Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebulan Pertama | Latihan Industri Sem 5

Tak pernah aku bayangkan macam mana hidup aku sebagai pelajar latihan industri di KTB Teknik Sdn. Bhd. Alhamdulillah, permulaan yang sukar beransur pergi. Kini hari-hari aku dipenuhi warna warni walaupun bukan warna warni tu setiap hari muncul.

Port Dickson


Port Dickson  | Bila tak dirancang pasti akan menjadi. Itulah hakikatnya. Lepak PD, serius kami langsung tak rancang sebenarnya malam tu. Kebetulan tengah makan, tetiba bebudak ni timbulkan isu esok kerja ke tidak. Bila dah comfrem tak kerja, terus cakap nak lepak PD. Okiesss aku follow je. Lepak PD dimalam hari, bawak pulak gitar hiburkan hati sambil-sambil melayan kepala giler-giler diaorang. Perhh memang ngam. Bermula dari lepak PD ni aku jadi rapat dengan diaorang. Hahaa bebudak kepala giler-giler. Nakal diaorang tapi masih berakal. Lepak dengan diaorang, satu je yang aku respect. Ngam satu kepala.

Bukit Batu Putih
Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih | Plan asal nak panjat Bukit Broga tapi tak jadi. Hahaaa si matpih buat perangai.. acah acah merajuk gitu.. okiess layankan je matpih.. jenuh nak dipujuk si tua tu.. kihkihkihhh tua tuaa.. last sekali plan berubah arah ke Bukit Batu Putih.. asalnya nak jejalan cuci mata.. sekali sampai sana terus tukar fikiran.. okiess jom kita hiking.. kita tawan Bukit Batu Putih.. maka terhasillah memori indah kami di sini.. setiap langkah penuh dengan gambar kenangan... Part paling best bila kami sesat waktu nak turun.. kihkihkihhh dekat sejam juga kami berlegar dalam hutan tu.. dengan dahaga yang teramat.. hanya Allah sahaja yang tahu.. pusing punya pusing tempat sama.. tanya punya tanya tetap tak jumpa jalan.. aku memang dah hampir putus asa giler.. kaki dah letih yang teramat.. dah laa tak cukup tidur... dugaaan sungguh.. pusing lagi dan lagi.. turun bukit nak tangga.. panjat denai akhirnya kami jumpa jalan keluar.. yahoooo bagai diberi nafas baru.. kihkihkihhh.. pengalaman berharga buat kami..

Telur dadar, Singgang Sotong, Sardin
Taman Tuanku Jaafar | Siapa cakap lelaki tak pandai masak? Tadaaaa.. balik kerja aku lepak rumah. Niat hati malam nanti baru nak keluar isi perut.. lapar.. tengah mengadap lappy tetiba matpih call ajak datang rumah.. katanya cepat sikit sebab dah lapar.. pulak dah.. aku dengan malas plus penat yang tak hilang lagi separuh rela hati bersiap dan gerak ke TTJ. Okiesss aku langkah kanan. Hahaa nampak telur dadar terhidang.. lepas tu nampak sardin terhidang.. tak lama lepas tu nampak singgang sotong terhidang.. alhamdulillah rezeki aku lettuw.. diaorang call ajak datang makan.. Simple tapi sedap..

Sup ayam, Kangkung masak belacan, ikan goreng,celur pucuk ubi, sayur kubis, budu cicah ikan panggang

Taman Tuanku Jaafar | Menu kali ni masakan bersama.. aku bahagian potong kangkung je.. yang lain matpih dan matlih yang settlekan.. sup ayam hasil air tangan matlih... kangkung masak belacan air tangan matpih.. masakan lain yang simple tu aku yang buat.. kihkihkihhhh.. menu yang simple tapi sedap.. alhamdulillah kenyang perut.

Sup ayam, telur masin, ayam goreng, budu

Taman Tuanku Jaafar | Menu kali ni 100% hasil air tangan aku.. hahaa tapi kami makan tak cukup geng.. yang lain balik kampung.. almaklumlah nak sambut raya cina bersama family katanya.. menu simple je aku masak.. yang penting makan bertambah tambah.. 

Take Note ; Hampir sebulan dah aku jadi warga Senawang tapi aku masih tak sempat nak terokai setiap jalan-jalan yang ada. Untuk setakat ni, aku hanya tahu jalan dari rumah sewa ke opis dan ke Taman Tuanku Jaafar (TTJ). Hari tu aku pernah ke Pejabat Pos laju Seremban sorang diri tapi sesat! Hahaaa aku mintak location dengan bebudak opis. Berpandukan location tu aku patah balik ke opis.. hahaaa lawakkan tapi itulah hakikat.. nantilah ada masa yang sesuai, aku terokai bandar seremban sorang diri..

