KHASIAT TIMUN YANG ANDA PATUT TAHU*
*1. Khasiat timun menghidrasi badan anda*
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air. Selain itu timun juga boleh menghilangkan panas badan dari luar dan dalam. Caranya adalah dengan makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati.
*2. Khasiat timun membuang toksin dari badan*
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
*3. Khasiat timun membekalkan keperluan vitamin harian anda*
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
*4. Khasiat timun membekalkan mineral mesra kulit*
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
*5. Khasiat timun membantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman*
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
*6. Khasiat timun memulihkan mata*
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
*7. Khasiat Timun Melawan Kanser*
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasukkanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
*8. Khasiat timun menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah*
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
Tiada ulasan