Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Lelaki & Malas

Assalamualaikum


Lelaki yang 24 jam chat kau, yang kau
anggap baik itu sebenarnya Pemalas.
Sebab? tiada kerja lain. Kerja lelaki tu
terperap dalam bilik, on charger
handphone, on kipas, on char. Lelaki
seperti itulah yang kau suka berbanding
lelaki yang kau complain busy dan kurang
masa dengan kau. Tetapi lelaki itulah yang
sebenarnya sedang berusaha mengerjakan
sesuatu untuk masa depan
kamu berdua dan keluarga.

Dia kaya tak apa 24 jam nak chat ke apa, kau miskin kenalah kerja kuat sikit. 

Perpisahan itu menyakitkan | selamat tinggal gais

Assalamualaikum

Sedih.. esok pagi dah nak gerak balik kampung.. lepas ni dah tak datang sini kowt.. dah nak start praktikal.. praktikal dekat terengganu.. dekat dengan family.. tapi jauh dari kawan kawan.. takpe lah maybe ni yang dinamakan pengorbanan.. insyaAllah setahun setengah akan datang aku akan kembali ke sini.. waktu tu rasanya maybe ada kawan kawan yang dah habis study.. ada yang dah grad.. ada yang dah berhenti barangkali..

aku takkan lupa perjalanan sepanjang aku berada disini.. di perantauan yang banyak mengajar aku erti hidup.. jauh dari family mengajar aku erti rindu.. rindu mak, ayah dan adik adik.. di perantauan mengajar aku erti sabar.. sabar dalam menelan waktu.. bila rindukan family.. hati meronta nak balik kampung.. nak jenguk family.. tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.. payah untuk aku cuti lama.. hampir setahun dah aku dekat sini.. boleh kira dengan jari berapa kali aku balik kampung.. bukan tak nak balik.. tapi itulah.. masa, kewangan dan keadaan membataskan aku.. disitu aku belajar untuk jadi seorang yang sabar dan tabah..

disini kawan kawan adalah family aku.. lecture adalah mak dan ayah aku.. hurmm sedih nak tinggalkan mereka.. walaupun kadangkala mengutuk lecture.. huhuu.. walaupun kadangkala ada ketidakpuasan hati diantara kawan kawan.. itulah lumrah manusia.. bila bakal kehilangan baru nak menghargai.. mungkin..

una.. lia.. fatma.. kawan yang paling rapat dengan aku dekat sini.. dekat hostel.. kami laing couse sebenarnya.. mereka senior aku.. hahaa acah acah senior lah uoll.. tampor kang.. merekalah yang tak pernah jemu melayan kerenah tua bangka aku.. mereka yang tak pernah jemu dengar bebelan dan leteran aku.. mereka yang sentiasa ada untuk mendengar masalah aku.. mereka dah habis belajar.. dah tamat.. tunggu nak konvo je lah.. sedih.. lepas ni dah tak dapat jumpa mereka.. eh, maybe dapat jumpa tapi macam susah je.. una duduk perak.. lia duduk rawang.. fatma duduk kelantan.. aku plak duduk terengganu.. yeyehh memang masing masing jauh.. insyaAllah nanti ada rezeki jumpa lagi gais.. koranglah adik adik yang aku sayang.. thanks sebab sentiasa sabar dengan perangai pramatang kakakmu ni.. akak mu ni sangat hargai kehadiran korang.. sedih..

DLC 02.. aku harap setahun setengah akan datang kita masih lagi sembilan belas orang.. semoga nanti kita sama sama menduduki final exam bersama Suruhanjaya Tenaga.. semoga kita sama sama bergelar chargeman a1.. sama sama kita daftar masuk.. harungi orentasi.. harungi semester demi semester dan semoga sama sama tamat.. nanti kita konvo sama sama ye.. harap tade yang kecundang dipertengahan jalan.. DLC 02.. walaupun selalu tertekak dalam kelas.. walaupun selalu kutuk kutuk.. walaupun selalu memekakk.. kita tetap sekepala dan sekapal dalam apu juga keadaan.. thanks DLC 02 sebab sentiasa bantu aku dalam kerja kerja bengkel.. korang sentiasa rajin menghulurkan kudrat waktu buat amali.. thanks.. thanks jugak pada lecture yang sentiasa sabar melayang kerenak kami.. huhuu tahu kekadang kerenah kami menipiskan kesabaran lecture lecture.. kuikuikuiii... en. asis.. en. sham.. en. zul.. en. salleh.. uoll memang the best.. lecture yg paling sporting yang pernah aku jumpa.. hehee.. melayan je kerenah anak buah.. kelas sentiasa enjoy.. memanjang standby di bilik dikala pelajar lain sibuk di bengel masing masing.. huhuuu.. pengalaman paling awesome pernah aku lalui..



malam tadi aku dgn bebudak kelas keluar makan makan bersama en. asis, en. sham dan en. zul.. en. salleh tak dapat join sebab cuti sakit.. ok takpe.. keadaan tetap meriah.. kami makan makan di Steamboat Malaya, Sepang.. puas hati makan di sini.. makan sambil santai.. bukan senang nak keluar ramai ramai.. satu kelas macam nie.. selalunya bila keluar ada saja yang tercicir.. ada hal lah.. balik kampung lah.. macam macam lah.. alhamdulillah malam tadi cukup kouta.. majlis makan makan ni sebenarnya saja je.. nak meraikan perpisahan kamu bersama lecture.. malam tadi last kami jumpa.. hari ni masing masing dah gerak balik kampung.. ada dikalangan mereka yang praktikal tempat yang sama.. so nanti boleh jumpa lagi.. tapi semua macam berterabur.. ada yang di shah alam.. ada yang jb.. ada yang kl.. dan aku plak terengganu.. semoga semua dapat harungi dunia praktikal dengan jayanya termasuk aku.. huhuuu.. fighting gais!