Semoga hari-hari aku sentiasa meriah warna-warni.

Wanita Bidadari Syurga


Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita 

1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik. 

Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram. 

Bukan menjadikan dia lebih cantik!

Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat. 

Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا 
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)

Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka. 

Itulah yang dilakukan oleh Nabi salallahualaihiwassalam. 

2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa. 

Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa. 

Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik). 

Contoh: 

Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda. 

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat. 

Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu. 

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi. 



P/S : Orang lelaki juga akan masuk neraka dan diazab jika mengabaikan para wanita di bawah jagaan mereka. Tidak kisah, siapa ramai atau sedikit dalam neraka, asalkan bukan kita yang masuk ke dalam neraka!

6 Nasihat kepada Bidadari Dunia.



1. Jaga solat di awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitabMu pada hari ini”. 

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman-teman wanita yang lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Pengorbanan Seorang Ibu


Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami.

Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sikit ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi rumah.

Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.

Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pepagi lepas hantar kitorang pergi skolah abah singgah letak nasi lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasi lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.

Aku dapat duduk dengan mak sampai tingkatan 3, selepas itu aku masuk asrama Vokasional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasi kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasi setiap jumaat dia dah tahu, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu. memang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasi.

Duk asrama 2 taun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus pergi pekan beli, ingat lagi..harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia tetiap hari pergi kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu...

Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak motor, ni duit kerja anak ma, alhamdulillah dapat dah ma merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan masak sedap tengah hari tu. Tengah makan mak cakap “haa…makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni”, aku tanya kenapa kata ada surat kat depan. Dan dan aku pergi ambil baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia..lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abang sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lelaki. Abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pada Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Ssetahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma pergi klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada pakar kat hospital Mentakab. Diarang ambik sample darah.

Lepas seminggu diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena Kanser Payudara. Doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. Aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “mie..nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie..kain batik ma ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik”. Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital jengka. Bermula hari tu..keadaan mak makin hari, makin teruk. Seminggu mak kat hospital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk rumah, lepas tu abah terpakasa bawa mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap, tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktor ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga orang sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.

Semakin hari keadaan mak semakin teruk ..aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat hospital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kisah. Memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik perempuan kemudian mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. Mintak dengan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.

Bila mak sampai rumah. Suatu keajaiban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambil semua baju baru mak kami pakaikan pada dia sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas Mak tersekat-sekat..masa tu Mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.

Tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Ma… Emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa Emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum Emie selama ni, Emie mintak halal air susu yang Emie minum”, banyak lagi aku nak sebut pada Mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi Mak…. kami cium tapak kaki mak.

Air mata Mak mangalir. Kami letak adik tepi Mak. Bagi Mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata Mak mengalir bila tengok adik. Kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa Mak. Tak dapat merase kasih sayang Mak bisikkan sesuatu pada Abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi Mak.

Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan Mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan Mak. Tak nak seksa mak.

Tak lama mak sesak nafas. Abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian. Innalillahiwainnahiro-jiun….. Ibu tercinta pergi buat selamanya………



 INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA. AMBILLAH KISAH BENAR YANG SEDIH INI SEBAGAI PEDOMAN HIDUP, HARGAI MEREKA! 

Take Note : Kisah sedihnya aku baca dari salah seorang sahabat. Hati terpanggil untuk kongsikannya disini. Kehilangan memang sesuatu yang menyakitkan. lebih sakit apabila yang hilang itu adalah insan yang dekat dan yang amat kita sayangi. Pengalaman aku pernah meratapi kehilangan tak pernah aku lupakan. Berminggu lama aku berkurung diri. Berminggu lama aku menjadi penunggu yang setia, sabar menanti kepulangan walau hakikatnya aku sendiri tahu bahawa dia takkan kembali lagi. Alhamdulillah, kini aku semakin kuat dn tabah. Bila rindu, alfatihah aku sedekahkan untuknya. 

Penunggang Agama


Sejak kebelakangan ini, bersepah bukan yang menjadi ustaz dan ustazah instant. Cuba menjadi tuhan ke dua. Namun tak kurang juga, yang tinggi ilmu agamanya, namun tersasar iman dan akidahnya. 

