Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hiking | Apa itu G7 ?


Apa itu G7? 

Perkataan G7 ni agak famous di kalangan hiker dan pencinta alam semula jadi. Ada sebahagian hiker yang mendabik dada setelah berjaya menjejak kaki ke G7. Ada juga dikalangan hiker berkata, jangan gelar diri itu hiker sekiranya masih tidak mencapai G7. Oichhhh nokharemmm punya statment!! 

G bermaksud gunung manakala 7 pula mewakili ketinggian yang melebihi 7000 kaki.

Di bawah adalah senarai tujuh gunung yang menduduki carta G7 ini.

# GUNUNG KETINGGIAN (Kaki / meter)

G1 Gunung Tahan, Pahang 7175 / 2187
G2 Gunung Korbu, Perak 7162 / 2183
G3 Gunung Yong Belar, Perak 7156 / 2181
G4 Gunung Gayong, Perak 7129 / 2173
G5 Gunung Chamah, Kelantan 7123 / 2171
G6 Gunung Yong Yap, Kelantan 7113 / 2167
G7 Gunung Ulu Sepat, Kelantan 7090 / 2161

Take Note : Bagi aku tak perlu mendabik dada setelah berjaya mendaki gunung-gunung yang ketinggian 7000 kaki tu. Itu mungkin satu kepuasan/kebanggaan untuk korang tapi tidak semua orang suka akan sikap mendabik dada tu.

Macam aku, aku join kawan-kawan hiking sekadar minat dan mengisi masa lapang. Selain itu, dengan aktiviti ini juga aku dapat menyihatkan badan. Aku cabar diri untuk gigih dan terus berusaha demi turunkan berat badan. Dengan aktiviti ini juga aku dapat tambah kenalan. Kenalan dari pelbagai pelusuk. Ada yang jumpa di puncak bukit, ada yang jumpa dalam group hiking facebook dan ada juga yang jumpa dama group hiking whatsApp. Alhamdulillah, bagi aku aktiviti ini sangat bermanfaat, Disamping dapat menikmati keindahan alam. 

G7? Setakat ini aku tidak terfikir dan terdetik lagi di hati untuk tawan G7 tu. Biarlah aku tawan dulu semua bukit sebelum menjejak G7 tu. Hahaaa panjat bukit pun dah semput./ tercungap cungap. tapi takpe, itu tidak melemahkan semangat aku. Alhamdulillah, kekawan ada di belakang dikala aku hampir menyerah kalah. 

Tujuan aku hiking untuk kesihatan. Untuk penuhi masa lapang. Jadi rasanya tak naik G7 pun takpe kowt. Nak cuba tu boleh je tapi jangan riak. Jangan sombong. Jangan takbur. Jangan mendabik dada. 

7 ulasan

  1. Baru tahu apa tuh G7..Bykk jugak gunung yg ketinggiannya cecah 7000 kaki ke atas

    BalasPadam
  2. mana2 yang berlagak tu ajak jer pergi hiking lepas tu bila sampai puncak...tolak jer orang tu jatuh ke bawah...haha

    BalasPadam
  3. wah. aida perlu share dgn asben tentang G7 ni.
    ntah dia tau ntah tak. tak pernah plak borak dgn aida pasal ni.
    asben aida now dgn a group of his ofismate now ada aje plan nak hiking.
    next month ke gunung di cameron highlands. mereka nak slowly jelajah byk gunung di semenanjung.
    next year, in shaa Allah diorang nak ke kinabalu...

    BalasPadam
  4. kisahnya. tak pernah hiking lagi sebab saya gayat.
    Janji Kita

    BalasPadam
  5. Klau kaki hiking mmg kena tahu kan.. liwz ms mula2 pasang niat nak hiking tapi ke lautttt

    BalasPadam
  6. zaman2 bujang dulu jea ada buat aktiviti hiking ni..sekarang dah ke laut..hehe

    BalasPadam