Tabahkan diri sabarlah hati | 15 Dec 2015


Ku biar saja
Waktu ini membalasnya
Erti rindu
Erti mencinta
Menutupi segala gelisah
Kau juga sama
Ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hatikan merana
Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta
Tuhan, tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbelah
Setelah cinta diuji
Runtuh jiwaku
Tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan, tetapkanlah
Semua tentang kita
Benci juga rindu
Senentiasa merasukku
Sulit untukku melafazkan
Diri tanpamu tiada berdahan

Take Note : Badan letih, otak penat sebenarnya.. macam macam benda yang bermain dalam kepala time macam ni.. kalau ikutkan aku tade exam pun arini.. repeat paper lagi lah tade.. tapi hurmmm macam tu lah.. aku ke tade tetap jugak aku perlu datang kelas.. kekadang aku terfikir.. apa jawatan aku sebenarnya.. s/u ke leader erk.. kenapa semua benda nak diharapkan pada aku.. kerja aku sendiri pun tak tersettle.. macam mana nak settlekan kerja diaorang.. bukan nak berkira.. tapi itulah.. penat kekadang.. rasa macam ada yang ambil kesempatan pulak.. kebelakangan ni aku jarang blogwalking.. penat mengadap portfolio punya pasal.. untuk subjek umum berminggu minggu baru settle.. untuk subjek bengkel plak hari ni baru kalut nak dibuat.. kalau tak silap aku esok PPl dtg untuk check.. dah tu macam mana.. nak tak nak.. kena jugak aku libatkan diri tolong mana yang patut.. bukan nak mengungkit tapi itulah.. kekdang rasa macam apa entah.. semua macam selfish.. pentingkan diri.. pantang ada cuti.. berjoli sakan.. enjoy sampai tak sedar diri.. balik kampunglah.. merayaplah.. last sekali kami yang mereput di hostel ni jugak yang dikerah tenaga.. kalau sikit aku tak kisah.. aku hadap je sorang diri.. masalah sekarang banyak kowt.. untuk kelas aku saja dah sembilan belas orang.. ditambah pulak dengan semester satu.. dua puluh orang.. okay.. korang campur sendiri jumlah keseluruhan berapa orang.. hurm.. tak tahu nak cakap apa dah.. sakit hati sangat sebenarnya.. masing masing dah besar.. dah pandai berfikir.. akal sempurna kowt.. padahal portfolio sendiri jugak.. apa salahnya kalau datang hulurkan bantuan.. tolong mana yang patut.. bukannya harapkan orang lain yang settlekan.. sabarlah hati... sesungguhnya ini salah satu dugaan dan ujian untuk aku.. semoga hati aku terus tabah dan sabar.. 

Hidup bagaikan lilin | 14 Dec 2015

Assalamualaikum




Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Antara hidup dan dosa

Assalamualaikum


Ramai yang berdoa 
dipanjangkan usia. Tapi aku 
selalu terfikir, untuk apa aku
hidup terlalu lama kalau hanya
buat dosa


Malas nak solat?

Assalamualaikum


Mengapa sebenarnya
kamu malas solat?
Pertama, kerana kamu
tak kenal siapa Tuhan
kamu. Kedua, kamu
malas kerana kamu tak
sedar siapa diri kamu.



Senarai Kursus Yang Ditawarkan Ke IKBN | Ambilan Januari 2016

Assalamualaikum



Untuk ambilan Januari 2016, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menawarkan 28 kursus untuk para belia yang berminat bagi mengikutinya. Kursus yang ditawarkan ini terdapat di beberapa IKBN di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara kursus yang ditawarkan di IKBN adalah :

BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF

  1. Sijil Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
  2. Sijil Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
  3. Sijil Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
  4. Sijil Teknologi Automotif (Semburan Cat)
  5. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Pengetukan Panel)
  6. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Motosikal)
  7.  Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta) 
  8. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
  9. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
  10. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
  11. Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan) 
  12. Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Rekabentuk Produk) 
  13. Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelengaraan)
  14. Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
  15. Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Rekabentuk Produk) 
  16. Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan) 
  17. Diploma Teknologi Automotif - *Temuduga


BIDANG TEKNOLOGI MARIN
  1. Sijil Lanjutan Teknologi Marin (Penyelenggaraan) 

BIDANG TEKNOLOGI MEKANIKAL
  1. Sijil Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
  2. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri) 
  3. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan)
  4. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
  5. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pembuatan Acuan Plastik)
  6. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pembuatan Alat Tekan) 
  7. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Plastik) 

Anda berminat untuk meneruskan pengajian ke IKBN tapi tidak pasti kursus mana yang patut diambil? Jom semak senarai kursus di http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/kursus2016.pdf .

Permohonan Online Program Sijil Kemahiran Malaysia | Lepasan PT 3

Assalamualaikum..


Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) ambilan Januari 2016 mulai 26 November 2015 hingga 20 Disember 2015 khas bagi calon lepasan PT3.

Untuk memohon secara online, bolehlah ke https://sptv.moe.gov.my/. Pastikan anda baca terlebih dahulu terma dan syarat yang dikenakan. Terdapat banyak bidang yang ditawarkan.

Tips Duduki Rumah Yang Baru | Adab masuk rumah baru

Assalamualaikum


1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Credit : SINI

Semoga bermanfaat

Peperiksaan Akhir Semester Bermula | DLC 02 Part 1

Assalamualaikum



Rasa macam baru semalam aku naik semester.. rasa macam baru semalam terkontang kanting mencari kelas.. tak sangka pulak aku dah exam hari ni. eh, exam sebenarnya bermula 07/12/15 - 18/12/15.. tapi untuk paper pertama aku harini.. 8/12/15.. hurmmm macam tak percaya pun ada.. aku dah exam woiii.. dah nak habis.. dah nak keluar latihan industri dah.. okay.. abaikan dulu keseronokan keluar untuk latihan industri ye..

Untuk hari ni aku ada exam untuk subjek umum.. exam tiga paper.. banyakkan.. almaklumlah nak habis exam awal.. hehee nanti boleh balik kampung awal.. eh, jangan berangan.. maybe 18/12/15 baru dapat balik kampung kowt...