Tidak,aku bukanlah gadis solehah yang para lelaki tinggi akhlaknya idamkan. Tapi aku sedaya upaya mencuba dan memperbaiki diri aku untuk ke arah itu yang di impikan seluruh wanita yang punya iman dan Islam dalam diri. 

Kita idamkan Allah datangkan kita jodoh yang terbaik buat diri kita, agama kita, keluarga kita dunia dan akhirat bukan? Bersepah dan berlambakan lelaki lelaki yang mencari mangsa dalam ruangan media sosial kini. Tidak terkecuali mereka mereka yang arif dalam hal ehwal agama, yang tinggi ilmu nya, seperti yang kita dambakan. Maka bermainlah ayat mereka, mencari gadis gadis yang perlu di baiki akhlaknya, diberi harapan masa depannya, di janjikan kehidupan yang tenang berlandaskan Islam dan syariat. Janji untuk menjadi iman dan pemimpin dunia dan akhirat. 

Hari berganti hari. Lelaki yang di pandang tinggi ilmu nya itu, yang hari hari berkata tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala, yang menasihati ke arah menjadi manusia yang lebih baik, semakin jauh dari tujuan asal. Dari mencari gadis gadis yang katanya untuk dijadikan makmum, ibu kepada anak anak nya, menggunakan lembut lidah ilmu nya, memperdaya gadis dan wanita yang dahaga akan ilmu nya. 

Berpesan pesan lah kita, aku kepada kamu wahai saudari saudari ku, jika dia benar benar menginginkan kita kerana agama nya, kerana pahalanya, kerana syurganya, tidak sekali kali dia bercakap dusta, berubah bicara. 

Terlalu banyak penunggang agama. Yang semakin sulit untuk kita bezakan, yang mana asli, yang mana bertopeng. Semoga Allah melindungi kita dari malapetaka dan bencana. Bencana jiwa yang bisa meranapkan dunia. Semoga Allah temukan kita dengan lelaki yang berjanji dengan Allah, untuk menjadi khalifah yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab dunia san akhirat. Wallahualam. 

Kita Semua Munafik


Aku teringat satu pesanan daripada seorang sahabat ni.

"Semua orang munafik. Kita semua munafik. Tapi sekarang InshaAllah kita sama-sama keluar daripada kepompong kemunafikan dalam diri kita ni... "

Memang hakikatnya, tiada siapa yang sempurna. Kita manusia, golongan muharikk (penggerak) ini pun ada kisah dan jalan ceritanya. Dan aku yakin, bukan semua yang berada dalam jalan dakwah ini mempunyai latar belakang yang sememangnya mengamalkan islam secara khaffah, secara syumul. Malah, mungkin ada antara orang yang terhebat dalam jalan dakwah dan tarbiyah sekarang ini dahulunya dia ialah kaki gamers, casanova, kuat bersosial atau mungkin pakai tudung singkat lilit-lilit, duit habis dilaburkan untuk perkara yang tak berfaedah. Boleh kata semua jenis kemaksiatan atau kejahilan kita pulun. Paling tidak pun, kalau memang daripada keluarga yang berfikrah, ada juga keji kejian di mana-mana.

Ya, ini kita. Hakikatnya, setiap orang ada lompongnya. Setiap orang ada kelemahannya. Dan sememangnya setiap orang ada kisah silam dia; yang mungkin dibiarkan rahsia.

Di sinilah bermulanya alkisah si munafik. Hipokrit. Ya, ini kisah kita, aku, kau dan dia. Si orang yang daripada kejahatan, kejahilan dan kemaksiatan, ingin membawa satu perubahan. Siapa yang pilih jalan ini akan merasai, inilah jalan pengubah dan mengubah. Mengubah erti nilai sebenar kehidupan kita.

Yakni, semua orang hipokrit. bagaimana si bengis itu boleh tanamkan perasaan cinta untuk menghabiskan tilawah satu Al-Qurannya dalam masa yang singkat, seperti mana itu juga ,si playgirl itu boleh menjaga pergaulannya dalam seketika, atau mungkin budak tudung bidang 45 bertukar menjadi tudung labuh bawah lutut. Ini semua hakikatnya memerlukan masa. Perubahan itu sendiri memerlukan masa. Dan memerlukan sifat hipokrit kita. Perubahan itu hipokrit. Berbuat kebaikan tanpa wujudnya keikhlasan. Berubah meninggalkan kejahilan ketika mana nafsu ini meronta untuk lepaskan ikatan.

