19 Februari 2017

Ini Yang Seronok Minum Air Kosong



● Air kosong tiada kalori. Zero! Ye, zero kalori.

● Air manis ada kalori. Jika kalori itu berlebihan dan tidak digunakan menjadi tenaga, maka ia akan bertukar menjadi lemak dan anda akan makin gemuk!

● So, cara terbaik untuk kuruskan badan, turunkan berat badan dan kurang lemak badan, minumlah air kosong hari-hari.

● Stop minum air manis. Jadikan air kosong sebagai BFF anda. Best Friend Forever mesti hari2 jumpa dan tak sanggup berpisah kan?

● Berapa liter nak minum sehari?
Bergantung pada aktiviti harian anda. Jika kerja dalam office & bawah aircond, mustahil boleh habiskan sampai 5 liter.

● Jika anda kerja outdoor dan terdedah dengan panas, badan anda akan dehydration dan perlu banyak minum air kosong sehingga 2 atau 3 liter.

● Walaupun haus macam mana pun, please minum air kosong. Jangan ngade2 teguk redbull, teh o ais atau apa2 air manis.

● Wajib minum air kosong setiap hari sehingga air kencing anda jernih. Pastikan jernih tau!

● Jernih tu tandanya buah pinggang anda dalam kawalan yang baik dan tiada risiko batu karang.

● Kalau kuning lagi, tu maksudnya anda masih kurang minum air kosong.

● Air kosong ni dikatakan baik untuk kesihatan kerana ia mengurangkan risiko kanser & sakit jantung.

● Paling best, air kosong melembutkan kulit secara semulajadi. Sel-sel badan memerlukan air yang cukup untuk kelihatan lembap dan tidak kering.

● Sejujurnya, badan anda tidak memerlukan air kopi, nescafe, teh tarik, milo dan sebagainya.
Badan anda AMAT memerlukan air yang clean dan gula yang natural dari sumber buah-buahan dan sayuran.

So, mengapa masih bergantung pada air manis atau kafein?
Tu semua mindset, sebab kita dah terbiasa di hidang sejak kecil atau sejak muda.
Mengigil tu semua, kita boleh lawan!

MINDSET IS EVERYTHING!

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: