Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi Dan Cara Mengatasinya


Meskipun masalah kolesterol tinggi bukanlah dianggap penyakit namun ia tetap bahaya kerana paras kolesterol yang tinggi mampu memberi komplikasi yang digeruni antaranya:-

Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri.


TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

1) Sering berasa kebas-kebas pada kaki

2) Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi

3) Mudah letih, penat dan cepat mengantuk Sering berasa sakit kepala.

4) Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala - Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah

5)  Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi


CARA MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL TINGGI


Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti berikut

1. Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan.

2. Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya.

3. mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan harian dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL)

4. Berhenti merokok.

5. Memperbaiki cara pengawalan stress.

6. Amalkan oat setiap hari ataupun beras perang. Dapat mengurangkan kolesterol sehingga 14%.


Sumber : Info kesihatan

1 ulasan