Nah, kerana itu, jangan pernah bingung.

Jika dia masih berada di tampuk lama, nasihati dia, kerana perubahan itu bukan dalam sekelip mata ,yang kau sudah menganggap dia umpama malaikat. Bukan dalam sesaat , dia akan terus bertaubat. Hakikatnya, andai terzahirnya kesalahan, teruskanlah membimbing bukan menunding. Ya, kita sama. Aku dan kau, kita sama. Sama-sama ingin berubah dan menjadi pengubah. Sama-sama ingin keluar dari lembah kefuturan. Oleh itu, sama-sama perlu fahami , mungkin si dia sedang mencuba ketika mana kau kata dia sedang alpa.

Bagaimanapun, berbuat dahulu , berubah dahulu dan berkorban dahulu. Ikhlas akan datang kemudian.

Cermin diri, mungkin si munafik itu masih lagi kita.

Kenapa Perempuan Suka Membebel?


Perempuan dan membebel ni memang tak boleh nak pisah, sehari tak membebel memang tak sah dan membebel ni pun, tak kira status. Mak/isteri/anak dara, semua membebel. Lelaki la yang selalu jadi mangsa nak dengar semua niharap bersabar la ye, lumrah kehidupan :)

Tapi kenapa wanita suka membebel? Jom kita tengok satu2 sebabnya, mungkin betul mungkin tak. korang nak tambah, bantah semua boleh. Silakan

1. Wanita membebel kerana inginkan perhatian.

2. Sebagai tanda peringatan

3. Marah dan geram

4. Fitrah wanita tak suka memendam perasaan. Bila ditanya mungkin dia buat2 tak peduli dan tak kesah, tapi tunggulah dia da mula bercakap, macam peluru

5. Paras hormon estrogen yang tinggi dalam badan,buat wanita cenderung suka bercakap,meluahkan pandangan dan beri pendapat * ditafsirkan sebagai membebel*

6. Bukti kasih dan sayang.

Kadang2 terlebih bebel memang boleh buat kepala pusing dan bikin stress. Tapi ye la, kenalah tolak ansur kan. Ada orang cakap perempuan membebel ni comel? Erkkkk..otak dia senget.PENTIPU!!


Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?


Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. it’s feel torn apart inside.

Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.

Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…

…namun adakah semudah itu?

Semudah dengan mengucap maaf?


Belajar untuk percaya kembali setelah dikhianati

Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.

Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang? Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?

Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?

Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?

Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.

Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.

Bagaimana kita ketika itu?

Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?

Sepertinya agak mustahil bukan?

Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan. Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.

Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.

Sebabnya adalah untuk kita. Supaya kita bebas dari bebanan.

1. Beri diri kita masa untuk bertenang

Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.

Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati. Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.

Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu. Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.

Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.

Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.

Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.

InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah & kesedihan yang bersarang dihati.

2. Berhenti mencari jawapan

Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.

Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa. Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.

Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.

3. Masa hadapan adalah berbeza dengan masa lalu

Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain. Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.

Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita, kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?

Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?

Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.

Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.

4. Pengalaman hidup yang mengajarkan buat kita

Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.

Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.

Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.

5. Terbuka dan Berterus terang

Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa. Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.

Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.

Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin. Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.

Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.

Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.

Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa. Relationships do change sometimes.

Berilah kemaafan walaupun sukar. Belajar untuk percaya kembali

Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.

Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.

Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.

Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.

Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.

Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.

InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.

Oleh itu apa yang terfikirkan oleh anda sekarang ini?

Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan? Jadi bagaimana? 


Talak Tak Diharamkan Tapi Penceraian Dibenci


Beringatlah !

Dalam islam sendiri talak memang tidak diharamkan, namun Allah SWT sendiri sangat membenci perceraian. Dengan hal tersebut, hendaknya suami berhatI-hati dalam menalak istrinya. Karena hal itu bisa dianggap memepermainkan hukum islam.

Seperti dalam firman Allah SWT dalam Quran surat Al Baqarah berikut:
“Apabila kamu menalak istri-istrimu lalu mereka mendekati akhir idahnya maka rujukilah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan karena dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barang siapa berbuat demikian, sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan dan ingatlah nikmat Allah kepadamu, serta apa yang telah diturunkan Allah kepadamu, yaitu al-Kitab dan al-Hikmah (sunah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS al-Baqarah: 231).

