19 Oktober 2017

Cara Merawat Cirit Birit

Lemahnya badan bila cirit-birit ni. Cuba amalkan 5 cara ini merawatnya.

Alahai, lemahnya badan kalau diserang cirit-birit. Sekejap-sekejap, pasti mahu ke tandas. kalau dia rasa nak membuang tu, harus serta-merta serbu bilik air. Lembik badan dibuatnya!

Cirit-birit atau diarrhea adalah keadaan apabila berlaku kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan tubuh menjadi lemah.

Pemakanan dan pengambilan makanan tidak sihat boleh menyebabkan sesiapa sahaja diserang penyakit ini. Dan kebiasaannya disertai dengan muntah-muntah, hilang selera makan, dan tubuh menjadi lemah.

Walaupun banyak ubat disediakan untuk mengubati cirit-birit, anda boleh merawatnya dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda.


1. Banyakkan minum air

Tubuh memerlukan banyak air untuk menggantikan cairan yang hilang dalam najis menyebabkan dehidrasi. Jadi, minumlah air dengan kerap selang 15 hingga 20 minit sekali.

Atau anda juga boleh minum jus buah-buahan kerana ia membantu memberi tenaga dan merawat cirit-birit lebih cepat.


2. Makan halia

Halia, sama ada mentah, kering atau jusnya sangat berkesan bagi merawat cirit-birit. Mengambil sedikit halia segar atau kering bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak waktu yang tetap akan menyembuhkan anda dalam masa beberapa hari.

ATAU anda boleh rebus sedikit air halia dan biarkan dua minit sebelum diminum.

3. Elak produk tenusu dan gula

Makanan sebegini sebenarnya boleh memburukkan masalah cirit-birit, tau. Jadi, sebolehnya elakkan makanan mengandungi hasil tenusu dan bergula seperti susu, cheese dan aiskrim.

Gula-gula, kek, pastri dan coklat juga boleh buat cirit-birit semakin teruk. Elakkan, ya?

Untuk itu, ambil makanan kurang pedas dan mudah dicerna.


4. Minum jus labu air

Jus labu air sangat berkesan untuk menyembuhkan cirit-birit sepenuhnya.

Jus ini sangat berkhasiat dan boleh diguna untuk menghilangkan dahaga dehidrasi ketika cirit-birit.

Tambahkan secubit garam dalam jus anda, dan lihat hasilnya.


5. Pisang

Siapa saja yang tak suka pisang, bukan? Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah pelbagai variasi makanan diolah menggunakan pisang.

Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi. Jadi, jika anda makan pisang setiap hari, penyakit cirit-birit akan dapat dikurangkan sehingga anda sembuh.

Sumber : facebook.com


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Ever wanted to get free Instagram Followers & Likes?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY AND TOTALLY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    BalasPadam