#tb 300417
Alkisah haritu kawan Akak, Rizal nak balik kg, Melaka. Akak pun dengan perasaan tak bersalah offer diri nak ikut, nak follow sekali. Niat dihati nak berjalan, nak derak dan pusing pusing Melaka. Tak terfikir plak keesokan harinya tanggal 1Mei, hari pekerja.
.
Maka 300417 pun tiba. Mula-mula tu Akak macam was was jugak. Dalam hati macam seribu satu perasaan plak muncul. Maklumlah, nak follow tu boleh tapi nanti takkan nak patah balik Senawang sorang diri. Takut weh nak lalu highway dimalam hari sorang diri. Tapi perasaan nak follow dan taknak follow tu macam 50/50 waktu tu. Dari pagi Akak berfikir, nak ikut ke tak. Rasa macam nak ikut, nak berjalan pusing Melaka. Tapi rasa macm taknak ikut sebab nanti time nak patah balik Senawang takde geng. Fikir punya fikir, maka Rizal pun ws bertanya, nak ikut ke tak? Nak follow ke tak?. Hahahaa mula mula Akak reply taknak ikut. Padahal dalam hati bergelora nak ikut. Memikirkan keselamatan waktu nak balik nanti, maka relakan sahaja. Lalu si Rizal bertanya lagi, nak ikut ke tak? Jomlah ikut, esok cuti boleh rehat. Cepat2, rugi kau tak ikut ni. Boleh pusing Melaka. HAHHAHAA. Si Rizal tu siap buat countdown lagi. Cepat2 bagi jawapan 5 4 3 2 1. Ishhhh Akak time tu dah macam 70/30 plak rasa. Nak pegi ! Nak pegi! Nak pegi ! Maka dengan confident Akak reply, aku nak ikut jugak weh. Hahah den nak follow balik Melaka. Fuhhh! Keputusan muktamad terus Akak buat. Yakin! Akak nak follow jugak. Akak pun terus ws Wawa, tanya dia nak ikut jugak ke tidak. Okies Wawa on, tak banyak kerenah. Hahaaa Wawa pun kaki merayap sama macam Akak sebenarnya. Kihkihkih...
.
Lebih kurang jam 3ptg, maka perjalanan kami bermula. Akak bonceng Wawa dan si Rizal sorang sorang. Perjalanan dari Senawang ke Melaka, kalau ikutkan dalam 45minit je. Tapi disebabkan Akak rider yang berhemah maka jadilah perjalanan lebih kurang 55minit. Atas highway dugaan yang tak kami duga, tengah panas terik tiba tiba hujan. Fuhhh terdetik jugak dalam tahu, nak berhenti ke tidak, nak berhenti dekat mana. Akak tengok si Rizal tu relek je bawak motor maka Akak pun teruskan jugak, follow dengan berhati hati belakang dia. Di sepanjang perjalanan, banyak team konvoi motor yang kami jumpa, ada team rxz, team honda ex5, team 135lc dan team motor campur campur. Fuhhhh semua bawak laju giler weh. Seram Akak tengok, ada beberapa ketul yang buat aksi ala ala spiderman, meniarap atas motor. Hurmmm seram!
.
Keluar pada tol, nampak signboard Selamat Datang Ke Bandar Alor Gajah. Fuhhhhh senyum melebar Akak bawak motor. Wah dah sampai Melaka!! Hahahaa hakikatnya baru pinggiran Melaka, destinasi kami ke pusat bandar Melaka. Kihkihkihhh dalam hati terselit rasa bangga, akhirnya sampai lagi ke Melaka buat kali kedua. Penat? Rasanya tak terasa pun penat sebab hati tengah excited giler time tu. Kegusaran berkenaan perjalanan untuk balik ke Senawang nanti langsung hilang terus.
.
Dari tol kami ke MIBC. Perhhh jauh jugak erk nak masuk ke dalam sana. Perjalanan lebih kurang 30minit rasanya. Apa yang kami buat di MIBC? Huhuuu Wawa jumpa kawan dia disitu kejap. Katanya senior time dia study usim dulu. Pisttt smart orangnya. Kihkihkihhhh... Sementara menunggu Wawa berborak, Akak sempat cuci mata disekitar bowling tu. Okies agak meriah, ada yang family, ada yang couple, ada yang member member.
.
Tengah kami lepak sambil tunggu si Rizal siap makan, tetiba si Afif call Wawa. Olalalaaa dia tanya kitaorang kat mana. Hahaa nak ajak lepak lettuw. Katanya, dia dekat Labu otw ke Puchong. Tetiba mak saudara dia call, bagitahu takde dekat rumah. Katanya datang esok. Mungkin dia mati kutu kejap kot, tak tahu nak kemana. Pastu dia cakap nak datang jugak Melaka. Oichhhh tak ku jangka weh! Dua tiga hari lepas, Akak pernah bodek dia supaya ikut sekali. Hehee nanti sekurang kurangnya Akak ada geng time nak balik Senawang. Tapi dia cakap tak dapat ikut sebab nak pegi Puchong, rumah mak saudara dia. Okies dua tiga kali jugak Akak pujuk tapi tetap tak berjaya. Alhamdulillah, akhirnya dia datang sendiri, dengan rela hati. Kihkihkihhhh...