Adab Melakukan Persetubuhan | Adab Berjimak

Gambar ihsan Uncle Google :-)

Adab Melakukan Persetubuhan | Adab Berjimak

1. Membersihkan gigi.

2. Sunat berwuduk terlebih dahulu.

3. Memakai bau-bauan.

4. Memohon ampun kepada Allah.

5. Bercumbu-cumbuan bagi menaikan nafsu isteri terlebih dahulu.

6. Bila kedua-dua pihak sudah bersedia hendak lah baca doa berikut :
"DENGAN NAMA ALLAH,YA ALLAH, JAUHKANLAH SYAITAN DARI KAMI DAN JAUHKANLAH SYAITAN DARI APA YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI(ANAK)" agar dapat dilindungi daripada syaitan.

7. Apabila suami telah keluar mani terlebih dahulu sedangkan isterinya belum hendaklah suami jangan lekas-lekas menarik zakarnya sebelum isterinya mencapai kepuasan (keluar air mani).

8. Sunat bersetubuh, pada malam Jumaat dan Isnin.

9. Setelah selesai melakukan persetubuhan jangan tergesa-gesa berdiri sebaiknya berbaringlah sebentar untuk menormalkan denyutan jantung.

10. Selepas melakukan persetubuhan hendaklah membasuh kemaluan masing-masing, kemudian berwuduk sebelum tidur.

11. Suami isteri hendaklah jangan saling melihat kemaluan antara satu sama lain.

12. Elakkan daripada bertelanjang. Suami isteri disyorkan menanggal semua pakaian masing2, tetapi keduanya mestilah menutup diri dengan sehelai selimut.

13. Ketika melakukan persetubuhan, kedua suami isteri haram membayangkan pasangan orang lain (bukan isteri atau suaminya).

14. Jangan melakukan AZL(onani) tanpa kebenaran isteri. AZL ialah suami mengeluarkan air mani di luar kemaluan isteri.

15. Disunatkan bagi suami berwuduk terlebih dahulu jika malu mengulangi persetubuhanya.

16. Diharamkan melakukan persetubuhan melalui dubur (lubang najis) isterinya atau ketika isteri sedang didatangi haid atau nifas.

*Larangan Jangan Main Terjah Terus*
*Amal Cara Islam, Dapat Ilmu Dapat Pahala* 

6 Sebab Lelaki Buncit Dan Gemuk Lepas Kahwin

Gambar Uncle Google

Pernah tak terfikir kenapa lelaki yang dah berkahwin berubah bentuk badan? Masa bujang sasa bergaya. Lepas dah kahwin, berubah bertambah darjah kecomelan. Nak kata mengandung 4-5 bulan pun boleh. Tapi ada jugak yang bujang, tak kawin2 tapi perut buncit

Ni ada beberapa sebab yang dikongsikan maskulin kenapa perubahan tu berlaku:

1.Semua kerja dirumah dilakukan oleh isteri
-Dulu waktu bujang semua buat sendiri,lepas dah kahwin ada isteri yang buatkan.

2.Makanan sentiasa tersedia dan tak perlu buat apa2
-Ada orang dah sediakan,dan tugas suami habiskan makanan

3.Isteri pandai masak
-Isteri pandai masak,boleh jadi sebab suami gemuk. Ye la, dah sedap kenalah tambah banyak kali kan.

4.Suami sentiasa di belai oleh isteri , buatkan suami malas
-Lepas makan, tengok tv. Nak2 pula boleh baring atas riba isteri, belai sikit je dah mengantuk. Lepas makan terus tido mananya tak gemuk.

5.Semua benda minta orang lain buat dan ambilkan
-Bila anak2 dah besar sikit, boleh la arah dorang buat itu ini. Malas sangat bergerak mana tak buncit dan gemuk badan tu.

6.Jarang bersukan
-Kadang2 sebab tak sempat sebab kekangan waktu kerja kan? Balik lewat dan penat,baik habiskan masa dengan anak isteri.

Adakah boroi/buncit dan gemuk tu tanda kebahagiaan? Kan orang selalu bergurau macam tu. Sebab2 di atas pun lebih kearah tu kan?

*Setiap orang ada pendapat sendiri :)

Dating Dengan Wanita Chubby, Apa Kata Anda?


Sebagai lelaki, wanita yang sering diidamkan selalunya wanita yang cantik, berpenampilan menarik dan manis di pandang.

Gadis yang berisi pula sering dipinggirkan dan tidak menjadi pilihan, padahal mereka ini mempunyai keistimewaan yang mungkin ramai lelaki tidak ketahui.

