6 Tabiat Pagi Yang Akan Turunkan Berat Badan Anda Dengan Cpt
1. MINUM AIR SUAM / LEMONSalah satu tabiat yang baik untuk diamalkan adalah meminum air suam. Walaupun anda mungkin tidak berasa haus, sebenarnya tubuh kita terhidrasi sewaktu kita tidur. Sebuah kajian dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism mendapati bahawa meminum 500ml air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 30%.
Untuk mengaktifkan lagi sistem pencernaan, anda juga boleh menambahkan perahan lemon ke dalam air suam tersebut.
2. MULAKAN HARI DENGAN MAKANAN TINGGI PROTEIN
Jika selama ini anda hanya bersarapan dengan roti dan kaya, apa kata cuba tukarkan dengan pengambilan makanan tinggi protein seperti telur. Protein yang terdapat dalam telur memberi rasa kenyang buat masa yang lebih lama dan turut berfungsi membakar kalori.
Dalam satu kajian, wanita yang memenuhi sekitar 2/3 keperluan protein harian (iaitu 30-39 gram) pada waktu sarapan akan berasa kurang lapar dan cenderung mengambil makanan yang kurang berkalori ketika makan tengah hari.
Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.
3. ELAKKAN BERSARAPAN DEPAN TV / GAJET
Masa makan mungkin lebih seronok jika kita dapat menonton TV atau video Youtube dari telefon pintar. Tapi, dengan melakukan aktiviti sebegini, ia menyebabkan kita tak perasan berapa banyak makanan yang telah kita makan.
Sebuah penelitian Food Quality and Preference mendapati ‘crunch effect’ atau bunyi mengunyah makanan yang dapat didengari oleh seseorang sudah cukup untuk membuat seseorang makan sekadarnya. Sebaliknya, mereka yang menggunakan headphone atau menumpukan perhatian kepada TV lebih cenderung untuk makan 25% lebih banyak berbanding kuantiti normal.
4. LAKUKAN SESUATU UNTUK DE-STRESS
Selepas bangun tidur, cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang dapat menghilangkan rasa stres. Contohnya dengan menghirup udara segar atau menulis jurnal. Solat, membaca Al-Quran atau bermeditasi juga adalah amalan yang amat baik untuk mengurus emosi.
Apabila anda stres, paras kortisol akan menigkat, dan salah satu fungsi kortisol ini adalah menyimpan lemak dalam perut. Stres juga merendahkan kadar metabolisme tubuh. Buktinya, apabila 2 orang wanita makan makanan yang sama setiap hari, wanita yang lebih relaks dan gembira berjaya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang stres.
5. PILIH SNEK YANG BAIK UNTUK DIBAWA KE PEJABAT
Sebelum ke pejabat, masukkan sebiji epal atau buah-buahan ke dalam beg. Tabiat ini dapat menghindarkan anda daripada membeli snek yang tidak berkhasiat dan makanan segera ketika dalam perjalanan ke pejabat.
6. LAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Senaman regangan yang mudah setiap pagi membantu anda melegakan otot-otot yang tegang. Ketegangan otot ini dipercayai memberi respon stres yang sama seperti tekanan emosi.
Maka dengan melakukan senaman regangan, seseorang lebih cenderung berasa gembira dan ini meningkatkan kesan hormon yang positif dalam tubuh. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah, sekaligus menjadikan tubuh lebih bertenaga. Bila rasa bertenaga, kita pun kurang ‘mengidam’ untuk makan macam-macam makanan yang tak sihat.
Tak perlu pergi gym, di rumah dan di pejabat pun dah boleh buat senaman regangan kan?
Sumber : Siraplimau.com
wow great
BalasPadamkena amalkan ni sebab dah cecah 83kg. perut pun makin bulat skrg ni. huhuhuhuhuh
BalasPadamIn syaa Allah.
BalasPadam