20 Februari 2017

# Kesihatan # Perkongsian bersama

Mengapa Air Kencing Anda berbuih


Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda? Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan. Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagainproteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam urin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

Soalan yang bagus. Saya katakan demikian kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah. Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak. Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin. Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin. Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...