28 September 2015

Monolog | Part 6

Bila teringat² assignment yg berlambakk² tu tetiba rasa mcm
nk migrain pulak. Ikut hati semua nak settle dlm
satu hari je tapi kemalasan punya pasal smpai ke hari ni
lngsung tak t'usikk lagi.Oichhh keusahawanan, kepimpinan, bi,
oich subjek bengkel matilanakkkk tgh pemalas nak mampus sngt ni
‪Harap‬ ada magic last² minute nanti -_-'

Sebenarnya hati ni rasa macam nak menangis je. Kepala tengah kusut kowt. Lagi-lagi bila terfikirkan pasal assignment yang tak siap lagi. Banyak tu, kerja menanti untuk disiapkan. Hurmmmm.. rasa macam menyesal pulak sebab tangguh-tangguhkan kerja. Tapi aku tanggu bersebab. Sebab malas nak buat research, malas nak mencari, malas nak memeningkan kepala cari isi-isi yang diperlukan. Okay, alasan tu boleh diterima ke tidak? Sah! Alasan direject serta merta. Kan.

Untuk sekian kalinya, malam ni kepala aku kusut. Banyaknya kerja yang tak siap. Subjek keusahawanan, awal semester lagi lect bagi. Katanya hantar dua minggu sebelum final. Macam cepat je masa berlalu. Rasanya tinggal agi sebulan untuk aku hadapi final. Jadi, nak tak nak kenalah cari masa untuk siapkan keusahawanan tu secepat mungkin. Hurmmm untuk kerja yang individu tu mungkin aku boleh siapkan hujung minggu nanti. Tapi untuk yang kumpulan tu macam kusut aku fikirkan. Semua pakat nak serahkan senijik atas kepala aku. Matilanakkkk macam gini!

Untuk subjek Kepimpinan pulak, aku malas nak research bahan yang diperlukan. Macam rumit je kerja yang diberikan. Banyak sumber kowt yang perlu dicari. Macam nak migrain aku rasa. Dengan kerenah lect yang sedikit cerewat, dengan kerja yang sedikit rumit. Memang macam apa je aku rasa skrng ni. T_T

Untuk subjek BI, aku mcm malas nak research tentang Job Streat. Huhuuu pemalas! Strees giler kowt bila aku fikir pasal BI ni. Mana nak settlekan kerjanya lagi. Mana nak buat detail resume ikut formatnya lagi. Mana nak praktis untuk interview nanti lagi. Dahlah nanti interview aku sorang-sorang. Padahal yang lain semua berdua kowt. Matilanakkkkkk, mesti berterabur interview aku nanti. Hah! Kalau tak percaya tengoklah nanti macam mane.

Hurmmm subjek bengkel pun ada kerja. Untuk subjek Talian Atas Voltan Rendah, aku tak settle lagi ikat tali untuk tangga tiang lampu jalan. Dah lama rasanya aku tak naik tangga. Dah lama aku tak panjat tinggi. Macam takut, gayat pulak nak panjat tangga nanti. Apapun aku harap sangat kerja ni cepat settle. Malas nak fikir-fikir pasal talian atas ni lagi dah. Penat!

Malam ni, aku rasa macam emo. Serba serbi, semua yang aku buat macam tak kena. Macam ada yang tak lengkap, macam ada yang terkurang tapi apa entah. Aku pun tak pasti. Mungkin sebab aku terlalu fikirkan sangat kowt. Apapun aku harap segalanya dipermudahkan. InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan cuba untuk settlekan satu demi satu kerja. Tak nak dah tertangguh-tangguh. Lagi pun masa skrg ni macam dah suntuk. Pejam celik pejam celik dah dekat nak final. Hurmmm tempat praktikal pun aku tak jumpa cari lagi ni. Makkk aikkkk rumitnya hidup sebagai seorangs tudent ni. Heheeee... Sabarlah hati, tabahlah jiwa, kuatlah diri. InsyaAllah aku mampu lalui semua ujian dan dugaan ini.





Previous Post
Next Post

post written by:

4 ulasan:

  1. semoga terus bersabar dan bersemangat untuk berjaya.! saya pun baru nak mula kelas minggu ni. hihi. sama-sama berdoa k.. :)

    BalasPadam
  2. Sukahati je nak magic2 kan..hehe.

    BalasPadam
  3. All the best .manage your stress well , insyaAllah Allah permudahkan

    BalasPadam
  4. Memang time nak final asignment berlambak-lambak. Masa gini mental kena kuatlah. Tabahkan dan tenangkan hati sikit, InsyaAllah, semuanya akan ok.

    BalasPadam