkkk! Pasang pulak volume kuat, disumbat plak earfon dalam telinga. Ambik kauuu liriknya jelas sebijik sebijik. Terus tersusuk kalbu wehhhh..

Tetiba sedih. Teringat kat dia. Kisah kami yang tak kesampaian. Berpisah kerana dia setuju dengan pilihan keluarganya. Mungkin salah aku. Mungkinlaaa... Mungkin time tu aku yang tak serius.. Kejap aku muncul. Kejap aku hilang. Padahal dia sentiasa ada untuk aku. Tak pernah lengkang muncul masej dia. Tapi aku jarang sangat reply dengan alasan sibuk study time tu. 

Habis je final, aku cari dia. Time tu dia dah macam payah nak contact aku. Ingat lagi, aku call dua berpuluh puluh kali, tak diangkat. Aku masej dia berkeping keping tak berbalas. Beberapa hari lps tu dia masej aku, jumpa kat tempat biasa. Okay aku happy. Teruja!!

Tapi tak sangka teruja aku jadi terperanjat. Katanya, dia dah nak kahwin. Aku gelak sebab disangka gurauan! Tapi rupanya betul. Katanya pilihan family. Aku tanya, tak sudi ke jemput aku ke majlis dia?. Katanya taknak jemput sebab tak sanggup nak tengok muka sedih aku nanti. Akubfikir positif, mungkin dia saja nak tipu aku kot. Mungkin saja nak bagi aku rasa apa yang dia rasa selamanya. Mungkinlahhh..

Lepas hari tu langsung dia tak reply masejndan tak angkat call aku. Sebulan lepas tu aku terstalker facebook dia. Gugur rasa jantung ni baiii! Dia dah kahwin! Sungguh dah kahwin! Baju pengantin, kenduri sebelah dia warna pink. Dan sebelah perempuan warna hijau. Time tu, tak tahu aku nak menangis ke melalak. Rasa kosong. Nasib baik aku dah habis final exam waktu kejadian tu.

Hahaaa bila difikir balik aku sedih. Tapi rasa lawak pun ada. Tapi itulah.. dialah insan pertama yang buat aku jatuh sayang. Cinta? Entahlah, mungkin time tu cinta monyet kot. Tapi sejujurnya, sampai skrg aku masih ingatkan dia. Kekadang aku bandingkan orang yang datang dalam hidup aku sekarang dengan dia. Hurmmmm... takkan sama dengan dia. Dia terlalu baik. Terlalu banyak yang dia ajar aku tentang kehidupan. Jujur dan tulusnya dia sepanjang kami kenal. Apapun semoga dia sentiasa bahagia disisi insan yang lebih berhak untuk dia. Dan semoga aku temui insan yang boeh terima aku seadanya. - Sam Kg Tiram







Melangkah Pergi Kerana Sayang

Jangan sesekali kau melangkah pergi andai dihati kau ada aku
Jangan sesekali menjauh andai terasa aku didekatmu
Kerna tidak akan sesekali aku menghalang keputusan kau



Maafku Kali Terakhir Untukmu

Pernah dulu aku suarakan yang terbuku
Agar engkau tidak lagi
Mencampuri hal peribadi
Tetapi dengan nada egomu
Dengan lantang kau berkata
Tepuk dada tanyalah selera
Bagaikan suatu sindiran mengusik perasaan...

Kini kita sudah tidak seperti dahulu
Hanyalah mencuri pandang dan tidak bertegur sapa
Ku rasa inilah yang terbaik
Elok diam dan menyepi
Ku mengundur tidak semestinya ku sombong
Tetapi hari ini telah pun engkau lukai

Ramai teman yang meminta
Agarku memaafkanmu
Memaafkan memang mudah tetapi kesannya
Lidah lembut boleh memaafkanmu
Tapi hati masih menyimpan pilu
Untuk apa kita berpura pura
Lebih elok biarlah begini
Selangkah engkau ke depan
Tidak akan mengubah pendirian ku ini terhadapmu
Walau ditiup sang ombak dan dipuji melangit
Tak terluntur keimananku
Andai mati hidup semula takku lupa...


Suatu Persoalan Tanpa Jawapan

Jika kasih itu boleh ku buktikan...
akan ku ukir namamu di lautan...
biar dirimu lihat betapa kuatnya kasih yg ku berikan...

