05 Disember 2015

Panduan diet yang sihat | Tip berdiet secara sihat

Assalamualaikum

Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Kebiasaannya orang berdiet semata-mata untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan susuk badan yang menarik. Namun pada hakikatnya amalan berdiet adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Diet boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet tersebut berkesan.

Jom ikuti tip dan panduan diet ini

Tips #1: Bermula Dengan Diet

Sebelum memulakan diet, anda perlu memastikan bahawa anda sangat-sangat komited. Dalam erti kata lain, anda perlu mempunyai disiplin dan kesungguhan untuk mengikutinya. Demi mencapai matlamat anda.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tetap dan mantap untuk sentiasa berusaha dan tidak berhenti separuh jalan.

Tips #2: Berhenti Memberi Alasan

Ramai orang hari ini tidak memulakan pada diet mereka kerana banyak memberikan alasan.

Untuk menghapuskan alasan anda, anda perlu berdepan masalah itu, dan mengakui hakikat bahawa diet adalah salah satu penyelesaian untuk menguruskan badan.

Tips #3: Kumpulkan Seberapa Banyak Maklumat yang Anda Boleh

Jika anda telah membuat keputusan untuk berdiet bagi menurunkan berat badan, maka anda perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentangnya.

Apabila anda mempunyai maklumat yang tepat, anda akan mendapat petunjuk yang tepat dalam memulakan diet. Selain itu, anda juga boleh menjadi lebih peka dengan pemakanan dan nutrisi setiap diet anda.

Tips #4: Menentukan Pelbagai Matlamat Untuk Diet

Setiap orang berbeza, termasuklah matlamat untuk berdiet. Sesetengah orang berdiet untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka, sesetengah orang yang lain berdiet untuk merampingkan badan, dan lain-lain.

Atas apa-apa sebab pun anda berdiet, anda perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat anda itu. Hal ini supaya anda menjadi lebih bermotivasi semasa menjalani diet anda.

Tips #5: Beremosi Secara Positif

Mencetuskan emosi positif untuk menjalani budaya diet adalah cara yang baik untuk mengekalkan momentum sepanjang amalan ini. Ini boleh menjadikan diet anda lebih bermakna.

Anda boleh membangkit semangat dan keinginan yang lebih dengan sentiasa melihat diri anda di cermin, dan membandingkannya dengan gambar anda dari masa lalu.

Anda juga akan menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai matlamat anda melalui diet anda.

Tips #6: Jangan Merasakan Diet Itu Susah

Kebanyakan orang memberi persepsi bahawa diet itu susah, dan anda juga mungkin memberikan pandangan yang sama. Perkara ini boleh menjadi penghalang kepada anda untuk berdiet.

Oleh itu, anda perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Cabar diri anda, dan ambil langkah demi langkah. Jangan melakukannya dengan cara yang mendadak, perkara ini perlu memakan masa.

Tips #7: Pilih Amalan Diet Dengan Betul

Terdapat banyak program atau amalan mengenai diet yang ada hari ini. Walau bagaimanapun, pilihan yang betul adalah salah satu kunci dalam mencapai kejayaan yang diingini.

Untuk memilih yang terbaik, anda tidak digalakkan mengikuti program atau amalan yang terlalu ketat .

Selain itu, anda juga perlu memilih program, yang telah menerima banyak testimoni atau review yang positif daripada orang yang telah melaluinya.

Tips #8: Berikrar Pada Diri Sendiri

Jika anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan diet, anda boleh mengangkat ikrar pada diri sendriri.

Ikrar positif bermakna anda memaksa fikiran anda berfikiran positif terhadap apa yang anda ingin capai.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mempunyai pemikiran yang betul ketika memulakan diet anda, atau meneruskannya.

Tips #9: Dapatkan Sokongan Luar

Anda tidak semestinya perlu bersendirian dalam mengamalkan diet. Walaupun ahli-ahli keluarga anda tidak boleh mengikuti diet, mereka boleh memberikan sokong kepada anda, supaya anda mencapai matlamat tersebut.

Sebelum itu, anda perlu memberitahu mereka terlebih dahulu tentang diet anda. Mereka boleh membantu anda memulakan diet (sekiranya anda belum). Dan mereka juga boleh sentiasa mengingatkan anda tentang makanan diet yang sesuai (sekiranya anda sedang berdiet).

Tips #10: Permudahkan Diet

Sesetengah orang mungkin mendapati beberapa hari pertama diet mereka menjadi agak sukar. Oleh itu, anda harus menyediakan satu cara penyelesaian untuk memudah diet tersebut (untuk mengelak daripada anda fed up dan terus berhenti).

