Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Setiap Hari


7 Cara Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Setiap Hari

Setiap dari kita pernah berbuat silap dalam kehidupan.Namun org yg beruntung adalah orang yg sentiasa cuba berubah untuk menjadi lebih baik dar sebelumnya.

Mari kita lihat apa yg mampu kita lakukan utk jadi lebih baik dari semalam.

1. Nilai semula apakah perbuatan buruk yang telah dilakukan
Nilai perbuatan buruk yang pernah kita lakukan yang mana Allah tidak suka dengan perbuatan itu. Antaranya seperti minum arak, berzina, bergantung kepada bomoh atau selain-Nya.

2. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh
Bertaubat adalah bermaksud menyesali kesalahan yang kita lakukan, berazam tidak lakukannya lagi, serta memohon pengampunan daripada Allah. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat dengan sesungguhnya.

3. Berjanji untuk melepaskan perbuatan buruk yang lalu
Kita berdialog dengan Allah di samping berikrar untuk melepaskan segala perbuatan buruk yang lalu. Ia adalah refleksi kita bertawakal kepada Allah untuk menyerahkan diri kita kepada-Nya. Doa yang boleh digunakan,

“Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepadaku walau dalam sekelip mata.”

4. Mula beramal semula
Kembali menjadi hamba-Nya. Tunduk dan patuh kepada ajaran-Nya, seperti solat, puasa, zakat atau sedekah, berbuat baik kepada manusia, dan menghindari kemungkaran.

5. Berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia
Menggalakkan diri membuat kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti yatim piatu, fakir miskin dan sebagainya. Dengan cara ini, ia akan mengajar erti syukur kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Lebih banyak bergantung dan menyerahkan diri kepada Allah
Andai sebelum ini, lebih banyak bergantung kepada manusia atau perkara lain, mulakan semula untuk meletakkan pergantungan kepada Allah. Ia adalah salah satu bentuk tawakal.

7. Berterusan berubah – tidak mampu buat banyak, buat sedikit
Untuk menjadi seseorang yang baik, akan ada banyak cabaran, bisikan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, walau kita tidak mampu buat semua perkara, jangan tinggal semua. Memadai kita usahakan buat seminima mungkin.

Apabila 7 perkara di atas dilakukan dengan sebaiknya, insya-Allah kebesaran Allah akan mula nampak dalam diri kita. Azab yang seakan tidak mahu pergi dan menyelimuti kehidupan kita, akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat.

#copypaste

2 ulasan

  1. Berterusan berubah itu penting. Biar lambat asalkan berkekalan perubahan yang kita nak lakukan.

    BalasPadam
  2. kadang perlukan juga sahabat yang baik /persekitaran yang baik supaya dapat menjamin keterusan perubahan kita. Kalau tak, untuk mengekalkan perubahan sedikit sukar dan perlukan banyak ketabahan serta kesabaran

    BalasPadam