Jujur,
Saya pernah 'berhati keras'.
Tak perlu saya detailkan dosa-dosa itu. Kau sendiri tentu punya 'dosa'. Cukup kau tahu dosa kau.
Pendek kata.
Air mata saya tak pernah singgah 'di pipi' dalam berkurun lamanya. Bahkan ketawa bahagia seolah-olah diri sudah layak 'ke syurga'.
Satu malam,
Dah tutup lampu tapi tak dapat tido. Asyik pusing ke kanan kiri. Last, saya duduk dan termenung sendiri. Saya buka youtube dan taip 'Taubatan Nasuha'. First, bila lagu dan zikir di mainkan, saya rasa biasa. Lama-kelamaan semakin menusuk lagu itu ke jiwa. Sakit. Terlalu sakit.
Saya tanya kenapa dengan diri saya ? Dah macam robot pun ada. Macam tunggul kayu pun ada. Macam dah 'tak hidup' pun ada. Ada hati dan perasaan tapi seolah-olah tidak punya hati dan perasaan. Kenapa saya tak boleh menangis ? Kenapa air mata saya tak boleh jatuh ? Kenapa saya 'tak rasa berdosa' bila buat dosa ? Ya Allah. Tolong aku Ya Allah. .
Dah mati sangat ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah tak hidup ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah takda fungsi ke hati aku ni Ya Allah ?
Dah kenapa hati aku ni Ya Allah ?
Sebaik saya lafaz semua itu.
Tiba-tiba air mata saya jatuh.
Sedikit demi sedikit.
Perlahan demi perlahan.
Panas terasa di pipi.
Sekaligus semua dosa seolah-olah 'di play kan' di kotak fikiran.
Solat pun tak solat.
Aurat entah ke mana.
Ikhtilat jangan cakap.
Apa lagi dosa-dosa pada mak ayah.
Saya bangun.
Pasang lampu, dan cari semula Al-quran yang sudah berhabuk di dalam almari.
Wuduk diambil.
Telekung disarung.
Sejadah dibentang.
Apabila saya lafazkan,
" Allahu Akbar " Untuk melaksanakan solat taubat 2 rakaat, Lalu mengangkat kedua-dua tangan, seolah-olah itu 'kali pertama' saya merasakan Allah benar-benar hampir kepada saya. Dada rasa sakit, tak pernah rasa sebelum ini.
Bergetar-getar suara membacakan Surah-Surah.
Ketika itu yang ada hanya
Perasaan takut, rendah diri serta merasa 'diawasi oleh Allah'.
Setiap bacaan surah dialunkan dengan tenang. Tidak tergesa-gesa, dan khusyuk seperti itulah kali pertama saya merasakan manisnya 'solat'. Indahnya 'solat', nikmatnya 'solat'. Tenangnya 'solat', bahagianya 'solat'.
Sepanjang doa, saya sebutkan semua dosa. Saya luahkan semua pada Allah. Menangis, merayu, memohon, mengadu.
Hinggalah selesai melakukan solat taubat, saya terasa 'ringan'.
Wallahi. Sangat ringan.
Dan ya, yang memberatkan perasaan selama ini adalah 'hati-hati' yang hitam.
Ketika itu saya sedar, bahawa hanya Allah tempat bersandar. Apabila Allah menjadi tempat sandaran, seluruh fikiran dan jiwa merasa 'mahu dekat' pada Allah setiap saat. Dan tidak mahu 'satu saat' pun terpisah dengan Allah. Bahkan seluruh jiwa mengadu domba lalu kita pilih Allah untuk curahkan semua rasa dengan harapan Allah akan bantu kita dan pasti bantu kita.
Menangislah kerana cintakan Allah.
Menangislah kerana rindukan Allah.
Menangislah kerana kasihkan Allah.
Menangislah kerana 'takut jauh' dengan Allah.
Menangis kerana sedar betapa kita kerdil. Kita hina. Kita zalim terhadap diri. Kita lemah. Dan kita tidak ada siapa-siapa yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah. Dengan linangan air mata, nyatakanlah kecintaan kita pada Allah bukan kerana mengharap syurga atau takutkan neraka tetapi semata-mata kerana kecintaan kepada Allah.
Buat
Yang 'berhati keras'
Apa salahnya menangis ?
Jika memang menangis itu membuatkan kau menjadi sedar ?
Apa salahnya menangis ? Jika memang menangis itu merupakan 'kelembutan hati' seeseorang mukmin. ?
Apa salahnya menangis ?
Bukankah di antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah adalah yang berdoa kepada Rabb-Nya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata ?
Dear my brother and sister, i tell you again, For how long u need to busy with dunya ? For how long u need to busy with 'maksiat' ? For how long ?
If you're still breathing.
It's not too late.
Begin now !
Hari ini kita melihat 'orang mati'
Esok orang melihat 'kita mati'
You can't run away from death.
Even if you were in a fortress with wall built up high.
Death is going to come and find you.
Again, death is going to come and find you!
Allahu..subhanallah.alhamdulillah..
BalasPadamAlhamdulillah ... DIA sayang tu, masih beri peluang ...
BalasPadam