Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebab aku bencikan bus tranasional

Nak dijadikan cerita, 27/09/2015 aritu aku selamat sampai ke TBS lebih kurang pukul 5:30 pagi. Perjalanan yang memakan masa hampir 10 jam dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan tu memang betul-betul menguji hati nurani aku. Serius memang menyakitkan hati sepanjang berada dalam bus.

Setelah hampir seminggu kau bercuti, melepak di kampung akhirnya tiba masa untuk aku kembali merantau. Kalau ikutkan hati aku nak cuti dua minggu, tapi lect tak bagi. Jadi, disaat-saat akhir aku beli tiket untuk balik hostel. Bayangkan, malam raya Aidiladha aku beli tiket tu. *adik aku yg tolong belikan sebenarnya*. Tiket waktu tu memang agak terhad, dalam erti kata lain dah hampir kehabisan. Tak banyak pilihan dah pun. Kebiasaannya, aku akan ambil bus S.P. Bumi dan akan turun di Terminal Seremban. Tapi disebabkan kehabisan tiket so aku terpaksalah naik bus Tranasional yang turun di TBS.

Ok, aku tak kisah turun di TBS tu. Yang menyakitkan hati aku adalah bus tu. Bus Tranasional yang langsung tak mesra alam. Dahlah bawak penumpang melebihi had. Lepas tu perangai pemandu yang entah apa-apa. Bajet good-good je pakcik driver tu. Emo, garang yang amat kowt. Bila tanya, jawab dengan suara macam marah-marah. Sakit pulak hati aku. Kalau diikutkan, dalam tiket ada tercatat no kerusi yang akan kita duduk ketika dalam bus tapi hampeh. Kebetulan waktu aku masuk bus, cari punya cari nombor kerusi, sekali aku tengok dah ada orang duduk dekat situ. Bila aku pergi tanya driver bus, dia cakap duduk je mana-mana pun, sama je. Ya Allah, macam membara giler hati aku. Kesudahannya, disebabkan tade pilihan aku terpaksalah duduk disebelah penumpang lelaki. Padahal kalau diikutkan, aku punya single seat kowt. Dahlah seat sempit, memang betul-betul tak selesa. Sepanjang jalan, memang tidur aku terganggu. Si lelaki sebelah tu tak habis-habis tidur kepala terlentok pada aku. Disebabkan geram punya pasal, last sekali aku tolak je kepala dia tu. Padam muka. Maaf, bukan nak kurang ajar tapi disebabkan dah berkali-kali aku tegur dia buat dono. Terfikir jugak, si lelaki tu nak ambil kesempatan ke apa. Sabarlah hati.

Sebelum ni aku pernah sekali naik bus Tranasional dari TBS ke Kuala Terengganu. Perkara yang sama juga terjadi pada aku. Sejak kes tua, aku dah tekad nak mogok dengan bus Tranasional. Tak nak dah naik bus tranasional. Perkhidmatan dia tak mesra alam. Langsung tak sistematik. Tapi disebabkan dah tade pilihan, itu yang aku terpaksa jugak naik bus Tranasional aritu.

Ok, aku belajar dari kesilapan. Ambilkan kesemua tu sebagai iktibar. Lepas ni, beli tiket awal. Jangan mengedik last minute baru nak beli tiket. Yang paling penting lepas ni tak nak dah naik tranasional. Cukuplah dua kali perkara sama terjadi pada aku. Tapi nanti kalau terdesak mungkin akan aku naik lagi kowt. Siapa tahukan, mungkinlah. Apapun, bus Tranasional memang pilihan terakhir aku. 


Tiada ulasan