Pagi ni aku ada exam.. paper Kepimpinan II.. study? sejujurnya aku tade study pun.. nota tak tahu celah mana aku sorok sebenarnya.. eh, bukanlah.. senang cerita.. aku tade nota untuk subjek tu.. tak pastilah lecture tak bagi ke.. aku yang sememangnya tade nota.. tapi bebudak kelas aku sume tade nota untuk subjek tu.. tapi takpe.. aku ulangkali soalan-soalan yang lepas.. berusaha sikit... cari dan baca apa yang logik akal.. malas nak cakap banyak sebenarnya tentang subjek ni.. sebab konflik sikit.. apapun semoga aku berjaya jawab dengan jayanya kejap lagi..

Lepas tu aku ada exam.. paper Teknologi Maklumat II.. alhamdulillah.. untuk paper ni ada pencerahan.. lecture ambil cakna tentang kami.. huhuu ada nota dan maklumat yang patut kami baca.. sebenarnya banyak benda yang perlu diingat untuk subjek ni.. tapi takpe.. aku dah berjaya hafal dan fahami serba sedikit.. lecture cakap subjek ni sebenarnya basic internet je.. ye ke? entah.. kita tengoklah nanti macam mana dalam exam ye..

Petang ni aku ada satu lagi paper.. paper Pendidikan Islam II.. paper ni? hahaaa ustaz yang mengajar paper ni memang sempoi.. aku plak rasa macam nak menangis je bila diingat balik hampir satu semester belajar Pendidikan Islam II ni.. T_T. Okay takpe.. aku masih mampu cover nota..

Doakan kami, pelajar DLC 02 berjaya menjawab final exam dengan tenang dan dipermudahkan dalam menjawab exam ye... huhuuu takut, gabra, debor, cuak.. semua ada ni sebenarnya... ni pun awal pagi aku bangun.. untuk study lagi sikit..


Peperiksaan akhir semester DLC 02 2015 (Sesi 1/2015)
08/12/15 (Selasa)
8:30am - 9:30am  Kepimpinan II (UHP 2221)
11:30am - 12:30pm (Teknologi Maklumat II (UIT2221)
4:00pm - 5:00pm UIS 2221 (Pendidikan Islam II (UIS 2221)











Kelebihan menyimpan janggut | Sunnah menyimpan janggut

Assalamualaikum

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat dituntut kepada kaum Adam?

Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya :

"Handaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." (Riwayat Muslim)

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas.


Kelebihan menyimpan janggut

1. Jangut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih baik.

5. Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

6. Mengelakkan daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.

7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan mencukur janggut

 => Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka


Perhiasan lelaki bukan gelang, bukan rantai tetapi janggut. Simpanlah janggut, ia SUNNAH. 

Semakan keputusan IKBN | Ambilan Januari 2016

Assalamualaikum


Korang pernah isi permohonan untuk sambung belajar ke IKBN/IKTBN untuk sesi Januari 2016? Alamakkk ada lebih kurang tiga minggu je lagi untuk masuk belajar. Tapi korang dah semak ke belum. Permohonan korang tu berjaya ke tidak? Diterima ke tidak syg? 

Jom kita semak http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/semak3.php . Nanti akan keluar image seperti dibawah. Lepas tu korang masukkan je korang punya no i/c . 


Kalau korang berjaya, tahniah! tapi kalau tak berjaya, jangan sedih ye. InsyaAllah rezeki korang masih terbuka luas diluar sana.

Hukum meracun rumput atas kubur | Info agama

Assalamualaikum

#Racun_Rumput_Atas_Kubur, seumpama membakar Al-Quran. Tapi jika tujuan kita adalah untuk menghapuskan, kerana takut ada ular dan sebagainya... x mengapa. Tapi dengan syarat, racun tersebut... tidak boleh ada campuran najis padanya." Seeloknya, elakkan dari penggunaan racun.

"#Makan_Buah_Yang_Tumbuh diTanah Perkuburan, hukumnya Harus. Seeloknya, jangan ditanam pokok yg berbuah diatas Kubur, mungkin akarnya akan sampai kebawah.

#Klu_kita_Ziarah_Kubur, tanamlah pokok bunga diatasnya. Dengan begitu, pokok tersebut akan sentiasa berzikir dan ia akan meringankan azab kubur si mati. Nabi saw pernah mematahkan ranting/pelepah dan diletakkan@dipacakkan diatas kubur. Selagimana ia segar... selagi itu ia akan meringankan azab kubur simati dengan zikirnya. Tanamlah.... berkat zikir dari pokok tersebut, meringankan azab kubur seseorang."
Walahu'alam.....

Credit : SINI

Belajar dari alam | Alam itu guru terbaik

Assalamualaikum

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Syarat aurat solat tanpa telekung | Tutup aurat ketika solat

Assalamualaikum


Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

.Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

Credit : SINI

Doa ketika membasuh beras

Assalamualaikum

Ya Allah,
lembutkan hati
kami untuk
faham agamaMu
sebagaimana
Engkau lembutkan
beras ini 
hingga
menjadi nasi

Kemudian, berselawat sambil membasuh beras
ikut lawan arah jam (kanan ke kiri)


Khasiat Epal Hijau | kebaikan epal hijau untuk kita

Assalamualaikum


Epal hijau mampu membantu anda dalam mencegah:


  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Selain itu juga, khasiat epal hijau adalah membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum pada setiap pagi sebelum sarapan.

Ini kerana ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan di mana zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Panduan diet yang sihat | Tip berdiet secara sihat

Assalamualaikum

Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Kebiasaannya orang berdiet semata-mata untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan susuk badan yang menarik. Namun pada hakikatnya amalan berdiet adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Diet boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet tersebut berkesan.

Jom ikuti tip dan panduan diet ini

Tips #1: Bermula Dengan Diet

Sebelum memulakan diet, anda perlu memastikan bahawa anda sangat-sangat komited. Dalam erti kata lain, anda perlu mempunyai disiplin dan kesungguhan untuk mengikutinya. Demi mencapai matlamat anda.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tetap dan mantap untuk sentiasa berusaha dan tidak berhenti separuh jalan.

Tips #2: Berhenti Memberi Alasan

Ramai orang hari ini tidak memulakan pada diet mereka kerana banyak memberikan alasan.

