Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Budaya Ini Patut Di Padamkan



Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.

Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!

Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor. Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.



Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pulas kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.

Di bisikkan pula, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau pula perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.

Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?


Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.

Sebaiknya hantaran ni, belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampps tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada pula sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.

Senangnya kerja kau.

Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau

#COPY/PASTE

3 ulasan

  1. beringat la wahai wanita. hehe masih belum masuk fasa ini lagi. harap dipermudahkanlah kemudian hari

    BalasPadam
  2. Bila baca cerita rasa sedih pulak. Baru sedar macam tu jugak lah ayah kita bersusah payah cari rezeki.

    BalasPadam