Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jerawat tumbuh tanpa henti



JAM menunjukkan 9 pagi. Seperti biasa inilah masa untuk saya memberi taklimat kepada semua konsultan kami. Semasa saya sedang memberi taklimat, loceng, pintu pusat kecantikan berbunyi. Kelihatan kelibat seorang wanita yang saya anggarkan berumur lingkungan awal 40-an. Kehadiran dia diterima dengan hati yang gembira oleh kami semua. Dengan segera saya membawa dia ke ruang konsultasi.

Melihat kepadanya, saya mendapati dia tidak menghadapi sebarang masalah yang teruk. Namun, untuk pengetahuan yang lebih tepat, saya meminta dia menceritakan masalah yang dihadapi sehingga sukar untuk senyum. Ternyata ada masalah yang terbuku di hati wanita ini.Sambil membuka tudung yang dipakai dia bercerita.

“Saya ada masalah jerawat tumbuh tak berhenti. Sejak saya tingkatan tiga lagi. Macam-macam cara saya dah cuba. Waktu itu, mak saya pesan jangan picit, saya tak picit,” kata dia.

“Suatu hari, saya terbaca petua untuk hilangkan jerawat dengan cara menyapu baking soda yang telah dibancuh dengan air ke muka. Dengan semangat nak hilangkan jerawat, saya pun cuba petua tersebut tanpa fikir panjang. Namun, tiada perubahan. Hampa.” Sambungnya lagi.

“Keadaan berlarutan sehingga saya memasuki ke alam universiti. Pada mulanya, saya amat malu untuk ke kelas dengan muka yang menggerutu. Namun saya gigihkan semangat kerana khuatir saya gagal dalam peperiksaan. Suatu hari, kawan serumah saya memberi cadangan supaya mencuba produk X. Khabarnya produk tersebut mampu menghilangkan jerawat dengan segera. Masa inilah saya mula pandai mencari-cari produk kecantikan sendiri di pasaran. Sebut sahaja nama-nama produk, semuanya saya sudah cuba.” Tambah dia lagi.

“Masalah jerawat ini reda sekejap waktu saya berumur pertengahan 30-an. Waktu itu, saya sudah berkahwin. Alhamdulillah, suami dapat terima saya dengan wajah yang berjerawat seikhlas hati. Saya fikirkan masalah jerawat saya dah pulih. Tapi jangkaan saya meleset kerana masalah jerawat datang menyerang saya semula sekarang. Umur saya dah masuk 40-an. Hampa. Doktor, apa puncanya ni! Saya dah buntu nak buat apa lagi. Harap doktor dapat bantu saya.” Rintih wanita itu.

Sedih saya mendengar masalah yang dihadapi olehnya. Saya segera meyakinkan bahawa masalahnya dapat diatasi di klinik saya. Wajah yang menggerutu disebabkan jerawat akan memberikan kesan yang tidak baik kepada seseorang. Wajah seseorang akan dipenuhi parut (scar) berbentuk lubang, bintik hitam dan berbenjol-benjol sehingga ada suara-suara sumbang menggelarkan parut itu sebagai kawah di permukaan bulan. Seseorang pasti akan berasa malu untuk bertentang mata lebih lama dengan orang lain. Rasa rendah diri untuk menjalinkan hubungan yang lebihserius bersama orang lain berlawanan jantina. Seseorang yang menghadapi masalah jerawat akan berasa kurang keyakinan untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan baru sehingga dianggap bagaikan anti-social.

Bukan itu sahaja, seseorang yang menghadapi masalah jerawat juga akan menghadapi masa depan dalam bidang kerjaya yang kurang cerah. Mengikut peredaran zaman, kebanyakan pekerjaan pada masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai penampilan yang menawan. Memang ini suatu realiti, jangan terkejut jika ada majikan yang “pilih kasih” untuk memberi peluang lebih cerah kepada mereka yang memiliki wajah yang cantik dan bersih berbanding yang kurang menarik. Inilah hakikatnya. Begitu juga sekiranya seseorang masih mencari pekerjaan, lebih sukar untuk “memikat” hati penemuduga oleh sebab wajah yang kurang menawan (akibat dipenuhi dengan jerawat).

Sampai satu tahap, seseorang akan mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat wajah yang tidak secantik rakan-rakan anda yang lain. Kadangkala akan berasa sangat cemburu, dan berkata dalam hati, “Kenapalah nasib aku macam ni.”


Credit : SINI

Tiada ulasan