Jika sayang itu boleh ku buktikan..
akan ku ukir namamu di awan...
biar kau dapat lihat betapa luasnya syg yg ku persembahkan..

Jika rindu itu boleh ku buktikan...
akan ku minta kau kira pasir di tepian pantai..
biar kau dapat nilai betapa banyak rindu yang aku rasakan...
mengucapkannya tak sama seperti merasakan...

namun di kala ini, jika kau minta aku buktikan segalanya...
aku hanya mampu ucapkan selamat tinggal....
kerna kau tak mampu menilai rasa yg ku persembahkan...
buka hatimu....nilai perasaan ku..
jgn di tanya sebanyak mana sygku padamu..
jgn di tanya..sekuat mana kasihku padamu..
dan jgn di tanya sebanyak mane rinduku padamu...
aku tak mampu menjawapnya padamu...

ku biarkan persoalan itu...
bukan bererti aku tak menyanyangimu..
namun ku berikan kau waktu untuk menilai perasaan ku..
maafkan aku....jika kerana ini kau tinggalkan aku...
aku lepaskan dirimu tanpa rasa ragu....
kerana ku tak mahu kau terus begitu...
meragui kasih yg ku berikan padamu....



Berzikir Tetapi Hatiku Masih Lalai

Imam al-Ghazali ditanya : Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ?

Jawab Imam al-Ghazali : " Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia "


Jangan Lakukan Itu. Kejam!!

Jangan sesekali kamu bersikap kejam
memberikan harapan pada seseorang itu
lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang
kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya
jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.


Cerpen : Kerana Kau Mata Hatiku

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm...sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga...siapa tahu.

Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam...masin... manis...semua ada!

Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.

Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke?

Alamak...terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.

Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi...
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm...ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku...” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah...murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik...di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi...Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
Masjid India, 10 pagi...
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
Masjid India, 10 malam...
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape...tak cantik ke aku ni?!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya...keningnya... hidungnya...mulutnya... semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.

“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.

Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi....

Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err...awak...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku....
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi...” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai...” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.

***
Dua tahun kemudian...
“Ikhwan...Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah...” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.

“Emm... kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..

Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main...” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu...” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.

“Hmm...” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu...
***
Suatu pagi...
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula...” Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian...
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri...cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.

“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.

“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan... Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?

Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.

Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err...maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.

“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana...” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri...” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.

“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.

“Ya Allah...Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.

“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri...” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.

“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.

“Suri tak perlukan lagi...” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab... Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.

Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya...” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.

Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya...



Jangan Hukum Diri Ini

Aku terhukum kerana menyayangimu,
seperti gerimis yang hanya mampu kulihat,
di sebalik jendela dan kau pergi menjinjing,
semangat yang larut dalam deras hujan,
di penghujung perjalanan kita,

Aku pun enggan berterusan menanti,
gerimis ini membasahi laman jiwa,
aku mengejarmu yang tidak juga,
kupaksakan untuk berhenti,
melihat ke dalam diri sendiri,

Kau hukumlah aku kerana menyayangimu,
biar hujan menghilangkan jejak rindu,
hari ini aku nekad untuk terus menantimu,
doaku agar kita bertemu,
walau hanya dalam segumpal mimpi,
tergantung di langit yang tinggi,

Aku harus menunggumu lagi,
kerana itu adalah segunung bahagiaku,
yang mampu kubawa bersama,
dalam cerita lara kita..


Tinta Terakhir Untukmu

Jika kau sayang padaku..
Teruslah sayang padaku..
Tapi aku tidak bisa memaksamu.. 
Kerna itu cintamu..
Aku hanya bisa menerima dan ingin hidup di dalamnya..
penuh bahagia
Jika kau benci padaku..
Bertanyalah pada dirimu..
Apa kamu terganggu dgn adanya aku..
Dari situ kita berdua belajar siapa kau.. siapa aku..
Jika kau sama denganku..
Jangan sesali kepemergianku kerna..
kehilangan yang terbesar bukanlah kematianku...
tetapi apa yang mati antara kita ketika aku masih ada..
Dan jika cinta memang ada di antara kita..
Aku tak akan pergi jauh darimu..
hidup terus di hatimu..
Menghangatkanmu dalam kedinginan..
Menenangkanmu dalam kemarahan..
Membawa senyum dalam saat-saat sepimu..


