Dan dari itu, kita telah menggambarkan personaliti kita yang sebenar di mana tidak ada adilnya, berat sebelah dan terlalu cepat membuat kesimpulan. Dan yang memburukkan keadaan lagi apabila kita sendiri mempengaruhi orang lain dengan pertimbangan dan penilaian peribadi tanpa kaji selidik. Jika perkara yang sama berlaku , apa bagaimana rasanya?
Berikut dikongsikan 9 cara bagaimana menjaga hati daripada suka menilai orang lain.
1# Bersangka Baik Dengan Setiap Orang Yang Kita Jumpa
Belum tentu kita lebih baik dari dia. Sebagai contoh , mungkin anda terasa lebih baik kerana anda berhijab dan mangsa penilaian anda itu tidak berhijab. Namun itu tidak menjelaskan bahawa anda lebih baik dari dia. Mungkin solatnya lebih teratur dari anda dan dia lebih banyak bersedekah dari anda. Siapa tahu?
2# Setiap Kejadian Adalah Dari Yang Maha Pencipta
Tuhan Maha Pencipta menjadikan setiapnya dengan peranan masing-masing. Setiap ciptaan Tuhan di muka bumi ini tidak kira yang baik dan buruk, cantik dan hodoh, baik dan jahat, mempunyai sebab dan tujuan tertentu. Kewujudan sesuatu perkara dan kisah negatif boleh menjadi teladan buat kita untuk sedar akan kekhilafan diri.
3# Jangan Memperlekah Ciptaan Tuhan
Mengutuk dan merendah-rendahkan manusia lain sama seperti memperlekehkan ciptaan Tuhan. Tidak terfikirkah kita apabila mengutuk atau mengata rupa seseorang, kita juga sedang berkata-kata tentang ciptaan Yang Maha Esa? Jadi, sebelum menilai sesuatu, ingatkan diri sendiri bahawa anda sedang menilai ciptaan Tuhan.
4# Mencari Kelebihan Setiapnya Dari Memperlihatkan Keburukan
Setiap manusia dan kejadian ada kebaikannya. Bukan semua perkara 100% jahat dan buruk. Percayailah bahawa setiap manusia dicipta dengan sisi kebaikan yang mungkin tidak terlihat di mata anda.
5# Sifat Yang Baik Itu Sesuatu Yang Subjektif
Menilai yang buruk tentang orang lain tidak membuatkan anda lebih baik. Baik itu sesuatu yang subjektif. Banyak kebaikan yang tidak perlu didedahkan pada semua kerana mungkin mereka bukan manusia yang suka menunjuk-nunjuk. Jika kita menilai sesuatu itu pada sudut yang buruk, maka kita menggambarkan keperibadian sendiri dan bukanlah insan tersebut.
6# Tiada Yang Sempurna Atas Muka Bumi Allah
Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini, termasuk diri kita. Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Tuhan menciptakan segalanya adil dan saksama. Ketidaksempurnaan seseorang itu sebenarnya menyempurnakan perkara lain yang anda tidak ketahui. Cerminlah diri kita sebelum menilai seseorang. Atau mungkin sebenarnya kita yang lebih buruk sifatnya dari mereka.
7# Janganlah Adilkan Yang Luaran Sahaja
Penampilan sahaja tidak menggambarkan peribadi yang sebenar. Sudah menjadi sesuatu yang biasa untuk seseorang menilai dari keindahan luaran seseorang. Kita berlagak seperti serba-tahu. Berfikiran sempit menyangkakan luaran yang indah akan bersama dalaman yang indah. Pernahkah anda makan buah yang cantik kulitnya tetapi isi di dalamnya busuk? Sedangkan hikmah berada di sebalik musibah. Inikan pula perkara perasaan dan fikiran seseorang di sebalik wajah dan penampilannya.
8# Hargai Kepelbagaian Kita semua diciptakan berbeza-beza.
Perbezaan kita menyempurnakan kestabilan dunia. Jika segalanya sama, maka perebutan dan peperangan besar mudah berlaku. Kita bukanlah robot yang diprogram untuk lakukan tindakan yang sama dan boleh dijangka apa langkah seterusnya. Hargai perbezaan ini.
9# Jangan Jadikan Masalah Peribadi Sebagai Kebencian
Hanya kerana kita punyai rasa negatif atau tidak sukakan mereka, tidak bermaksud memang benar mereka bersalah. Kadang-kadang penilaian kita dipengaruhi oleh perasaan mazmumah yang tidak diingini.
Perbaiki fikiran dan sentiasalah berfikiran positif walaupun kita tidak berada dalam keadaan dan hubungan yang baik dengan seseorang itu.
Sumber: Tazkirah.net
Take Note : Jangan menilai orang tetapi nilailah diri sendiri. Kebaikan dan keburukan kita hanya kita dan Allah yang tahu. Malahan Allah lebih tahu. Belajar perbaiki diri kita. Jangan asyik nampak kesalahan dan kekurangan orang. Ingatlah diri sendiri yang kucar kacir sebelum menjaga peribadi orang lain.
Tiada ulasan