Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Peperiksaan Akhir Semester Bermula | DLC 02 Part 1

Assalamualaikum



Rasa macam baru semalam aku naik semester.. rasa macam baru semalam terkontang kanting mencari kelas.. tak sangka pulak aku dah exam hari ni. eh, exam sebenarnya bermula 07/12/15 - 18/12/15.. tapi untuk paper pertama aku harini.. 8/12/15.. hurmmm macam tak percaya pun ada.. aku dah exam woiii.. dah nak habis.. dah nak keluar latihan industri dah.. okay.. abaikan dulu keseronokan keluar untuk latihan industri ye..

Untuk hari ni aku ada exam untuk subjek umum.. exam tiga paper.. banyakkan.. almaklumlah nak habis exam awal.. hehee nanti boleh balik kampung awal.. eh, jangan berangan.. maybe 18/12/15 baru dapat balik kampung kowt...

Pagi ni aku ada exam.. paper Kepimpinan II.. study? sejujurnya aku tade study pun.. nota tak tahu celah mana aku sorok sebenarnya.. eh, bukanlah.. senang cerita.. aku tade nota untuk subjek tu.. tak pastilah lecture tak bagi ke.. aku yang sememangnya tade nota.. tapi bebudak kelas aku sume tade nota untuk subjek tu.. tapi takpe.. aku ulangkali soalan-soalan yang lepas.. berusaha sikit... cari dan baca apa yang logik akal.. malas nak cakap banyak sebenarnya tentang subjek ni.. sebab konflik sikit.. apapun semoga aku berjaya jawab dengan jayanya kejap lagi..

Lepas tu aku ada exam.. paper Teknologi Maklumat II.. alhamdulillah.. untuk paper ni ada pencerahan.. lecture ambil cakna tentang kami.. huhuu ada nota dan maklumat yang patut kami baca.. sebenarnya banyak benda yang perlu diingat untuk subjek ni.. tapi takpe.. aku dah berjaya hafal dan fahami serba sedikit.. lecture cakap subjek ni sebenarnya basic internet je.. ye ke? entah.. kita tengoklah nanti macam mana dalam exam ye..

Petang ni aku ada satu lagi paper.. paper Pendidikan Islam II.. paper ni? hahaaa ustaz yang mengajar paper ni memang sempoi.. aku plak rasa macam nak menangis je bila diingat balik hampir satu semester belajar Pendidikan Islam II ni.. T_T. Okay takpe.. aku masih mampu cover nota..

Doakan kami, pelajar DLC 02 berjaya menjawab final exam dengan tenang dan dipermudahkan dalam menjawab exam ye... huhuuu takut, gabra, debor, cuak.. semua ada ni sebenarnya... ni pun awal pagi aku bangun.. untuk study lagi sikit..


Peperiksaan akhir semester DLC 02 2015 (Sesi 1/2015)
08/12/15 (Selasa)
8:30am - 9:30am  Kepimpinan II (UHP 2221)
11:30am - 12:30pm (Teknologi Maklumat II (UIT2221)
4:00pm - 5:00pm UIS 2221 (Pendidikan Islam II (UIS 2221)











6 ulasan