~ Dan biarlah aku terus hidup dalam kasih sayangmu.. selagi ada nyawaku ~


Ada Apa Dengan Cinta

cinta...
tidak ku nantikan hadirnya
andai terbit cinta itu dihatiku
kan kuterima apa adanya ia
kan kusambut dengan mesra
kan kucuba membahagiakannya

cinta...
tidak ku harapkan hadirnya
andai hadir cinta itu padaku
kan kujadikan ia teman sepiku
kan kuberikan ia kasih tulusku
kan kubelai ia dengan rinduku

Aku rindu. Aku rindu kau.
Tapi kau hilang
Kau pergi tanpa berpaling melihatku
Aku sakit
Terlalu merindui kami


Jagalah Hati Jangan Dikotori

Hati

Kita janganlah biarkan hati kita berpanjangan dalam keadaan keras,
sehingga kita amat payah untuk menerima kebenaran.

Kita kena berusha sebaik mungkin supaya hati kita menjadi lembut.
Dan rasa amat gembira melaksana kebenaran yang datangnya dari Allah S.W.T.

Hati kita yang keras adalah di sebabkan kita banyak melakukan dosa,
dengan itu kita hendaklah bertaubat dan banyak memohon ampun kepada Allah S.W.T.

Dan juga kita hendaklah selalu mengingati mati,
apabila kita selalu berkeadaan demikian; yakni selalu mengingati mati:
maka akan datang satu keinginan yang baik
iaitu kita rasa amat memerlukan kita beramal kesolehan
dengan melaksanakan perintah Allah S.W.T.


Perhiasan Terindah, Menyenangkan Jika Dipandang

Perhiasan yang paling indah di dunia bagi seorang lelaki muslim adalah hadirnya isteri solehah di sisinya. Ketika isteri diperintah maka ia taat, ketika ditinggal maka ia menjaga kehormatan suami, dan ketika suami memandangnya menjadi sejuklah hatinya.

Tiga hal itulah ciri-ciri syar’i seorang isteri dalam Islam. Keindahan diri yang dimilikinya hanya untuk “kekasih halal”nya, bukan diumbar dinikmati jutaan mata yang ditonton oleh nafsu belaka.
Semoga Allah ‘azza wa jalla memperbaiki dan menjaga rumahtangga kita semua. Amin!


Membunuh Dengan Melakukan Dosa Atau Taubat

Perasaan pedih dan sesal ketika anda terbabit dalam melakukan dosa adalah merupakan petanda yang baik, sekiranya hati anda tidak hidup dengan iman, perasaan itu tidak ada pada diri anda.

Perasaan pedih ini biasanya tidak berkekalan,  samada anda membunuhnya dengan melakukan banyak dosa lalu jiwa anda akan mati, atau anda membunuhnya dengan taubat maka dosa anda akan mati.


Sifat Yang Dilarang Oleh Rasulullah

SIFAT YANG DILARANG OLEH NABI S.A.W

Muslim Dilarang Saling Membenci ....

عَنِ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Dari Anas Bin Malik, Nabi SAW bersabda, "Janganlah kalian saling membenci, saling mendengki, saling memusuhi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga malam. Jika keduanya bertemu, masing-masing menghindar. Yang terbaik adalah yang memulai salam." (HR Ahmad No: 12875) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Janganlah kita saling membenci antara satu sama lain. Allah jadikan kita sebagai makhluk yang sama taraf. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah taqwa

2. Janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain.

3. Janganlah kita saling memusuhi antara satu sama lain dengan sebab kita berbeza dan tidak bersetuju.

4. Jadilah kita hidup saling mengasihi antara sesama Muslim kerana kita dijadikan oleh Allah bersaudara.

5. Janganlah kita tidak bertegur sapa sesama muslim melebihi tiga malam.

6. Janganlah apabila bertemu sesama Muslim kita saling menghindar atau menjauhi atau tidak mahu bertegur sapa.

7. Muslim yang terbaik adalah yang memulakan ucapan salam apabila bertemu tanpa mengira siapa mereka.

Allah menjadikan kita berbeza, dari pelbagai kaum dan bangsa untuk saling berkenal mesra bukan saling bermusuh dan berbeza.

Take Note : Alhamdulillah, sempat juga dengar tazkirah walaupun seketika. Terpanggil untuk dikongsi disini bertujuan sebagai peringatan buat diri sendir dan kawan-kawan. Semoga bermanfaat.