1) Coklat hitam
Coklat mengandungi kandungan kafien yang rendah namun boleh membuatkan kita lebih segar dan bertenaga. Bukan setakat sedap je tau, tapi boleh buang perasaan mengantuk kita tu.
2) Buah avocado
Buah avocado ini kaya dengan potassium iaitu sejenis mineral yang membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Makan separuh sahaja buah avocado ini masa breakfast sudah cukup sebagai bekalan sebelum masuk waktu tengah hari.
3) Pisang
Kebanyakan dari kita sudah gemar memakan buah pisang ini. Ia boleh dijadikan sebagai kudapan ketika lapar dan berkesan untuk menghilangkan ngantuk.
4) Kacang almond
Kacang almond kaya dengan Vitamin E, B6 dan folat. Ia mampu menambah tenaga tanpa menggemukkan badan kita. So, kalau mengantuk, cepat-cepatlah makan makan kacang almond ni!
Ni dah tahu ni, bolehlah kurangkan minum kopi ye.
terima kasih atas perkongsian. Nasib baik lah ada option lain.
BalasPadamyg no 1 tu gee paling suka!hehe
BalasPadamWah! Kalau begitu saya pilih avocado. Memang betul kopi boleh hilangkan mengantu, tapi tak semua orang boleh terima (saya minum kopi untuk sarapan pagi, sampai esok pagi baru boleh tidur, itupun dengan rasa sakit kepalanya sekali).
BalasPadamTapi kalau ira minum kopi pun masih mengantuk kak, acane ? Tidur je jalan yang ada. 5 minit pun takpe. Hahaha.
BalasPadam