19 April 2016

Tanda badan penuh toksik



Sembelit
Anda perlu membuang air besar dua kali sehari bagi memastikan bahan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksik tidak disimpan lama di dalam badan dan membawa penyakit.

Kembung perut
Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

Sakit kepala
Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala berulang ulang, malah boleh menyerang anda pada setiap hari.

Letih dan lesu
Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan, menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

Mulut berbau
Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.

Perut buncit
Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan anda masih normal.

Kulit kusam
Jika masalaj kulit seperti jerawat dan kulit kusam ada berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan terlebih dahulu.

Kemaruk makan.
Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik, malah menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

Take note:


5 ulasan:

  1. aungguh terasa simptom ni kalau tak buat senaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee lepas ni rajin kan diri utk bersenam taw lela :)

      Padam
  2. info yang bagus, rasanya banyak toksin dlm badan ni T.T, kena rajin detoks nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin rajinkan diri taw sis :)
      Hapuskan toksin. badan pasti cergas.. cewahhh

      Padam
  3. jalan-jalan ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam