Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Bertudung bukan bermakna aurat sudah sempurna

Bertudung bukan bermakna aurat sudah sempurna. Tidak.

Andai tudung tidak melepasi dada, adakah dinamakan aurat ? Tidak.

Berpakaian tetapi seakan tidak berpakaian. Apa maksudnya?

Maksudnya, kita pakai baju & pakai seluar, tetapi malangnya semua ketat. Semua ikut badan.

Masalah remaja sekarang, sanggup habiskan duit, hantar kedai, semata-mata nak kecilkan seluar. Kecilkan baju. Kalau kecilkan tidak nampak badan, tidak mengapa. Ini tidak, nampak segalanya.

Eh, awak. Apa motif ? Sebab apa ? Sebab nampak cantik ? Sebab nak ikut trend ? Sebab kalau pakai baju besar nampak kolot ?

Sebenarnya, awak la yang kolot. Perintah Allah tutup aurat ni, bertahun lama sudah.

Tetapi, awak masih seakan berada di zaman jahiliah dulu-dulu. Zaman jahiliah dulu pun lagi okeyh!

Tidakkah kolot namanya itu?

Apa gunanya ikut trend ?
Dapat pahala kah ? Tidak bukann?
Kalau nak bertrend pun, silakan. Tetapi, biarlah menepati syarak.

Jangan ikut sesuka hati, sampai memakan diri sendiri.

Awak nak nampak cantik dimata siapa? Dimata crush? Dimata boyfriend ?

Sebenarnya, kalau lelaki lihatpun, bukan sebabnya kita ni cantik. Sebab kita ni 'sedap' . Sedap dipandang oleh mereka. Nantak lah kita ni gemuk, kurus, sederhana gemuk ke hape.

Diorang lihat dan menikmati. Diorang terbayang-bayang body kita. Belum termasuk dengan dia beritahu kawan dia yang lain lagi. Hurmm.

Agaknya berapa puluhan ribu mata yang jadikan kita 'televisyen' ye ?

Walaupun dia seorang ustaz, kuat agama, lelaki tetap lelaki. Mereka punya nafsu. Yang membezakan nya, cara mereka 'kawal' .

Kaki. ..
Tidak semua tahu dan praktikkan.
Kaki juga wajib untuk ditutup.

Panas lahhh pakai.
Eh awak, pergi sekolah pakai stokin boleh pulak ? Takut cikgu marah ye ? Peraturan sekolah katanya.

Cikgu atau Allah. Yang mana lagi berkuasa ?

Kenapa peraturan sekolah kita boleh ikut tetapi peraturan Allah kita liat sangat ?

Jadi, berpakaian hanya ada tiga syarat.

1) Tudung melepasi dada.
2) Pakaian tidak ketat sehingga menampakkan anggota badan.
3) Pakai stokin. Tutup kaki pun aurat.
Kalau terkurang sedikitpun, kita yang menempah azab.


Kalau nak jadi cantik, tutuplah aurat.
Kalau nak syurga, tutuplah aurat.
Kalau nak tenang, tutup lah aurat.

Tetapi,

Kalau rasa nak ditonton, bukaklah aurat.
Kalau rasa nak neraka, dedahkan la aurat.
Kalau rasa nak cantik pada pandangan manusia sahaja, bukaklah aurat.

Semoga kita tidak silap memilih jalan ke neraka. Syurga, neraka kita yang tentukan.



Sekian, ingatan tulus ikhlas buat hawa yang disayangi.

3 ulasan