Salah satu perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan peti sejuk anda mengandungi makanan yang berkhasiat, sahaja. Selain itu, anda juga digalakkan bermula diet dengan makanan sihat yang anda gemari, contohnya jus buah-buahan.

Tips #11: Makan Hanya Jika Perlu

Ada kalanya kita makan walaupun tidak lapar. Terdapat banyak faktor perkara seperti ini berlaku, antaranya adalah tekanan (stress), emosi, tabiat dan lain-lain.

Oleh itu, anda perlu lebih peka sebelum makan. Anda perlu tanya diri sendiri; adakah anda mengikut kemahuan ataupun keperluan?

Jika anda tidak pasti, minumlah segelas air. Sekiranya tidak membantu atasi keinginan tersebut, maka makanlah (makanan yang sihat).

Tips #12: Jauhi MSG (Monosodium Glutamate)

Pada hari ini, kebanyak makanan yang anda boleh dapati di kedai makan dipenuhi dengan MSG. Makanan yang mengandungi bahan ini adalah yang telah diproses.

Selain memudaratkan badan, bahan ini juga boleh menambahkan kandungan lemak dalam badan.

Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG.

Tips #13: Dapatkan Rehat yang Secukupnya

Apabila anda mendapat rehat yang secukupnya, badan boleh menjalankan proses pembaikian sel-sel dan tisu-tisu badan. Namun, jika badan tidak mendapat rehat yang optimum, ia boleh menambah berat badan anda.

Hal ini  kerana kekurangan rehat boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu, ia juga boleh meningkat selera makan anda.

Tips #14: Tambah Menu Serat (Fiber)

Anda perlu makan makanan yang penuh dengan serat. Serat boleh bantu mengeluar toksin berbahaya daripada badan.

Selain itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda secara semulajadi dengan memanjangkan proses penghadaman. Tambahan, serat juga boleh menurunkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Tips #15: Cari Program yang Spesifik

Jika anda ingin mengikuti program diet tertentu untuk mengurangkan berat badan, adalah lebih baik untuk mencari paling sesuai dengan anda.

Terdapat ramai pakar dalam bidang ini yang ingin membantu anda dalam mengurangkan berat badan.

Cari pakar-pakar ini, dan minta mereka menilai keadaan semasa anda, supaya mereka boleh membentuk satu program diet yang khusus untuk anda.

Tips #16: Peka Dengan Kalori

Demi mencapai penurunan berat badan, anda perlu mengurangkan kadar kalori dalam badan dan memperbanyakkan kadar pembakarannya.

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa kandungan kalori setiap makanan yang anda beli di kedai.

Tips #17: Elakkan Minuman Ringan dan Soda

Soda mempunyai banyak kandungan kalori yang boleh menambah berat anda. Walaupun terdapat soda diet, ia masih sarat dengan kalori dan bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Oleh itu, adalah lebih baik dengan tidak mengambilnya. Tumpukan peminuman lebih kepada air masak, air mineral atau jus buah-buahan.

Tips #18: Makan Untuk Hidup Dan Bukan Sebaliknya

Makan adalah perbuatan yang anda perlu lakukan, untuk hidup. Hal ini kerana melalui pemakanan, anda dapat membekalkan semua nutrisi yang cukup dan penting kepada perkembangan badan.

Anda perlu mengelak daripada berfikir bahawa anda hidup untuk makan, kerana yang anda boleh menaikkan berat badan anda dalam masa yang singkat (jika berfikiran demikian).

Tips #19: Elakkan Makanan Segera

Sesetengah orang menyukai memakan makanan segera, kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak ataupun malas.

Jika anda memeriksa jenis makanan yang dihidangkan di kedai ini, biasanya penuh dengan lemak dan minyak.

Selain itu, makanan ini juga yang diproses. Oleh itu, anda disarankan memasak sendiri di rumah dan bawanya sebagai bekal di tempat kerja.

Tips #20: Makan Makanan yang Rendah Kalori dan Sukar Untuk Diproses

Epal, saderi, buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya mempunyai kandungan kalori yang rendah. Selain itu, ia juga sukar untuk diproses.

Anda sebenarnya memakan sesuatu dengan kadar yang sedikit, namun badan memproses (membakar) dengan kadar yang banyak.  Oleh itu, memakan makanan jenis ini dengan kuantiti yang tepat boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Tips #21: Makan Dengan Perlahan

Sekiranya anda makan dengan cepat, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan kuantiti yang banyak, lagi banyak dari sepatutnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk makan pada kadar yang lebih perlahan.

