Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tips Mencari Jodoh Wanita dan Lelaki..


Tip mencari pasangan untuk lelaki dan perempuan..

UNTUK ADAM..
Andai mahu mencari Hawa

1. JANGAN dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa berlapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini

2. JANGAN dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa, tidak bertapis dan mudah bermanja-manja dengan lelaki yang bukan mahram, atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.
Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami yakni menabur fitnah buruk diri suami

3. JANGAN dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menundukkan pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami

DAN UNTUK HAWA.
Andai mahu menerima cinta Adam

1. JANGAN dilihat pada kemewahannya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah

2. JANGAN dilihat pada pakaian berjenamanya semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola atau waktu beriadah. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. Kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri

3. JANGAN dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai hati masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Sumber : Demi Dakwah..

2 ulasan