Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Apa Yang Wanita Patut Lakukan Apabila Ditindas


Wanita memang terkenal dengan kelembutan.Wanita sering beralah.Wanita lebih suka memendam perasaan apabila disakiti.Lantaran itu terserlahlah kelemahan yg membuka ruang utk kaum lelaki menindas wanita lemah tersebut.Penindasan terhadap wanita bukan saja dari segi kekasaran fizikal..ia juga boleh jd dari segi penderaan mental dan emosi.

Bersuara sedikit saja sdh diherdik..meminta sedikit saja sdh dimaki.Tersalah bertanya ditendang ditampar.Allahhu sakitnya di sini utk menelan segalanya sambil bersabar.Wanita yg baik sentiasa cuba patuh tanpa membantah.Lalu kepatuhan itu terus jadi punca diri dipijak.

Jika anda seorg wanita...
 Seorg wanita yg hidupnya tidak punya hak utk bersuara.
Tidak punya hak yg sewajarnya.
Tidak dihargai dgn sepatutnya.
Sering disakiti dan diperah keringatnya tanpa timbang rasa...
Tidak mampu utk keluar dr masalah tersebut.

Berhentilah menanggis.
Berhentilah dari terus-terusan makan hati.
Berhentilah hanya mengeluh.

Sebaliknya.....

Carilah kekuatan utk bina keyakinan diri kembali.
Bina semangat baru.
Masanya berbuat sesuatu untuk diri sendiri.
Rancanglah masa depan dalam senyap.
Timba ilmu utk memajukan diri sendiri.
Buat perancangan yg berperingkat-peringkat ...
-krn adalah amat mustahil kita mampu mencapai sesuatu dgn sekelip mata.
Pastikan anda mencapai target apa yg disasarkan.
Melangkahlah apabila anda sdh cukup kuat.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yg tabah dan kuat.


4 ulasan

  1. Terima kasih pengkongsian ni ain

    BalasPadam
  2. Saya sangat memerlukan kekuatan untuk melangkag pergi dr kehidupan yg menyakitkan ini. Kerana cinta,sgup d pijak2. 😭

    BalasPadam