1.Personaliti yang ceria 

Gadis jenis berisi memang diakui ceria orangnya, manja, comel dan membuatkan orang sekeliling berasa selesa dengan mereka.

2. Soal makan? Tiada masalah! 

Berbeza dengan wanita cantik yang sangat cerewet hal makanan, jika anda gemar mencuba pelbagai menu, gadis berisi tidak memberi sebarang masalah! Mereka terimanya dengan hati gembira!

3. Mereka lebih setia 

Sama ada mereka berubah hati atau digoda oleh lelaki lain, itu bukan masalahnya. Gadis berisi seorang yang setia dan baik hati! Dia akan menjaga anda sebaik mungkin!

Dan pelbagai lagi kelebihan gadis yang berisi. Seperti wanita yang langsing, mereka ini juga boleh membahagiakan anda. Setuju?

Credit : Sini

Aku Menunggumu Kerana Allah

Perempuan kecewa,
kerana terlalu lama menanti jawapan,
Lelaki kecewa,
kerana terlalu lama memberi kepastian.

Ini bukan sekadar ceritera,
Agar kamu jatuh hati pada aku,
Namun, ini adalah kejujuran aku.

Mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku menyayangi orang yang mencintai-Nya, juga mencintai Rasul-Nya. Dan dengan keteguhan kamu boleh mengajak aku untuk semakin mencintai-Nya.

AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH.

Ini bukan sekadar monolog dalam hati aku untuk memikat kamu. Mengapa? Kerana aku tahu monolog itu menyempurnakan hidup aku. Dan pernikahan adalah sunnah Rasulullah dan Baginda adalah kekasih Allah.

AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH.

Ini bukan puisi desakan perasaan untuk sebuah penantian. Mengapa? Kerana aku tahu diri aku banyak kekurangan. Dan kerana itu, aku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hati aku. Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hati aku yang lemah dengan izin-Nya.

Sebagai perempuan; aku tahu, terlalu banyak yang harus diperbaiki. Kerana itu, aku menunggu kamu untuk menjadi pendamping aku dengan seikhlasnya. Untuk mendidik aku dengan sabar sehingga tetap keimanan aku terhadap-Nya.

Semakin dalam dengan izin-Nya disetiap hari dan untuk selamanya. Aku tahu dalam hati, aku tidak ingin hidup sendiri kerana aku berharap Allah menganugerahkan pada aku seorang imam untuk berkongsi banyak hal dan menerima kekurangan diri.

Bila benar dia ada dalam hidup aku, semoga nanti Allah memantapkan hati serta mendekatkan kita di jalan yang lebih diredhai-Nya.

Di raga manakah kamu bersemayam?

Sabar... dari sini aku menatap jejak kamu bagaikan bait aksara yang menari dalam doa. Di antara gemuruh ombak penantian aku. Izinkan monolog hati ini berdoa sebagai petunjuk arah kamu dengan izin-Nya.

YA RABBI,

"Rendamkanlah rinduku di jalan yang terbaik menurut Kau untuk dunia dan akhiratku, bila saudara dan teman tidak lagi cukup menemani kehidupanku. Maka hari itu yang aku tunggu, penantianku pasti kerana Kau tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-Mu." .

InshaAllah


Kenapa Dilarang Memukul Anak Kecik Sedang Menangis


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka..

#copypaste

Tips Menjemput Rezeki Bagi Peniaga Online


Jangan malu dengan apa yang kita sedang buat
Jangan sesekali mudah Putus asa dengan Apa yang org cakap atau lakukan. Anggap tu semua tidak wujud
Kita promote sakan biar orang rasa annoying sebab post kita berderet ja keluar di newsfeed.
Tapi , tanpa kita sedar ada saja orang yang tak disangka-sangka akan PM kita, akan whatsapp kita sebab berminat dengan item yang kita promosi. Rupanya mereka inilah yg senyap2 memerhati..
Memang benar, rezeki kita terselindung dan tak nampak.
Apa yang penting doa + usaha tanpa henti hingga menggapai segala impian...

Percayalah...Rezeki Allah itu luas & rezeki tidak pernah salah alamat selagi kita usaha..
Man jadda Wajada..

Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya



Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA

selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang

Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh


Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja

Kerana apabila ia mulai RETAK


tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa


Anggaplah dia manusia biasa

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat


Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT


Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba mencari makanan yang lain?


Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN

Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi

Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu

MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….

Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN

Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,

Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang

Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”


8C yang Buat Suami Membenci Isteri


C1. CABAR....
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL....
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR....
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT.....
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU.....
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET.....
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI....
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI.....
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.



