Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Buatlah Kebaikan Hingga Tiada Ruang Untuk Berbuat Kejahatan


Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan. Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat. Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan. Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit ialah dengan membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]

Tiada ulasan