Untuk menghapuskan alasan anda, anda perlu berdepan masalah itu, dan mengakui hakikat bahawa diet adalah salah satu penyelesaian untuk menguruskan badan.

Tips #3: Kumpulkan Seberapa Banyak Maklumat yang Anda Boleh

Jika anda telah membuat keputusan untuk berdiet bagi menurunkan berat badan, maka anda perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentangnya.

Apabila anda mempunyai maklumat yang tepat, anda akan mendapat petunjuk yang tepat dalam memulakan diet. Selain itu, anda juga boleh menjadi lebih peka dengan pemakanan dan nutrisi setiap diet anda.

Tips #4: Menentukan Pelbagai Matlamat Untuk Diet

Setiap orang berbeza, termasuklah matlamat untuk berdiet. Sesetengah orang berdiet untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka, sesetengah orang yang lain berdiet untuk merampingkan badan, dan lain-lain.

Atas apa-apa sebab pun anda berdiet, anda perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat anda itu. Hal ini supaya anda menjadi lebih bermotivasi semasa menjalani diet anda.

Tips #5: Beremosi Secara Positif

Mencetuskan emosi positif untuk menjalani budaya diet adalah cara yang baik untuk mengekalkan momentum sepanjang amalan ini. Ini boleh menjadikan diet anda lebih bermakna.

Anda boleh membangkit semangat dan keinginan yang lebih dengan sentiasa melihat diri anda di cermin, dan membandingkannya dengan gambar anda dari masa lalu.

Anda juga akan menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai matlamat anda melalui diet anda.

Tips #6: Jangan Merasakan Diet Itu Susah

Kebanyakan orang memberi persepsi bahawa diet itu susah, dan anda juga mungkin memberikan pandangan yang sama. Perkara ini boleh menjadi penghalang kepada anda untuk berdiet.

Oleh itu, anda perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Cabar diri anda, dan ambil langkah demi langkah. Jangan melakukannya dengan cara yang mendadak, perkara ini perlu memakan masa.

Tips #7: Pilih Amalan Diet Dengan Betul

Terdapat banyak program atau amalan mengenai diet yang ada hari ini. Walau bagaimanapun, pilihan yang betul adalah salah satu kunci dalam mencapai kejayaan yang diingini.

Untuk memilih yang terbaik, anda tidak digalakkan mengikuti program atau amalan yang terlalu ketat .

Selain itu, anda juga perlu memilih program, yang telah menerima banyak testimoni atau review yang positif daripada orang yang telah melaluinya.

Tips #8: Berikrar Pada Diri Sendiri

Jika anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan diet, anda boleh mengangkat ikrar pada diri sendriri.

Ikrar positif bermakna anda memaksa fikiran anda berfikiran positif terhadap apa yang anda ingin capai.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mempunyai pemikiran yang betul ketika memulakan diet anda, atau meneruskannya.

Tips #9: Dapatkan Sokongan Luar

Anda tidak semestinya perlu bersendirian dalam mengamalkan diet. Walaupun ahli-ahli keluarga anda tidak boleh mengikuti diet, mereka boleh memberikan sokong kepada anda, supaya anda mencapai matlamat tersebut.

Sebelum itu, anda perlu memberitahu mereka terlebih dahulu tentang diet anda. Mereka boleh membantu anda memulakan diet (sekiranya anda belum). Dan mereka juga boleh sentiasa mengingatkan anda tentang makanan diet yang sesuai (sekiranya anda sedang berdiet).

Tips #10: Permudahkan Diet

Sesetengah orang mungkin mendapati beberapa hari pertama diet mereka menjadi agak sukar. Oleh itu, anda harus menyediakan satu cara penyelesaian untuk memudah diet tersebut (untuk mengelak daripada anda fed up dan terus berhenti).

Salah satu perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan peti sejuk anda mengandungi makanan yang berkhasiat, sahaja. Selain itu, anda juga digalakkan bermula diet dengan makanan sihat yang anda gemari, contohnya jus buah-buahan.

Tips #11: Makan Hanya Jika Perlu

Ada kalanya kita makan walaupun tidak lapar. Terdapat banyak faktor perkara seperti ini berlaku, antaranya adalah tekanan (stress), emosi, tabiat dan lain-lain.

Oleh itu, anda perlu lebih peka sebelum makan. Anda perlu tanya diri sendiri; adakah anda mengikut kemahuan ataupun keperluan?

Jika anda tidak pasti, minumlah segelas air. Sekiranya tidak membantu atasi keinginan tersebut, maka makanlah (makanan yang sihat).

Tips #12: Jauhi MSG (Monosodium Glutamate)

Pada hari ini, kebanyak makanan yang anda boleh dapati di kedai makan dipenuhi dengan MSG. Makanan yang mengandungi bahan ini adalah yang telah diproses.

Selain memudaratkan badan, bahan ini juga boleh menambahkan kandungan lemak dalam badan.

Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG.

Tips #13: Dapatkan Rehat yang Secukupnya

Apabila anda mendapat rehat yang secukupnya, badan boleh menjalankan proses pembaikian sel-sel dan tisu-tisu badan. Namun, jika badan tidak mendapat rehat yang optimum, ia boleh menambah berat badan anda.

Hal ini  kerana kekurangan rehat boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu, ia juga boleh meningkat selera makan anda.

Tips #14: Tambah Menu Serat (Fiber)

Anda perlu makan makanan yang penuh dengan serat. Serat boleh bantu mengeluar toksin berbahaya daripada badan.

Selain itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda secara semulajadi dengan memanjangkan proses penghadaman. Tambahan, serat juga boleh menurunkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Tips #15: Cari Program yang Spesifik

Jika anda ingin mengikuti program diet tertentu untuk mengurangkan berat badan, adalah lebih baik untuk mencari paling sesuai dengan anda.

Terdapat ramai pakar dalam bidang ini yang ingin membantu anda dalam mengurangkan berat badan.

Cari pakar-pakar ini, dan minta mereka menilai keadaan semasa anda, supaya mereka boleh membentuk satu program diet yang khusus untuk anda.

