04 Disember 2015

Stress | 4 Dec 2014

Assalamualaikum..


Amboi pagi pagi dah stress ke Ms. Kejupenyet oitttt.. hahaaa stress.. stress.. stress..
Alkisahnya.. untuk pagi ni, ada perhimpuan bulanan.. dan department aku yang akan handle.. so ini kiranya program terakhir yang kami handle sebelum final exam dan keluar praktikal..

dah tu apa yang stressnya? stress bila semua buat kerja last mi.. dah laa macam langsung tade kerja sama.. department aku ni dah laa hanya seorang je perempuan.. aku lettuw.. lecture perempuan pun sorang je.. Puan. Lin.. so maknanya macam hampir semua kerja terletak atas kepala kami.. sabar je lah.. aku perasan.. bebudak DLC 02 macam tak ngam dengan bebudak DMU.. entah tak tahu kenapa.. padahal dengan bebudak DMU sebelum ni kami ok je.. itu yang jadi masalahnya.. bila program atau majlis yang melibatkan department.. kami jadi susah.. kerjasama tu tade.. masing-masing buat hal sendiri.. hurmmm.

Yang aku kesiankan adalah Puan Lin dan diri sendiri.. kenapa? sebab Puan Lin yang sediakan skrip.. aku dan Azli plak MC.. kami akan baca berdasarkan skrip tu.. tapi dah beberapa kali Puan Lim teraksa edit edit skrip tu.. semuanya disebabkan sikap student yang bengong abadi.. sabar je lah.. dah lah bagitahu last minute untuk masuk sekali acara diaorang.. lepas tu bagi detail pulak tak lengkap.. slide? hah yang last-last minute bagi tu comfrem tade dalam slide lah broo.. sakit pulak hati aku.. macam nanti merosakkan plan dan apa yang telah kami aturkan.. sabarlah hati..

Puan Lim.. dari petang semalam hinggalah lewat tengah malam tadi duduk ws aku.. tanya tu.. tanya ini.. kesian pulak dekat puan.. terpaksa siapkan jugak..entah pukul berapalah Puan Lim tu tidur ye malam tadi.. hurmmm..  dan untuk pagi ni.. jam 5 lebih tadi puan dah sambung ws aku.. huhuuu disuruhnya aku bagitahu dekat sesiapa supaya pergi ambil alas meja di HEP.. uwarghhhhh last minute baru dia infom.. padahal kejap lagi, jam 7:30 pagi majlis tu dah nak mula.. stress nya.. aku risau takut majlis tu hambar je.. takut apa yang aku dan azli baca nanti tak sama macam dalam slide.. matilanakkkkk.. sudahlah aku ni penakut giler dengan mic.. huhuuu takut nanti bila mic dekat depan terus tak terkeluar suara merdu aku.. hadoiii..

Aku tengok jam, dah beranjak ke 6:30 pagi.. hati ni dah semakin kuat debarannya.. takut.. cuak.. gabra dan macam macam lagi rasa negatif yang ada.. ikutkan hati ni aku nak blah je.. tak nak datang majlis pagi ni.. huhuu tapi aku diberi tanggungjawab kowt.. Puan Lim, En Asis, En Sham, En Zul dan yang seangkatan dengannya percayakan aku.. hehee dia yakin aku mampu.. tapi kenapa aku tak yakin dengan kemampuan diri sendiri ni.. matilanakkkk

Aku harap majlis pagi ni berjalan lancar.. andai ada cacat celanya.. biarlah tak kelihatan di mata umum.. insyaAllah aku cuba yang terbaikk.. semoga department aku dapat pujian bukannya kata kata yang mengcondemkan kami nanti.. ececeehhh ayat aku pun dah macam pasrah sangat.. kan.. hehee
kawan-kawan, doakan aku dan department of electrical mampu lakukan yang terbaik ye.. semoga usaha gigih aku, Puan Lin dan yang lain lain membuahkan hasil yang baik walaupun serba serbi dilakukan last minute.. wassalam..

3 ulasan:

  1. semoga usaha gigih awak berjaya :-)

    BalasPadam
  2. Jangan stress sangat nanti kena darah tinggi....

    BalasPadam
  3. singgah bw + follow sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^v

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    BalasPadam