Makanan Tidak Sihat Yang Selalu Kita Makan
15 Mei 2017
Kadang-kadang kita tak sedar bahawa makanan yang kita melantak setiap hari boleh mengakibatkan penyakit berbahaya.
Ada beberapa jenis makanan yang korang tak sedar ia sebenarnya makanan yang tak sihat tetapi dimakan pada setiap hari!
•Tauhu
Sumber dari comp.utm.my
Tauhu merupakan makanan diminati ramai dan boleh dimasak dengan apa cara sekalipun. Memang enak makan tauhu dengan ayam penyet, letak tauhu dalam mee kari perghh memang sedap!.
Sedap memang sedap tapi korang tau tak yang tauhu mengandungi Magnesium sulfate yang boleh meracuni tubuh badan jika korang makan tauhu secara berlebihan!
•Bijirin manis
Sumber dari shandymedia.com
Bijirin sememangnya makanan yang sihat tetapi ada sesetengah bijirin boleh memberi keburukan kepada kesihatan korang apabila ia mengandungi Refined carbohydrates dan karbohidrat seperti ini mempunyai kadar gula yang tinggi malah korang boleh terdedah dengan penyakit obesiti dan diabetes!!
•Ikan sardin
Sumber dari rasa.karangkraf.com
Memang sedap jika ikan sardin direbus dan digoreng malah boleh dijadikan sambal ikan sardin jika korang beli ikan sardin dalam tin. Tahukah korang ikan sardin itu sendiri tidak elok untuk kesihatan?
Ini kerana ikan ini memiliki kandungan merkuri yang tinggi dan memakan ikan kecil sebagai makanannya. Seeloknya pilih ikan yang makan tumbuh-tumbuhan laut.
•Nugget ayam
Sumber dari resepimasakaninfo.com
Siapa yang tak suka makan nugget ayam bukan? Rasanya yang enak, garing selalu menjadi makanan kegemaran untuk anak-anak kecil membuatkan ramai juga menggemarinya.
Korang perlu kurangkan memakan makanan diproses seperti nugget ayam ini kerana ia mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
•Jus buah diproses
Sumber dari klimg.com
Seeloknya korang minum jus buah yang sebenar selain daripada membeli jus buah yang diproses. Ini kerana jus buah diproses mengandungi kadar gula yang tinggi seterusnya mengakibatkan diabetes jika diminum setiap hari.
•Teh ais
Sumber dari says.com
Teh ais memang sinonim dengan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sekarang ada pelbagai resepi baru yang diperkenalkan untuk menarik minat orang ramai untuk minum teh ais.
Kurangkan minum teh ais kerana ia mengandungi Emulsifier dan sebagai alternatif, korang semua boleh cuba untuk minum green tea yang terkenal baik untuk kesihatan dan kecantikan wajah!
•Krimer
Sumber dari tokopedia.net
Memang sedap minum kopi jika ditambah dengan krimer kerana ia mempunyai rasa lemak manis. Biarlah kopi pahit sedikit dari bercampur dengan bahan kimia yang terkandung dalam krimer.
Kini terdapat banyak minuman menggunakan krimer bagi memberi rasa lebih sedap tetapi anda perlu tahu krimer mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu Titanium dioxide.
Kebanyakan makanan memang berbahaya untuk kesihatan tapi kita wajib tahu bagaimana untuk mengawal pengambilan makanan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit berbahaya.
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
duk mamak, biasa teh ais tu haha
BalasPadam