Tips #16: Peka Dengan Kalori

Demi mencapai penurunan berat badan, anda perlu mengurangkan kadar kalori dalam badan dan memperbanyakkan kadar pembakarannya.

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa kandungan kalori setiap makanan yang anda beli di kedai.

Tips #17: Elakkan Minuman Ringan dan Soda

Soda mempunyai banyak kandungan kalori yang boleh menambah berat anda. Walaupun terdapat soda diet, ia masih sarat dengan kalori dan bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Oleh itu, adalah lebih baik dengan tidak mengambilnya. Tumpukan peminuman lebih kepada air masak, air mineral atau jus buah-buahan.

Tips #18: Makan Untuk Hidup Dan Bukan Sebaliknya

Makan adalah perbuatan yang anda perlu lakukan, untuk hidup. Hal ini kerana melalui pemakanan, anda dapat membekalkan semua nutrisi yang cukup dan penting kepada perkembangan badan.

Anda perlu mengelak daripada berfikir bahawa anda hidup untuk makan, kerana yang anda boleh menaikkan berat badan anda dalam masa yang singkat (jika berfikiran demikian).

Tips #19: Elakkan Makanan Segera

Sesetengah orang menyukai memakan makanan segera, kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak ataupun malas.

Jika anda memeriksa jenis makanan yang dihidangkan di kedai ini, biasanya penuh dengan lemak dan minyak.

Selain itu, makanan ini juga yang diproses. Oleh itu, anda disarankan memasak sendiri di rumah dan bawanya sebagai bekal di tempat kerja.

Tips #20: Makan Makanan yang Rendah Kalori dan Sukar Untuk Diproses

Epal, saderi, buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya mempunyai kandungan kalori yang rendah. Selain itu, ia juga sukar untuk diproses.

Anda sebenarnya memakan sesuatu dengan kadar yang sedikit, namun badan memproses (membakar) dengan kadar yang banyak.  Oleh itu, memakan makanan jenis ini dengan kuantiti yang tepat boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Tips #21: Makan Dengan Perlahan

Sekiranya anda makan dengan cepat, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan kuantiti yang banyak, lagi banyak dari sepatutnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk makan pada kadar yang lebih perlahan.

Apabila anda mengamalkan tips ini, anda akan merasa mudah kenang. Hal ini kerana perut anda mengambil masa lebih kurang 15-30 minit untuk menghantar isyarat (bahawa perut sudah penuh) kepada otak.

Tips #22: Jangan Skip Sarapan

Sarapan merupakan sajian yang paling penting dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, anda sangat tidak digalakkan melangkau sarapan.

Melangkau sarapan boleh menyebabkan masalah berat badan. Melangkau sarapan boleh menyebabkan anda merasa terlalu lapar pada tengah hari dan memnyebabkan anda makan secara berlebihan masa makan tengah hari.

Selain itu, ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan anda.

Tips #23: Elakkan Minum Air Semasa Makan

Minum air semasa makan boleh menyebabkan masalah perut kembung. Sekiranya anda sudah terbiasa, anda boleh mengurangkan mengambilan air semasa makan secara berperingkat-peringkat.

Sebaiknya, pengambilan minuman boleh dilakukan antara 10 hingga 15 minit selepas makan.

Tips #24: Kunyah Makanan Anda

Anda perlu mengunyah makanan dengan sempurna. Kaedah ini boleh memastikan pencernaan dan penyerapan nutrien di dalam badan anda.

Selain itu, ini juga boleh membuat anda makan lebih perlahan (rujuk tips #21), yang merupakan satu perkara yang baik.

Tips #25: Makan Sebelum Tidur

Jika makan sebelum tidur merupakan amalan biasa bagi, pastikan bahawa anda makan 3 jam sebelum masuk tidur.

Hal ini kerana apabila anda tidur, tubuh mempunyai kadar metabolisma yang lebih rendah.

Dalam erti kata lain, jika anda tidur sebaik sahaja lepas makan, maka tubuh akan menukarkan nutrisi yang berlebihan (daripada makanan tadi) kepada lemak.

 Tips #26: Kosongkan Rumah Anda Daripada Makanan yang Tidak Sihat

Apabila anda melihat kerepek atau apa-apa jenis makanan  (tidak sihat) yang anda suka berada dalam rumah, anda akan cenderung untuk makannya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda tidak membeli dan tidak menyimpannya di rumah.

Maka dengan itu, inilah masa yang terbaik untuk anda mengosongkan almari dapur anda daripada makanan-makanan yang tidak sihat.

Selain daripada itu, anda perlu menggantikannya dengan makanan-makanan yang disyorkan dalam diet anda.

Tips #27: Minuman Protein

Jika anda menyukai minuman protein, anda perlu berhati-hati memilihnya. Pilihlah minuman yang mengandungi protein whey dan bukannya protein soya.

Ini kerana protein whey adalah lebih mudah diserap oleh badan. Selain itu, protein whey merupakan sumber protein yang lebih baik daripada soya.

Tips #28: Makan Makanan yang Pedas

Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisma anda. Sebab itu kita kebiasaannya berpeluh semasa dan selepas makan makanan yang pedas.

Dalam erti kata lain, makanan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dan kalori dengan lebih banyak. Secara tidak langsung boleh mengurangkan berat badan.

Sekiranya boleh, tambahlah sedikit lada ke dalam resepi-resipi makanan anda. Tips ini adalah optional, sekiranya anda memang tidak boleh menehan rasa pedas, maka lebih baik tidak mengamalkannya. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu.

Tips #29: Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah satu diet yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ia penuh dengan vitamin, mineral dam enzim.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memakannya secara terus, tanpa sebarang masakan tambahan atau pemprosesan. Hal ini boleh membunuh nutrien dan enzim yang penting dalam buah dan sayur tersebut.

Tips ini juga merupakan salah satu tips diet yang paling berkesan.

