Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?
Ada 2 sebab utama :-
1) Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Bilakah waktu subur?
Setelah anda faham kitaran haid diatas, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri ialah pada hari ovulasi berlaki. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku?
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
**14 day from 1 st day of your next period - Not your previous period.**
Tak faham? Macam ni. Katalah anda period 28hari, maka hari subur ialah 28hari - 14hari = 14hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30hari, maka 30 hari -14hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35 - 14 = hari ke 21 adalah waktu subur.
ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folocullar boleh berubah-ubah. Jadi, waktu subur adalah 14hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Sangat penting pengiraan ini...ini salah satu usaha...moga Allah bantu kita semua.
BalasPadam