Sekiranya anda mahu menurunkan berat badan, selain menjaga pola pemakanan anda sebenarnya juga perlu menitikberatkan soal apa yang anda minum.
Mungkin ada di antara kita yang berfikir bahawa minuman seperti jus buah-buahan dan minuman berenergi sihat untuk tubuh.
Tetapi, tahukah anda kebanyakan daripada minuman tersebut telah ditambah dengan gula dan zat aditif lain yang boleh mempengaruhi keupayaan penurunan berat badan anda.Jadi, jika anda mahu mengurangkan berat badan, anda perlu minum minuman yang kurang kalori dan yang boleh meningkatkan metabolisme anda.
Berikut adalah beberapa petua kurus dengan pilihan minuman yang boleh membantu menurunkan berat badan anda:
1. Air Putih
Menjaga tubuh agar terhidrasi dengan baik sangat penting ketika anda mahu menurunkan berat badan. Minum cukup air putih secukupnya kerana ia akan menjaga keseimbangan cecair, mencegah rentensi cecair (penyebab utama perut kembung). Agar lebih menyegarkan anda boleh tambahkan hirisan lemon, mint, atau buah-buahan segar lain ke minuman tersebut.
2. Kopi Hitam
Kopi hitam juga dianggap sebagai minuman yang sangat efektif dan boleh dijadikan petua kurus kerana ia sangat membantu dalam mengurangi berat badan. Kopi hitam adalah minuma efektif yang akan membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh anda. Ia meningkatkan suhu tubuh dengan mudah dan secara tak langsung akan membantu mengurangkan rasa lapar anda dalam waktu yang lama.
3. Jus Tembikai
Petua kurus yang seterusnya adalah dengan jus tembikai. Pastikan jus ini tidak dicampurkan dengan gula. Jus tembikai adalah minuman yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga. Tembikai merupakan salah satu buah-buahan adalah penghilang dahaga semulajadi kerana tingginya kandungan air dalam buah ini.
4. Air Kelapa
Salah satu minuman energi semulajadi ialah air kelapa. Petua kurus menggunakan air kelapa mampu membantu anda dalam meningkatkan metabolisme dan ia sarat dengan elektrolit. Minum 1-2 gelas air kelapa setiap hari akan memberikan energi yang diperlukan selama satu hari.Ini akan membantu dalam melancarkan metabolisme
5. Teh Hijau
Petua kurus dengan minuman yang seterusnya adalah dengan teh hijau. Minuman ini tersenarai dalam kategori minuman sihat. Kandungan ‘katekin’ di dalamnya terbukti efektif untuk menghancurkan lemak. Pengambilan secawan teh hijau sebelum bersenam mempermudahkan lagi proses pembakaran lemak sepanjang anda bersenam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
air kelapa diminum time panas cmni mmg awsemm. hehe
BalasPadam