Tips #30: Beli Snek yang Sihat

Adakalanya anda mahu untuk makan sesuatu yang simple, terutamanya apabila anda menonton televisyen ataupun membaca buku. Untuk mengelakkan daripada makan makanan ringan, anda perlu membeli snek-snek yang sihat seperti yogurt, kacang, buah-buahan, dan sebagainya.

Dengan berbuat demikian, anda tidak akan menambah kalori yang tidak sepatutnya semasa menikmati snek.

Credit : SINI

Stress | Kehidupan Seorang Pelajar 4 Dec 2014

Assalamualaikum..


Amboi pagi pagi dah stress ke Ms. Kejupenyet oitttt.. hahaaa stress.. stress.. stress..
Alkisahnya.. untuk pagi ni, ada perhimpuan bulanan.. dan department aku yang akan handle.. so ini kiranya program terakhir yang kami handle sebelum final exam dan keluar praktikal..

dah tu apa yang stressnya? stress bila semua buat kerja last mi.. dah laa macam langsung tade kerja sama.. department aku ni dah laa hanya seorang je perempuan.. aku lettuw.. lecture perempuan pun sorang je.. Puan. Lin.. so maknanya macam hampir semua kerja terletak atas kepala kami.. sabar je lah.. aku perasan.. bebudak DLC 02 macam tak ngam dengan bebudak DMU.. entah tak tahu kenapa.. padahal dengan bebudak DMU sebelum ni kami ok je.. itu yang jadi masalahnya.. bila program atau majlis yang melibatkan department.. kami jadi susah.. kerjasama tu tade.. masing-masing buat hal sendiri.. hurmmm.

Yang aku kesiankan adalah Puan Lin dan diri sendiri.. kenapa? sebab Puan Lin yang sediakan skrip.. aku dan Azli plak MC.. kami akan baca berdasarkan skrip tu.. tapi dah beberapa kali Puan Lim teraksa edit edit skrip tu.. semuanya disebabkan sikap student yang bengong abadi.. sabar je lah.. dah lah bagitahu last minute untuk masuk sekali acara diaorang.. lepas tu bagi detail pulak tak lengkap.. slide? hah yang last-last minute bagi tu comfrem tade dalam slide lah broo.. sakit pulak hati aku.. macam nanti merosakkan plan dan apa yang telah kami aturkan.. sabarlah hati..

Puan Lim.. dari petang semalam hinggalah lewat tengah malam tadi duduk ws aku.. tanya tu.. tanya ini.. kesian pulak dekat puan.. terpaksa siapkan jugak..entah pukul berapalah Puan Lim tu tidur ye malam tadi.. hurmmm..  dan untuk pagi ni.. jam 5 lebih tadi puan dah sambung ws aku.. huhuuu disuruhnya aku bagitahu dekat sesiapa supaya pergi ambil alas meja di HEP.. uwarghhhhh last minute baru dia infom.. padahal kejap lagi, jam 7:30 pagi majlis tu dah nak mula.. stress nya.. aku risau takut majlis tu hambar je.. takut apa yang aku dan azli baca nanti tak sama macam dalam slide.. matilanakkkkk.. sudahlah aku ni penakut giler dengan mic.. huhuuu takut nanti bila mic dekat depan terus tak terkeluar suara merdu aku.. hadoiii..

Aku tengok jam, dah beranjak ke 6:30 pagi.. hati ni dah semakin kuat debarannya.. takut.. cuak.. gabra dan macam macam lagi rasa negatif yang ada.. ikutkan hati ni aku nak blah je.. tak nak datang majlis pagi ni.. huhuu tapi aku diberi tanggungjawab kowt.. Puan Lim, En Asis, En Sham, En Zul dan yang seangkatan dengannya percayakan aku.. hehee dia yakin aku mampu.. tapi kenapa aku tak yakin dengan kemampuan diri sendiri ni.. matilanakkkk

Aku harap majlis pagi ni berjalan lancar.. andai ada cacat celanya.. biarlah tak kelihatan di mata umum.. insyaAllah aku cuba yang terbaikk.. semoga department aku dapat pujian bukannya kata kata yang mengcondemkan kami nanti.. ececeehhh ayat aku pun dah macam pasrah sangat.. kan.. hehee
kawan-kawan, doakan aku dan department of electrical mampu lakukan yang terbaik ye.. semoga usaha gigih aku, Puan Lin dan yang lain lain membuahkan hasil yang baik walaupun serba serbi dilakukan last minute.. wassalam..

Apa itu 8share | Jom tambah income sampingan

Assalamualaikum

Jom sertai 8share sekarang
Caranya mudah sahaja.
Hanya klik 8share dan ikut step by step yang dipaparkan nanti.

http://po.st/eZJrVc

Kenali 8Share

Apa itu 8Share?

8Share adalah tempat berkumpul bagi pengguna sosial sosial yang menyukai barang-barang percuma, berminat mendapatkan wang tambahan setiap bulan, dan senang menjadi yang terawal dalam perkongsian hal-hal terbaru.

Siapa yang boleh menyertai di 8Share?

Siapa saja yang suka perkongsian hal-hal menarik dengan rakan-rakan mereka melalui media sosial. 8Share kini ada di Malaysia, India, Filipina, dan Singapura.

Bagaimana caranya mendapatkan hadiah atau reward dari 8Share?

Dapatkan wang tunai ketika perkongsian Specials dan ketika anda invite rakan. Dapatkan Bonus Point (BPS) dengan menjadi ahli aktif 8Share. Kami juga sering mengadakan pertandingan yang berhadiah alat dan hal-hal lain. Cari tahu lebih banyak tentang rewards berikut ini.

8Share memberikan "Reward" kepada anda yang telah menyumbang dan perkongsian. 8Share memberikan rewards dengan tiga cara:

1. Dapatkan wang tunai

Setiap bulan, kami memproses cash out yang diperolehi oleh ahli 8Share dari berkongsi Specials dengan memindahkan wang ke akaun bank masing-masing ahli.

2. Dapatkan Bonus Point (BPS)

Setiap hari anda mengambil bahagian dalam 8Share, anda akan memperoleh contibution Points.