Apabila anda mengamalkan tips ini, anda akan merasa mudah kenang. Hal ini kerana perut anda mengambil masa lebih kurang 15-30 minit untuk menghantar isyarat (bahawa perut sudah penuh) kepada otak.

Tips #22: Jangan Skip Sarapan

Sarapan merupakan sajian yang paling penting dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, anda sangat tidak digalakkan melangkau sarapan.

Melangkau sarapan boleh menyebabkan masalah berat badan. Melangkau sarapan boleh menyebabkan anda merasa terlalu lapar pada tengah hari dan memnyebabkan anda makan secara berlebihan masa makan tengah hari.

Selain itu, ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan anda.

Tips #23: Elakkan Minum Air Semasa Makan

Minum air semasa makan boleh menyebabkan masalah perut kembung. Sekiranya anda sudah terbiasa, anda boleh mengurangkan mengambilan air semasa makan secara berperingkat-peringkat.

Sebaiknya, pengambilan minuman boleh dilakukan antara 10 hingga 15 minit selepas makan.

Tips #24: Kunyah Makanan Anda

Anda perlu mengunyah makanan dengan sempurna. Kaedah ini boleh memastikan pencernaan dan penyerapan nutrien di dalam badan anda.

Selain itu, ini juga boleh membuat anda makan lebih perlahan (rujuk tips #21), yang merupakan satu perkara yang baik.

Tips #25: Makan Sebelum Tidur

Jika makan sebelum tidur merupakan amalan biasa bagi, pastikan bahawa anda makan 3 jam sebelum masuk tidur.

Hal ini kerana apabila anda tidur, tubuh mempunyai kadar metabolisma yang lebih rendah.

Dalam erti kata lain, jika anda tidur sebaik sahaja lepas makan, maka tubuh akan menukarkan nutrisi yang berlebihan (daripada makanan tadi) kepada lemak.

 Tips #26: Kosongkan Rumah Anda Daripada Makanan yang Tidak Sihat

Apabila anda melihat kerepek atau apa-apa jenis makanan  (tidak sihat) yang anda suka berada dalam rumah, anda akan cenderung untuk makannya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda tidak membeli dan tidak menyimpannya di rumah.

Maka dengan itu, inilah masa yang terbaik untuk anda mengosongkan almari dapur anda daripada makanan-makanan yang tidak sihat.

Selain daripada itu, anda perlu menggantikannya dengan makanan-makanan yang disyorkan dalam diet anda.

Tips #27: Minuman Protein

Jika anda menyukai minuman protein, anda perlu berhati-hati memilihnya. Pilihlah minuman yang mengandungi protein whey dan bukannya protein soya.

Ini kerana protein whey adalah lebih mudah diserap oleh badan. Selain itu, protein whey merupakan sumber protein yang lebih baik daripada soya.

Tips #28: Makan Makanan yang Pedas

Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisma anda. Sebab itu kita kebiasaannya berpeluh semasa dan selepas makan makanan yang pedas.

Dalam erti kata lain, makanan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dan kalori dengan lebih banyak. Secara tidak langsung boleh mengurangkan berat badan.

Sekiranya boleh, tambahlah sedikit lada ke dalam resepi-resipi makanan anda. Tips ini adalah optional, sekiranya anda memang tidak boleh menehan rasa pedas, maka lebih baik tidak mengamalkannya. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu.

Tips #29: Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah satu diet yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ia penuh dengan vitamin, mineral dam enzim.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memakannya secara terus, tanpa sebarang masakan tambahan atau pemprosesan. Hal ini boleh membunuh nutrien dan enzim yang penting dalam buah dan sayur tersebut.

Tips ini juga merupakan salah satu tips diet yang paling berkesan.

Tips #30: Beli Snek yang Sihat

Adakalanya anda mahu untuk makan sesuatu yang simple, terutamanya apabila anda menonton televisyen ataupun membaca buku. Untuk mengelakkan daripada makan makanan ringan, anda perlu membeli snek-snek yang sihat seperti yogurt, kacang, buah-buahan, dan sebagainya.

Dengan berbuat demikian, anda tidak akan menambah kalori yang tidak sepatutnya semasa menikmati snek.

Credit : SINI

1 ulasan:

  1. bagi cik en, cik en rasa yg penting displin.. klu displin insyallah berjaya

    BalasPadam