Sebelum Berlaku Curang Ingatlah Pengorbanan Isteri Anda


Saya pelik dengan sesetengah lelaki yang sanggup menduakan isteri untuk wanita lain. Adakah kamu lupa pengorbanan isteri kamu?

Ketika saya berkahwin, saya baru mula kerjaya saya sebagai seorang technician di ibu negara dengan gaji RM900 sebulan. Waktu itu saya hanya menyewa bilik, duduk serumah dengan satu keluarga yang lain dan kami hanya tidur beralaskan tikar dan beg sebagai bantal.

Saya hanya ada sebuah motosikal buruk Honda EX5. Kenderaan itulah yang saya guna untuk pergi ke mana-mana membawa anak dan isteri berjalan-jalan. Semasa isteri nak bersalin pun, saya guna motosikal yang sama bawa dia pergi ke hospital.

Untuk mengurangkan bebanan saya, isteri saya mengambil upah menjaga bayi dan adakalanya buat nasi lemak untuk dijual di tingkat bawah pangsapuri.

Setelah dua tahun bekerja sebagai technician, saya tekad untuk sambung belajar. Isteri saya beri sokongan 100% dan pada masa itu hanya isteri yang bekerja. Saya tumpukan pada pelajaran saya.

Saya masih ingat lagi, ketika study, isteri saya study bersama. Sampai pernah isteri saya tidur bawah meja study saya di perpustakaan.

Tahun 2002, saya memperoleh ijazah saya dan tidak lama selepas itu saya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat kontraktor. Masa itu pun, gaji taklah banyak mana tetapi saya sudah mampu memiliki kereta dan menyewa rumah sendiri. Isteri pun masih bekerja membantu saya.

Setiap susah payah saya, isteri memang selalu bersama saya. Dari mula sehinggalah kini.

Alhamdulillah, sekarang saya dah ada syarikat kejuruteraan saya sendiri. Saya mampu untuk membeli rumah yang selesa, kereta yang selesa untuk keluarga saya. Isteri saya pun sudah lama berhenti kerja. Saya pun kerja on off, kadang-kadang saja masuk ke pejabat. Banyak masa diluangkan bersama dengan keluarga.

Saya pernah diuji dengan perempuan ketika perniagaan saya tengah meningkat naik. Ramai yang mendekati saya. Tetapi saya selalu ingatkan diri tentang pengorbanan yang telah isteri lakukan untuk saya sehingga ke tahap saya pada hari ini. Mustahil untuk saya menduakan isteri saya atas segala pengorbanan yang dia lakukan untuk saya selama ini. Dari tidak mempunyai apa-apa sehingga mampu hidup senang sebegini.

Isteri saya, nyawa saya. Untuk lelaki bernama suami, ingatlah segala pengorbanan yang isteri anda lakukan untuk anda sebelum anda cuba untuk berlaku curang. Tatap wajah isteri anda, anak-anak anda. Ingat kembali waktu susah senang bersama mereka.

Take Note : Terpanggil untuk cotertkan kembali kisah beliau disini. Terasa masih terngiang di telinga setiap patah perkataan yang beliau adukan suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, payah perit suatu ketika dahulu kini diganti dengan kebahagiaan.

Tip- Tip Mudah Bersalin


Tip- Tip Mudah Bersalin

1. Dua minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5 .Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13. Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

* Semoga bermanfaat untuk bakal-bakal ibu diluar sana dan semoga diri ini berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ini :)

Ajar Anak Lelaki Anda 5 Perkara Ini.

Gambar ihsan Uncle Google :)

Hari ini banyak kes viral yang kita baca tentang betapa rapuhnya peribadi dan akhlak seorang lelaki, seolah-olah lelaki sudah tidak layak menjadi pemimpin kepada para wanita (tetapi bukan semua lelaki).

Anak Lelaki

Maka sudah tiba masanya, ibu bapa perlu menekankan beberapa perkara apabila mendidik anak lelaki.

Tujuannya supaya anak lelaki tersebut bakal menjadi pemimpin yang amanah, suami yang penyayang, abang yang melindungi dan anak yang menghormati orang tua.

1. Respek Orang Perempuan

Bila ada anak lelaki, selalu ingatkan dia tentang perbezaan dirinya dengan ibu dan kakak (jika ada) atau adik perempuan.

Ajar anak untuk menghormati dan menghargai golongan wanita. Katakan yang wanita adalah golongan yang lembut dan perlu disayangi bukan dikasari.

