Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.
Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.
Diantara khasiat tembikai adalah seperti berikut :-
1. Tahukah anda bahawa diantara bahan utama viagra adalah biji tembikai?... jadi, jika anda memakan tembikai, makanlah sekali dengan bijinya. Malah, digalakkan untuk mereka yang berkahwin especiallynya lelaki.. untuk memakan tembikai, 2 jam sebelum berhubungan untuk kekuatan stamina.
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
2. Mencegah penyakit Jantung dan kanser prostat Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).
3. Kaya Vitamin A dan Vitamin C , seterusnya baik untuk penglihatan dan antioksida Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene. Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah. Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
4. Membantu proses penyembuhan Bila anda mengalami luka, samaada luka luar atau dalam. Anda boleh menggunakan isi putih tembikai (yang selalu dibuang berada betul-betul pada kulit tembikai) untuk membantu penyembuhan luka.. samaada makan isi tersebut dan tampal kepada tempat luka. Isi ini walaupun keras tetapi kaya dengan asam amino dan zat citrul..
Tiada ulasan