Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Apa itu 8Share


Pengguna 8Share - "Share it right"
Apabila kita berkongsikan Special dengan rakan-rakan, kita harus "Share it right". Maksudnya, kita "kongsi cara betul".

Kita bukan di sini untuk menipu atau memanipulasikan aktiviti berkongsi dengan rakan-rakan. Komuniti 8Share telah mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan dengan para pengiklan. Mereka bekerja keras untuk membina jenama dan produk yang anda gemari. Mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anda, sebagai wakil dari 8Share, untuk berkongsikan benda-benda yang menarik dengan rakan, dan untuk memastikan kita kongsi dengan cara yang betul. Atas sebab inilah, kita dibayar dengan wang ringgit.

Mengapa "Share it right?"
**Jika kita "Share it right", kita akan bina lebih kepercayaan, lantas kita boleh dapat lebih Specials dan ganjaran wang ringgit.. Jika anda cuba untuk memanipulasikan sistem, para pengiklan tidak mahu bekerjasama dengan 8Share. Maka tamatlah episod 8Share untuk anda, dan juga untuk semua yang lain.

**Jika anda kongsi cara betul, anda akan menerima wang ringgit yang anda usahakan secara wajar (dan Halal)... Jika anda cuba manipulasikan sistem, anda juga sedang mencuri wang yang bukan milik anda. Seluruh komuniti pengkongsi yang jujur di 8Share mengharapkan supaya anda tidak mencuri wang mereka.

**Jika anda "Share it right", anda akan terima wang ke akaun bank tanpa masalah, seperti mereka yang lain. Jika anda cuba untuk menipu hanya SATU klik, ada kemungkinan sistem akan "suspend" request cash out, ban anda untuk selamanya, dan anda akan hilang semua wang yang telah anda kumpul di dalam akaun. Jangan lakukan.


5 Tiang "8Share Sharer Code of Honour"

**Pengkongsi sejati berkongsi seperti seperti sedia kala
Bila anda berkongsikan sesuatu yang menarik dengan rakan-rakan, mungkin anda akan post di Twitter atau Google+ anda. Kadangkala anda akan "tag" rakan-rakan, atau beri deskripsi mengapa link tersebut amat menarik bagi anda. Kita adalah generasi media sosial, kita tahu bagaimana cara untuk berkongsikan benda-benda yang best dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan 8Share, kita berkongsi seperti mana kita telah terbiasa selama ini.

**Pengkongsi sejati tidak menipu atau meminta orang untuk klik link mereka
Pengguna 8Share tidak akan menyuruh orang lain untuk klik "unique link" mereka, termasuk menggunakan ayat seperti 'Klik link ini', 'Tolong saya klik', atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya; atau menggunakan teknik-teknik yang tidak telus untuk mendapatkan klik, termasuk (dan tidak hanya) menggunakan ayat-ayat atau gambar-gambar yang tiada kaitan dengan kandungan di link tersebut! Itu adalah kejam.

**Pengkongsi sejati tidak akan "spam"
Pengguna 8Share tidak boleh “share” link Specials yang tersedia lebih dari sekali di dalam satu post/Tweet
Pengguna 8Share tidak dibenarkan “share” Specials berturut-turut tanpa diskripsi.
Pengguna 8Share tidak dibenarkan menghantar mesej yang sama kepada sekumpulan yang kecil atau besar.

Pengguna 8Share tidak akan berkongsikan link di Page atau laman web yang bukan milik mereka. Khususnya Page Facebook 8Share, Facebook Page Jenama, Forum-forum, dan Laman web cari kerja. Apabila anda berkongsi, anda mewakili 8Share, dan 8Share sama sekali TIDAK "spam".

**Pengkongsi sejati tidak meninggikan Unique Visit (U.V.) dengan cara yang tidak semulajadi.
Pengguna 8Share tidak akan klik "unique link" mereka sendiri, atau meninggikan klik-klik secara tiruan. Ini bermaksud menggunakan skrip pop-up automatik, 'membersihkan cookies', menggunakan mesin-mesin yang berlainan, klik ring (Grup-grup 'saya klik untuk anda, anda klik untuk saya'), laman web yang membayar anda bagi setiap klik(pay per click) dan sebarang cara yang luar biasa berbanding cara biasa anda berkongsikan link menarik dengan rakan.

**Pengkongsi sejati tidak menggunakan pelbagai akaun atau identiti palsu di 8Share
Pengguna 8Share hanya menggunakan SATU akaun 8Share dan tidak akan cuba untuk membuka akaun-akaun tambahan. 8Share adalah komuniti di mana pengguna sejati berkongsikan benda-benda menarik dengan rakan mereka. Cubaan untuk menyamar menjadi orang lain, membuka akaun-akaun tambahan atau menyamar sebagai sesuatu organisasi akan menghakis kepercayaan ini dan akan memudaratkan komuniti.

Berminat untuk join 8Share? Jom KLIK SINI

http://po.st/eZJrVc

Take Note : Jika anda ragu-ragu, ingat sahaja prinsip 'kongsi cara betul'. Ini akan memastikan anda akan dapat cash out, seperti orang lain, dan menjamin masa depan 8Share.

Credit : Frequently Asked Question







2 ulasan