Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara dakwah keluarga muslim yang tak taat.

Macam mana nak dakwah keluarga muslim yang tak taat pada Allah, seperti tak solat tutup aurat etc2 tanpa menyakiti mereka.

1. Contoh yang baik (qudwah hasanah)

Walaupun mak ayah kita tak solat, abang kakak kita tak solat, nenek atuk kita tak solat. Jadilah antara 1 golongan yang solat, yang pelihara solat, yang jaga solat, yang rasa bersalah bila tak solat, yang rasa nak nangis bila abaikan solat. Yang rasa kosong bila tak solat, yang rasa lemah bila tak solat. Jadilah golongan itu. Tunjukkan contoh juga salah satu dakwah tanpa menyakiti hati mereka.

2. Doa

Kadang kita nak mak ayah kita berubah. Nak mereka solat, nak mereka balik pada jalan Allah, nak mereka tutup aurat, tapi doa kita pada Allah seperti 'acah-acah'. Kenapa saya cakap acah-acah ? Sebab kita tak istiqamah doakan mereka. Percaya atau tidak hatta dalam solat 5 waktu belum tentu kita doakan mereka secara berterusan, bukan ? Dan mungkin kita sendiri abai solat macam mana nak doa sungguh pada Allah ? Doalah. Yakinlah doa pada senjata yang sememangnya tajam jika Allah sebagai sandaran.

3. Menangis

Jujur cakap, ada anak yang nak ayah masuk syurga, nak mak masuk syurga, nak semua ahli keluarga masuk syurga tapi air mata yang di titiskan semata-mata kepada hal lain. Semata-mata kerana putus cinta, kerana sakit hati kepada kekasih, semata kecewa pada kekasih, semata lemah bila diduakan. Why ? Nilai air mata sangat berhaga awak. Dan jatuhkanlah air mata pada benda 'yang berharga'. Menangis di solat malam, minta sungguh2. Kalau boleh bangun tahajud 7 kali dalam seminggu, maka 7 kali lah nangis pada solat malam. Nangislah. Nangislah semahunya.

4. Tegur sembunyi

Bila ayah tak solat, try borak dengan ayah semasa ayah sedang duduk sendiri. Try tanya dengan lembut, ayah. . Ayah Sayang Allah tidak ? ayah solat erh. . Dan perhatikan kedua anak matanya. Ataupun bila mak bersendirian, datang ke arah mak dan tanya lembut, mak . . Nanti kakak belikan tudung besar nak ? Perhatikan anak mata mereka. Pandang dengan pandangan cinta. Percayalah, kita akan rasa nak 'menangis' bila lihat anak mata mereka bila pandang dengan pandangan cinta.

5. Ajak

Time masuk waktu solat, ajak ambil wuduk hatta pesanan kita sering dibuat tak tahu. Biarlah kita dah ajak banyak kali tapi mereka taknak, minggu depan try lagi ajak. Again and again. Paling-paling mereka akan cakap, haa pergilah dulu, mak nak ke dapur. Haaa pergilah, ayah baca newspaper ni. Mesti kita rasa sedih sebab tak dihargai tapi takpa kita kena kuat. Ajak lagi jangan stop.

6. Media

Tak kira lah tv ke, internet ke, radio ke, vcd ke. Time semua ahli keluarga tengah kumpul dekat ruang tamu tu, try buka mana-mana tazkirah dari ustaz ustazah yang bermanfaat. Ini salah satu cara 'sindiran positif'. Kemudian pandang mereka senyap-senyap, percayalah dalam hati mereka pasti nak berubah, tapi tak tahu macam mana nak start, dan awak kena bantu mereka supaya kuat nak dekat Allah.

7. Buku

Belikan hadiah yang berulang kali buku agama kepada mak tentang aurat contohnya, kepada ayah tentang tanggungjawab suami contohnya, kepada abang kakak cara-cara solat contohnya. Hadiahkan mereka lagi dan lagi. Catat di buku tu, "Demi Allah, kakak sayangkan mak dan ayah sampai syurga. "

8. Jangan putus asa

Mungkin kita dah bagi contoh terbaik, dah ajak, dah bagi ini itu, dah usaha ini itu tapi masih tak menjadi. Mungkin kita ada satu masalah yang paling dahysat iaitu 'menyalahkan takdir'. Jangan pernah salahkan setiap tulisan takdir. Tetapi berusahalah untuk memperindahkan 'tulisan takdir'. Allah bukan tak nak dengar, bukan tak sudi makbulkan, Allah suka kita meminta lagi dan lagi.

9. Syukur

Siapapun keluarga kita, bagaimanapun keluarga kita, di manapun keluarga kita, apapun kisah keluarga kita, hatta latar belakang keluarga sangat tunggang langgang. Bersyukurlah. Ada orang yang tak punya keluarga, ada orang yang tak rasa cinta keluarga, ada orang yang tak dapat main gelak ketawa gurau bersama keluarga. Syukurilah hatta ia nikmat yang menyakitkan.

10. Buat mereka 'rasa bersalah'

Contohnya ketika bermusafir, try cakap nak singgah masjid sat. Telefon bimbit kita setkan waktu azan. Tiap kali masuk waktu, azan telefon bimbit bergema di rumah kita. Dan 'baca quran' memecahkan kesunyian subuh time mereka tidur lena. Banyak benda kita boleh buat tanpa sakiti mereka dengan lidah. Mustahil mereka tidak punya rasa bersalah.

Pilih sama ada terus perjuangan atau henti perjuangan.

Pilihan dakwah di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Dan ingat, biarkan Tuhan mencintai kita dengan cara-Nya. Hatta nabi nuh pun dakwah ribu tahun berapa orang je ikut ? Bahkan isteri dan anaknya berpaling arah. Yakin sehitam manapun gelapnya malam pasti ada bulan yang meminjamkan cahaya. Pilihan di tangan kita.

Teruskan bertahan dalam senyuman, walau hanya garisan tawar. Teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan. Dan teruskan hidup dengan semangat walau hidup ditimpa ujian berat. Kerana hidup perlukan perjuangan dan perjuangan perlukan kekuatan.

Tidak semua benda, kita boleh luah pada manusia. Hanya DIA yang mampu menghilangkan rasa sedih di jiwa, percayalah.

Kadang rasa nak lari dari masalah dan ujian yang menggila. Nothing to worries, nothing to think about. But, will it change anything ? No.

Sampai bila nak lari ? Hanya pada Allah disandarkan segala resah dan sedih. Moga air mata saksi segalanya di depan Tuhan.



Kekuatan dari Tuhan. Bukan dari insan. 

Tiada ulasan