Dari mana datang cinta ?
Kita akan jawab dari mata turun ke hati.
Namun sebenarnya cinta datang melalui 'rasa' dari si Pemberi Cinta.
Mana mungkin cinta itu semestinya akan hadir setelah kita mengenali paras wajah, setelah kita bertemu empat mata, atau setelah kita saling berpandangan dan bertukar janji manis dan madah bicara.
Lihat saja Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang kita kasihi. Tidak sempat kita jumpa baginda, tidak pernah bersemuka apatah lagi berdepan dengan baginda, tidak pernah mendengar bicara baginda. Tapi rasa 'cinta' kita terhadap baginda masih ada. Bukan hanya asbab kita tahu baginda punya pakej yang mulia di sisi Tuhan, tapi sebab Tuhan beri 'rasa' itu kepada mereka yang ingin 'Rasa' itu.
Kita manusia.
Diberi hati dan perasaan.
Lalu hati dan perasaan inilah yang mengeluarkan pelbagai rasa. Ada bahagia, ada derita, ada kecewa, ada sedih, ada sesal, ada tangis, ada rindu dan segalanya. Hati dan perasaan setiap orang tak sama. Tetapi hati dan perasaan orang yang dahulukan 'Allah', Insya Allah sentiasa sama. Iaitu berusaha mencari redha Allah. Berlari menuju Allah. Inilah matlamat larian yang harus dilakukan oleh setiap umat hari ini.
Sama ada larian pecut, larian anak, atau apa saja jenis larian. Yang utama ialah kemana larian kita tuju. Dan ingat, sekalipun kita lari pecut tetapi bertentangan arah dan matlamat, kita tetap gagal sampai ke destinasi.
Ustaz Ebit pernah kata, Tiada Tuhan yang memberi bahagia melainkan Allah. Jika hari ini berkumpul semua kuasa dan kerajaan dalam dunia untuk beri kita derita, jika Allah kata kita bahagia. Kita pasti bahagia. Allah pemilik segalanya. Dulu, kini, selamanya, Allah pemilik bahagia.
Dedahkan pertunangan bukan aib, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga.
Putus tunang juga bukan aib, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga.
Hatta tak jadi akad juga bukan aib, yang aib ialah apa yang dijaga tak dijaga sebelum akad.
Kuncinya satu.
Jaga apa yang patut dijaga.
Benar iman naik turun.
Sebab itu Quran diturunkan.
Untuk mengubah hati,
Dari jahat kepada baik
Dari negatif kepada positif
Dari kotor kepada bersih
Dari gelap kepada terang
Dari bengkok kepada lurus
Dan akhirnya 'cahaya keimanan' hadir lagi dan lagi. Sehingga meyakini sebenarnya diri bertunang dengan kematian. Hatta yang sudah bersuami dan beristeri, anda tetap tunang kepada kematian. Takkan pernah 'putus' sekalipun kita berusaha untuk 'putuskan'.
Maka baca.
Baca quran.
Cinta, rindu, sayang, benci, geram, sakit hati, derita, stress, trauma, tekanan, maka baca Quran.
Kita jaga Quran, Quran jaga kita.
Bayangkan satu masa dalam kubur ketika malaikat nak pukul kita dengan kuat dan pedih, datang satu suara berkata,
" Lepaskan dia. Jangan pukul dia. "
Lalu malaikat bertanya, siapa kau ?
" Aku (quran) sahabat, teman, kawan dan pendamping dia semasa hayatnya. "
Masya Allah. Masya Allah.
Can u imagine the amazing imagination ?
Rabb,
Segala Puji kepada-Mu menciptakan 'jarak' ini, untuk memelihara 'rasa' ini.
Laluilah hidup ini dengan cinta.
Cinta kepada-Nya.
Kerana kita milik-Nya.
Selamat meneruskan perjuangan mencari ilmu dan cinta Allah.
Buat 'kamu', semoga penerbangan esok dalam jagaan Allah ke Negara yang dituju.
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Semua dah tertulis, kita nie ikut skrip jer ...
BalasPadam