3. Hadiah

Sesekali, kami menyediakan pelbagai hadiah untuk anda yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Setakat ini, kami telah membahagikan laptop, iPod, kamera, tiket konsert dan tiket panggung wayang, baucar produk, hingga kereta.

Bonus Point (BP)

Apa itu BP?
BP adalah singkatan dari Bonus Point. BP menunjukkan seberapa besar sumbangan anda di persekitaran media sosial melalui perkongsian. Banyak atau tidaknya BP menunjukkan se-aktif apa dan seberapa besar pengaruh si pengguna yang berkenaan.

Bila saya akan menerima BP?
Anda akan mendapat:
** 1 BP untuk setiap Special yang anda share
** 1 BP untuk setiap unique visit dari Social Good Campaigns yang anda share
** 10 BP untuk setiap anda melakukan update profil

Apakah BP mempunyai nilai kewangan?
BP tidak mempunyai nilai kewangan. BP tidak boleh ditukar dengan wang.

Apakah kegunaan mempunyai BP?
BP boleh digunakan untuk menuntut 8Share Reward Store - ketika stok barang tersedia.


Ni aku punya akaun.Hehee masih dalam proses belajar danbaikpulih untuk menjadi lebih baik dan kosistent.
Jom klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI (=


Take Note : Jom sertai 8share. Tak rugi apa pun. Alang-alang berblogging, bermedia sosial so bolehlah kita sama-sama sharing iklan-iklan terbaru dan juga maklumat-maklumat yang diberi oleh 8share. Just share je pun.. terus dapat duit dan BP (=

Stress | Minggu Ulangkaji Sebelum Exam 3 Dec 2015

Assalamualaikum



Bagi aku minggu ni merupakan minggu yang sangat mencabar.. teruji kesabaran dan ketabahan aku.. teruji tittle aku sebagai student.. sabar dan tabah aku semakin nipis.. kenapa? sebab lecture yang menghilangkan ketabahan aku.. eh? biar betik?

Minggu ni merupakan minggu ulangkaji.. kalau diikutkan memang minggu ulangkaji.. tapi aku and the geng.. DLC 02.. kelas yang sempoi.. hahaaa kelam abut settlekan portfolio.. minggu ni lah nak dicop.. minggu ni lah nak disemak.. minggu ni lah nak dimasukkan dalam portfolio.. minggu ni jugak lah ppl datang nak tengok.. ayokkkk.. naik stress aku macam gini.. dah lah rata-rata lecture mintak tolong aku bentu diaorang.. erkkk bukan nak mengungkit.. sekadar meluahkan apa yang aku rasa..

Kekadang rasa sakit hati pun ada.. kelas aku kesemuanya sembilan belas orang.. ditambah student extra dua orang.. kesemua jadi dua puluh satu orang.. bayangkan dua puluh satu orang.. setiap orang ada enam set.. kuiz 1.. kuiz 2.. kuiz 3.. ujian 1.. ujian 2.. tugasan 1.. dan aku sorang yang perlu kemaskini coverpage mereka.. matilanakkkkk.. memang rasa macam nak menangis..

Kenapa tak mintak tolong bantuan rakan sekelas? susahlah bila beurusan dengan lelaku dalam kerja-kerja macam nie.. berjuta alasan diaorang bagi.. jenis aku sennang je.. sekali je aku mintak tolong.. so kalau korang betul-betul nak tolong.. silakan.. tapi kalau dah berjuta alasan yang korang baik.. okay..takpe.. aku malas nak banyak bunyik.. better aku settlekan sorang-sorang.. biarpun lambat.. biarpun sakit hati.. atleast aku settlekan jugak... lagi satu.. masing-masing dah besar.. fikir sendirilah apa itu kerjasama.. lagipun tu semua kertas-kertas kita jugak.. bukannya orang lain.. tak salahkan kalau korangkan sikit masa kau.. kalau aku boleh kenapa tidak kau..


Tips untuk menghadapi ujian hidup dalam Islam

Assalamualaikum




Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama Islam. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian hidup, iaitu :

Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).

 

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.

 Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

.

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya" (H.R. Bukhari dan Muslim).

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).

.

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. 

Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester).

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

..

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya. 

Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan.

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).

Ketujuh, menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa. 
Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha itu dengan doa.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Credit : SINI

Langkah mudah mencegah serangan jantung | Lindungi jantung anda

Assalamualaikum


Pertama sekali, untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah. Cuba lihat tanda- tanda serangan jantung disini. Sekiranya ada simptom berikut. Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 tahun!

Jom ikuti langkah-langkah mencegah serangan jantung yang bakal anda alami.

1). LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2). MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3. MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4. MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5. KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.


Semoga bermanfaat (=

Ciri-ciri sahabat sejati |

Assalamualaikum


Macam susah kan nak cari sahabat sejati? sebab tu tak mustahil, sampai mati pun kita tak jumpa seorang sahabat sejati tu. Tapi sebelum nak jumpa seorang sahabat sejati tu, tanya dulu pada diri sendiri, mampu kah kita untuk menjadi 'sahabat sejati' pada orang lain? Kalau tak mampu, maka jangan hairan lah kalau kita takde sahabat sejati sampai mati. HAHAHA! Sila bezakan kawan dan sahabat.

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.

5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (sebab malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.

12. Jika engkau berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, niscaya ia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan.


Tanda wanita bakal menerima serangan jantung | Heart Attack menyerang wanita

Assalamualaikum


Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah diorang hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.

Walaupon semasa serangan jantung tu berlaku, wanita jarang sedar apa yang sedang berlaku dan terus telefon doktor jer. Sebabnya, simptom serangan jantung bagi wnaita adalah berbeza dari lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah untuk mendapat kematian kardiac serta-merta (sudden cardiac death) berbanding lelaki. Dan hampir 2/3 wanita yang pernah mengalami serangan jantung sukar untuk sembuh seperti sedia kala.

Berikut adalah antara tanda- tanda awal wanita bakal menerima serangan jantung.

