18 September 2015

# Luahan hati

MAAF | Terasa sangat bersalah


Hari ni hari terakhir kelas sebelum bermulanya cuti midsem dan hari raya aidiladha selama seminggu. Hurmmm.. hati memang tak sabar nak balik kampung. Tapi time-time macam ni, rasa tak sedap hatilah pulak.

Dear kawan,
Sorry beb, sebab aku dah macam susahkan kau. Sebenarnya aku yakin kau mampu buat semua tu tapi kau pulak yang tak yakin pada diri sendiri. Apalaaaa. Bila kau pun dah macam tade mood, macam nak marah je tetiba aku pulak yang rasa tak sedap hati. Kau marahkan aku ke? Kau tak puas hati dengan aku ke? Ishhh.. serius aku rasa tak sedap hati.

Beb, Sorry sebab aku petik nama kau. Mesti kau kata aku ni menyusahkan kau, kan? Sorry. Bukan tu niat aku. Tadi waktu Madam Lim, siapa budak kelas kita yang pandai lukis. Dalam kepala hotak aku hanya imaginkan kau je. Sebab aku tahu kau kreatif. Ingat lagi waktu orentasi dulu, kaulah yang banyak lukis-lukis untuk group kita. Setiap kali ada perbentangan, kaulah yang paling banyak sumbangkan idea kreatif. Tapi tulah.. Aku ingatkan tadi Madam tanya untuk program kita rupanya tidak. Tak sangka pulak aku jadi macam ni. Lagipun last sekali tadi baru dia cakap, ini untuk kerja personal dia. Hampeh.

Beb, aku tak berniat pun nak susahkan kau. Huhuuu, aku cuba cari budak lain yang pandai lukis ea. Alaaa kau janganlah nak emo-emo sangat. macam tak best laa beb. Aku pulak yang rasa serba salah. Rasa macam tak selesa. Tak sedap hati pun ada. Macam nak nangis pun ada. Entah! macam-macamlah yang aku rasa time nie. Tapi, memang aku yakin pun kau boleh buat sebenarnya. Cuma kau je kowt yang tak yakin dengan diri sendiri. Hurmmm..

Aku harap cuti nie kita dapat happy-happy. Enjoykan diri masing-masing. Nanti dah habis cuti, kita dah kembali sibuk dengan segala bagai kerja. Harap nanti dah habis cuti, isu ni dah tade tau. Hurmmm..




3 ulasan:

  1. yang lepas biarkan.jadikan panduan.jernihkan semula ukhuwah.

    BalasPadam
  2. Insyaallah.. ok la dia nanti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...