Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

AWASI KEADAAN SEKELILING ANDA ( ULAR ATAU BINATANG BERBISA )

AWASI KEADAAN SEKELILING ANDA ( ULAR ATAU BINATANG BERBISA )

Keadaan cuaca yang panas menyebabkan ular mencari tempat perlindungan. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1) Tutup semua lubang yang berpotensi untuk ular masuk.

2) Jika anda tinggal berdekatan kawasan hutan. Lebih waspada.

3) Jika ular masuk ke dalam rumah. Jangan sesekali cuba untuk tangkap.

4) Hubungi BOMBA atau JPAM dengan segera.

Jika terpatuk oleh ular, langkah segera berikut perlu diambil:

1) Bertenang jangan panik.

2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit ular, dan jangan banyak gerak agar racun ular tidak menyebar.

3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebaginya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak (eodema).

4) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit/patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya (Seperti rawatan patah tulang).

5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.

6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.

7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.

8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan ular.

9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut.

10) Jangan minum kafein ataupun alkohol.

11) Jangan mencuba untuk menangkap ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga Anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya.

Dr Suhazeli Abdullah
Kor Medik & Penyelamat Amal
Jabatan Amal Malaysia.

Tiada ulasan