Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pentingnya Sarapan Pagi


MESTI SARAPAN !!!

Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak bersarapan adalah kerana tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk.

 Apa Sarapan Pagi Yang Bagus Untuk Kita?

 Sebaik-baiknya, ambillah sarapan yang berasaskan protein. Sebab bila perut kita kosong pada waktu pagi, protein boleh bantu untuk kawal kadar gula dalam darah. Protein juga buat kita rasa kenyang lebih lama dan bantu kita untuk bina otot dan kulit yang lebih baik.

1 ulasan

  1. Betul! mesti sarapan pagi setiap hari. Kalau tak sarapan, akan makan lunch lebih banyak daripada biasa. Huhu

    BalasPadam