24 Oktober 2017

Mencari Secebis Bahagia Bersamamu


"Jika aku bukan yang terbaik untuk dirinya. Kau hadirkanlah seorang insan yang mampu membahagiakan dirinya. Aku ingin dia bahagia.  Aku redha"

Kadang kala terfikir, adakah keputusan yang diambil ini satu keputusan yang tepat. Tepat ke keputusan ini? Entah. Kadang kala hati direntai rasa goyah. Mungkin ini keputusan yang salah. Salag ke keputusan ini? Entah. Aku takut untuk berfikir lebih lama.

Kebelakangan ini kerap kali bertengkar. Perkara yang kecil boleh dibuat gaduh. Alahaiiii... dah kenapa jadi macam gini plak. Mana salah dan silapnya percaturan kami. Mungkin ini salah satu dugaan untuk kami. Semakin hampir detiknya, semakin banyak dugaan yang menimpa.

Kesabaran. Kadang kala dirasakan kesabaran kian tipis. Hati ni, cuba untuk bersabar selagi mampu. Tapi sampai bila? Jarak yang jauh menuntut kami untuk saling mempercayai, saling jujur. Tapi kebelakangan ini, hati aku kira keraguan. Jujur ke dia? Setia ke dia kini?

Airmata. Airmata sebahagian dari jiwa aku kini. Entah. Tak dapat nak diungkapkan apa yang dirasai. Tapi yang pasti, jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan. Sedih. Kenapa sedih? Entah, aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Awak. Untuk kau. Jujur cakap, tak sangka sampai ke tahap ini. Macam tak percaya pun ada. Selama ni kaulah tempat aku mengadu, aku berkongsi cerita, aku bergaduh. Kaulah 'musuh' yang paling aku 'benci' dan kau juga someone yang paling aku harap. Bersama kau dapat aku jadi diri sendiri. Bebas melakukan apa saja. Kau melayan kerenah aku dengan sabar. Kau ikut kehendak aku walaupun kadangkala kau seakan tidak rela melakukan itu. Hahaa ! Thanks babe

Harapan. Banyak impian yang kita kongsi bersama. Banyak dongeng yang kita cipta berdua. Aku takut untuk bayangkan impian dan dongeng itu untuk beberapa tahun ke depan. Adakah tercapai atau tergantung. Hahaa ! Mampu ke kita gapai bersama. 

Sokongan. Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang dihulurkan selama ini. Aku hargai. Dikala aku hampir tersungkur, aku ada disisi. Dikala aku tersenyum gembira, kau pun ada disisi. Terima kasih. Aku hargai sangat!

Kau. Aku harap kau faham apa yang cuba aku perkatakan. Aku tahu kadangkala kau stalker aku. Hahaaa ! Aku harap urusan kita dipermudahkan. Aku doakan perancangan kita berjalan lancar. Tapi aku takut. Takut tak mampu menjadi seperti yang kau harapkan. Hurmm... mampukah aku?


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: