Kerajaan Negeri Terengganu akan menyediakan kawasan mandian yang selamat di kawasan pantai peranginan Batu Buruk, kuala Terengganu bermula minggu ini.
Kawasan terbabit berhadapan dengan Primula Beach Hotel dibuka untuk kegunaan orang ramai dan pelancong yang akan berkunjung ke negeri ini.
Menteri Besar , Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan akan maksimumkan penggunaan di kawasan pantai Terengganu yang panjangnya 244 kilometer dari Kemaman hingga ke Besut.
“Sebagai pilot projek, kita akan mulakan dulu di Pantai Batu Buruk, bagi kenal pasti sebagai kawasan yang boleh digunakan untuk mandi manda dengan selamat”
“kita akan sediakan kemudahan-kemudahan antaranya satu kumpulan “ Life Guide” dan sebagai permulaan pihak JPAM dan sukarelawan akan membantu sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi”
“selain itu kita akan menyediakan beberapa perkara termasuk dari segi menara tinjau, bot , logistik dan perkara-perkara lain akan dipertingkatkan dari masa ke semasa, katanya pada sidang media di lokasi Pantai Batu Buruk semalam.
Selain itu , Ahmad Razif berkata kawasan tersebut akan ditanda dengan peranti terapung bagi mendakan bahawa kawasan itu selamat untuk mandian . Kawasan sejauh 100 meter lebar dan 50 meter panjang itu ditanda bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung dikawasan terbabit.
“kawasan ini akan dibuka bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 4 petang sehingga 7 petang “
“walaubagaimanapun, sekiranya apa-apa berlaku perkara tidak diingini itu tanggungjawab pengunjung itu sendiri tetapi dari pihak kerajaan akan mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan dari segi keselamatan pada penguna-penguna pantai kita”
“Tahniah kepada pihak Primula Beach Hotel dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan juga Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang menyediakan kawasan mandian selamat ini , ujarnya.
Credit : SINI
Salam teringat pulak masa kecik2 pi mandi panati chendering, pantai bt buruk ni
BalasPadam