1. Keletihan Yang Sangat.

Lebih 70 peratus wanita dalam kajian NIH mengatakan bahawa mereka mengalami keletihan melampau sebulan atau dua, tiga bulan sebelum diserang serangan jantung. Keletihan melampau ni maksudnya, keletihan yang dialami walaupon aktiviti yang mereka lakukan masih seperti biasa sehingga menyebabkan mereka menepikan aktiviti mereka itu.

2. Tidak Dapat Tidur / Insomnia. 

Selain dari itu, wanita yang pernah mengalami serangan jantung juga menyedari bahawa mereka mengalami masalah sukar tidur yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya, sebulan sebelum kejadian serangan jantung tu berlaku.

3. Kerisauan dan Stress.

Masalah stress ni memang dah diketahui punca utama serangan jantung. Melalui laporan wanita-wanita yang pernah diserang serangan jantung mereka sangat mudah berasa risau terlampau, stress dan keliru, lebih dari biasa. Beberapa saat sebelum diserang serangan jantung, wanita-wanita ini sedar yang mereka mengalami saat genting "kesedihan melampau", di mana mereka tahu something's wrong dan mereka dah tak dapat berharap untuk memperbetulkan keadaan dan diorang sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.

4. Penghadaman Terganggu / Loya.

Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita. Anda harus lebih aware dengan penghadaman anda sendiri, dan ni akan membantu anda notice when something goes wrong (dengan sistem penghadaman anda). Especially bila anda takde makan something yang unusual, tapi anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan kat atas.

5. Kesukaran Bernafas.

Menurut kajian NIH, hampir 40 peratus wanita mengalami tanda ini. Paling nyata ialah bila diorang naik/turun tangga atau ketika melakukan tugasan harian biasa.

6. Simptom Seperti Selsema.

Hidung berair, kulit berpeluh, pakej dengan sakit kepala dan berasa lemah, ini antara petanda yang dialami wanita, di mana mereka menyangka hanya diserang selsema. Padahal, sebenarnya mereka diserang serangan jantung.

7. Sakit Dagu, Leher dan Bahu.

Selalunya, bagi lelaki, mereka berasa sakit dan kebas di bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi, bagi wanita diorang mengalami tanda yang berbeza. Wanita sebaliknya berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga. Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.

Itu dia tanda-tanda yang sangat biasa dihadapi oleh wanita sebelum diserang serangan jantung. Jadi kepada wanita-wanita sekalian, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat ye sayang (=

Credit : SINI

Cara check handphone | Telefon ori ke tidak

Assalamualaikum

Rata-rata diantara kita merupakan menggunakan handphone sekarang ni.. tapi korang tahu ke tidak handphone yang korang guna tu ori ke ciplak.. hohoooo handphone bukan main mahal lagi yerk.. mewah bergaya uoll.. oichhh mengalahkan ioll yang hanya menggunakan handphone hitam putih... ecececehhh tak adalah.. gurau je pun.. 

Okaylah, korang pernah dengar tak perkataan IMEI.. alaaa nmbor siri handphone korang tu.. pernah tak.. pernah ke idokkk.. penat aku tanya..  bagi aku.. sebelum nak beli telefon better kita check dulu telefon tu.. ori ke tidak..manalah tahu penjual tu cakap ori tapi sebenarnya handphone tu dari Azerbaijan.. guna 2 3 hari meletup.. hahaaa matilanakkkk.. so sebelum meletop.. jom baca dan praktik dulu .. Tip Membeli Handphone..


Untuk check secara online

1. Korang klik http://www.imei.info/



2. Nanti akan keluar image seperti diatas. Korang masukan Number IMEI dan tekan check.


3. Taraaaaaa. Akan keluar image seperti diatas. Segala detail berkenaan handphone anda. 

************************************
Untuk cara yang simple, jom ikut panduan dibawah.


1. Dail *#06#

2. Lepas tu akan keluar nombor IMEI [International Mobile Equipment Identity]  handphone korang


Contoh : 358472042445412

3. Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 04

4. Semak no kat bawah ni:

02 atau 20 dari China = Kualiti Rendah
08 atau 80 dari Germany = Kualiti Sederhana
01 atau 10 dari Finland = Terbaik
00 atau 03 atau 04 dari kilang asal = Sangat Terbaik
13 dari Azerbaijan = Sangat Kurang Kualiti dan Merbahaya!


Note: Kalu korang xde sebarang nombor diatas korang nye handphone ciplaknye.. :)

Tip membeli handphone | Telefon Bimbit

Assalamualaikum


1. Bijak tawar-menawar

Korang mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? So apa salahnya korang buat survey dulu model handphone yang korang nak beli tuu dekat kedai lain. Survey jea banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.

Bila dah jumpa model handphone yang korang nak cari tuu dengan harga yang paling murah, korang cubalah mintak tawar kat jurujual tuu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone tuu RM500, korang tawarlah jadi RM450. Kalau dia tak bagi turun harga, korang cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ni paling penting untuk physco si jurujual ni. Selalunya jurujual ni akan cair dengan physco yang korang buat. Percayalah.

2. Jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj

Benda ni banyak kali aku perhatikan bila nak beli handphone ni. Korang janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Korang tau tak, korang boleh masukkan software tuu sendiri okay!

Serius pandai jurujual handphone ni 'pancing' pelanggan mereka. Ada ke patut kata diorang akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau korang beli phone Android) bila korang bayar 'pakej' yang diorang tawarkan. Kononnya korang boleh download software free dengan apps yang diorang masukkan tuu. Apakah?! Jailbreak pada Android?! Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone okay! So korang, hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan takpe. Jangan sampai dicaj semata-mata nak masuk software yea. Korang nak kea bagi RM80 kat diorang tuu free-free?

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card

Fuhhh, ini satu lagi 'sindiket' secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, korang tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.

So korang jangan lah 'ter'bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.

4. Screen protector lebih RM10 say bye bye

Okay, aku kalau beli handphone, aku tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang korang nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.

So apa yang aku sarankan, kalau korang nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau korang nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. Korang pun dapat save budget korang.

5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)

Hehe, yang ni untuk korang yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. Korang tengok no. IMEI dekat handphone baru korang tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.

Credit : SINI