Sementara menanti kedatangan si Afif tu, kami pun gerak ke Tesco Bukit Cheng. Dalam 10minit kami tiba ke tesco tu, si Afif call, katanya dah kekuar tol. Fuhhhh laju giler wehh dia bawak motor! Dari MIBC ke Tesco rasanya jauh jugak kowt. Tapi rasanya dari Labu ke Tesco tu lagi jauh kowt. Giler lah ! Kami pun tunggu si Afif sambil makan kepsi. Dlm 10minit macam tu dia muncul maka kami pun makan sambil borak. Bla bla blaaaa dekat sejam jugak kami dalam kepsi tu. Tengok jam dah pukul 6.20ptg. Alamakkkk...
Perjalanan kami diteruskan. Kami ke Bandar Hilir Melaka. Parking motor di hadapan Heritag Gallery, kemudin berjalan kaki meneroki bandar penuh bersejarah tu. Akak, Wawa, Rizal dan Afif. Kami singgah dari satu tempat ke satu tempat. Kami memerhati dan mencuba apa yang menarik yang terdapat di Melaka. Nasib baik ada si Rizal yang menjadi pemandu arah kami. Kihkihkihhhh.. katanya Rizal, dah lama dia tak bersesak sesak dalam pusat bandar Melaka. Thanks Rizal, sanggup bersusah payah join kitaorang. Hahaaa den tahu, kau dah penat giler. Sudahlah malam sebelum tu kita overnight kat Centrio Seremban 2, keesokan harinya kau kerja pulak, lepas tu habis kerja terus gerak balik Melaka. Den tahu kau penat giler kan. Heheee tapi takpe, kau seorang insan yang tabah melayan kerenah kawan-kawan, kan.
Banyak sangat tempat yang kami singgah sekitar Melaka. Gambar, jangan ditanya berapa ratus keping yang kami ambil. Bayangkan, berjalan lima langkah pastu ambil gambar sepuluh keping. Kau rasa? Kihkihkihhh.. saja kami mengabadikan kenangan bersama dengan berwefie. Kami sempat menaiki beca berhias. Sebijik beca muat untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak kanak. Harga yang dikenakan untuk sebijik beca hanyalah RM25 sahaja. Murah, kan. Sebijik beca tu akan pusing sekitar bandar hilir, merentasi kesesakan manusia yang lalu lalang dan juga kereta yang bersimpang siur. Fuhhh rasa seram pulak tengok si pengayuh beca yang cilok cilok, selit diantara beberapa bijik kereta. HAhahaaa kami je kowt yang rasa gabra padahal si pengayuh beca tu biasa je, dah expert sangat barangkali. Kalau diikutkan, kami nak naik bot, menyusuri sungai Melaka. Tapi waktu tu ramai sangat orang yang beratur panjang. Perhhh tak terdaya den nak beratur. Kebetulan tengok jam time tu dah dekat pukul 10 malam. So kali ubah plan, pergi ke Jongker Walk pulak.
.
Situasi di Jongker Walk sudah aku duga, bersesak sesak. Time tu hujan renyai, so kami menyusuri dengan berhati hati. Dari satu gerai ke satu gerai kami singgah. Alaaaa sebenarnya bukan nak membeli pun, sekadar tengok tengok, cuci mata sahaja. Banyak benda yang aku jumpa time tu, hahaaa rasa macam jakun pulak kejap. Barangan comel comel, geram nak shopping tapi memikirkan perjalanan nak balik ke Senawang nanti jauh lagi so abaikan sahaja. Takut nanti beli banyak banyak, tak muat bakul motosikal plak. Hihiiii.. Kami menyusuri Jongker Walk dari mula sampai habis lepas tu patah balik di permulaan. Perhhhh tak sangka jauh jugak kami meredah kesesakan manusia.
Badan dah penat, kaki dah letih, tengok jam pun dah lewat malam. Jadi kami pun slow slow gerak balik. Eh, sebelum balik sempat lagi singgah makan. Hahaaa isi perut dulu kasi kenyang. Tengok Rizal dah macam letih, mengantuk gila. Mata pun dah macam panda tu. Kesian plak kat dia. Hahahaaa tapi okay lettuw, dia masih mampu bertahan. Akak, Wawa dan Afif pun dah macam 85% kehilangan tenaga. Tapi memikirkan perjalanan balik yang masih jauh maka tabahkan diri. Heheee...
Lepas makan, lepak tengok bala jap, sambil tunggu nasi jatuh ke perut katanya Afif maka kami pun slow slow gerak. Ikutkan Rizal, nak hantar sampai ke tol tapi Afif cakap tak payahlah. Lagipun kami ingat jalan nak ke tol sana. Okies maka berpisah, berpecahlah kami. Rizal terus gerak balik ke rumah dia dan kami teruskan perjalanan pulang. Sempat singgah isi minyak dekat petronas. Si Afif beli air redbull. Time tu dia offer kat Akak. Memula Akak tak nak sebab tak pernah minum. Katanya, boleh hilangkan mengantuk. Okies terus Akak sambar dan minum. Hurmmm rasa sedikit masam masam, sedap!
.
Perjalanan balik kami bermula sekitar jam 1 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Sepanjang perjalanan atas highway takde pulak perkara pelik yang berlaku. Si Afif steady je follow dekat belakang Akak. Leih kurang jam 2pagi kami selamat tiba di tol Senawang. Yeyeyehhhhh dah sampai Senawang, rasa macam kejap plak. Dari tol Senawang terus gerak balik rumah. Mula mula Akak pegi hantar Wawa. Si Afif pun ikut sekali tau. Lepas tu Si Afif hantar Akak pulak balik. Lepas tu baru dia gerak balik rumah. Okiesss.. sampai rumah, badan dah letih, kaki dah penat maka tidurlah sampai tak ingat dunia.. kihkihkihhh.. untuk keesokannya, perjalanan kami ke Puchong Prima pulak!
.
Tiada ulasan