Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Movie Janji Dengan Nyawa



Janji Dengan Najwa menceritakan pengorbanan seorang ayah setelah kematian isteri tercinta dan juga pengorbanan seorang abang sulung menjaga adik-adiknya. Setelah kematian isteri tersayang, Pak Uzir terpaksa menjaga 5 orang anaknya. Aliff merupakan anak yang sulung berusia 18 tahun, diikuti Aina 14 tahun, Akma 12, Ayie 10 dan Afiq 8. Baginya kelima-lima anak tulah tunjang kehidupannya. Kesetiaannya kepada Piah begitu agung dan rasanya dia tidak mahu mengkhianati cintanya. Biarpun ada dua tiga orang anak dara atau janda di kampong itu yang ingin mengambil tempat Piah. Malahan, baginya jika beristeri baru, tidak semestinya dapat menggantikan tempat ibu kepada anak-anaknya. Aliff merupakan seorang anak yang bijak. Keputusan peperiksannya amat memberansangkan dan berpeluang untukmelanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, memikirkan adik-adiknya yang masih kecil dan kasihankan ayahnya, Aliff memendamkan sahaja hasratnya.

Tiada ulasan