Elakkan anak lelaki daripada bermain kasar seperti berlawan dan sebagainya dengan anak perempuan.

Jangan lupa beritahu anak lelaki yang mereka bertanggungjawab untuk melindungi ibu, kakak dan adik perempuan jika ketiadaan ayah. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia tahu tentang tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.

Apabila anak lelaki diajar menghormati orang perempuan maka mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyakiti golongan tersebut.

Barulah mereka akan membesar sebagai lelaki sejati yang bertanggungjawab dan tidak sampai hati menyakiti orang perempuan.

2. Ajar Buat Kerja Rumah

Biasakan anak lelaki turut membantu membuat kerja rumah. Bukan anak perempuan sahaja yang perlu ditekankan tentang tanggungjawab membantu kerja rumah.

Tak salah pun kalau mengajar anak lelaki membantu membasuh pinggan, menyidai pakaian, menyapu lantai, menjaga adik dan sebagainya lagi tugas rumah tangga.

Cuba lari daripada tipikal orang lelaki tak perlu buat kerja rumah. Mungkin di zaman dahulu orang lelaki sudah dimanjakan tak perlu membantu ibu membuat kerja rumah sehinggakan pinggan makan pun ibu yang angkat dan basuhkan.

Hasilnya apabila mereka bergelar suami, jadilah suami yang langsung tidak mahu membantu isteri. Maka, kita perlu lari daripada tipikal tersebut.

Didiklah anak lelaki untuk menjadi bakal suami yang tidak kekok membantu isteri di rumah.

3. Ringan Tulang

Bukan senang hendak menjadi orang yang suka membantu orang lain tanpa disuruh. Didiklah anak lelaki anda untuk menjadi lelaki yang ringan tulang. Didikan perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi di rumah.

Sentiasa ingatkan mereka untuk rajin membantu ibu dan ayah membuat sebarang kerja di rumah tanpa disuruh.

Bahkan ajar juga mereka untuk rajin membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira di mana mereka berada.

4. Jadi Seorang Ketua

Anak lelaki adalah bakal ketua. Jangan hanya membayangkan ketua sebuah organisasi atau negara tetapi anak lelaki adalah bakal ketua sebuah rumah tangga. Ketua yang bakal memimpin isteri dan anak-anak di masa hadapan.

Maka, asuhlah mereka menjadi ketua yang bertanggungjawab dan amanah. Hari ini ramai lelaki yang bergelar ketua keluarga menjadi ketua yang mengabaikan tanggungjawab dan tanggungan mereka.

Beritahu anak lelaki anda tentang perkara ini. Sentiasa ingatkan mereka tentang tanggungjawab seorang ketua!

5. Belajar Susah

Walaupun anda kaya dan berkemampuan menyediakan segala kemewahan untuk anak, simpanlah ia sedikit untuk perkara lain.

Tahukah anda, anak-anak yang terlalu dimanjakan dengan kemewahan hanya akan membesar sebagai anak yang lembik, tidak berdikari dan mungkin juga pemalas!

Tentu anda tidak mahu anak anda terutama anak lelaki masuk dalam golongan tersebut. Ajarkan mereka bagaimana anda berjuang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang anda miliki hari ini.

Maka mereka perlu juga berusaha dengan usaha sendiri untuk mencipta kejayaan di masa hadapan.

Semoga usaha tersebut mampu mendidik anak lelaki menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab dan takut dengan balasan daripada Allah SWT jika mereka tidak amanah.



Jin Ummu Sibyan | Jangan Lakukan 2 Hal Ini Jika Taknak Anak Diganggu


Jangan Lakukan 2 Hal Ini Jika Taknak Anak Diganggu Jin Ummu Sibyan

Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni,Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita mengandung,sebab itulah kanak kanak yang baru lahir perlu di azankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa kerja jin Ummu Sibyan?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah Mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.
Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”, jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan.
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.

Tanda tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan.
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

Kaedah rawatan pada bayi.
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh( Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku)InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Kaedah rawatan pada wanita mengandung..
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat ) pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

Kisah Pemuda Melihat Aurat Wanita


Kisahnya berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam. Pemuda ini terlalu baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang syurga, dia akan segera menangis kerana merindui syurga Allah, dan ketika Rasulullah s.a.w menceritakan tentang neraka pula, dia juga segera akan menangis kerana takutkan api neraka Allah. Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah mengamanahkan kepada pemuda itu satu bungkusan untuk disampaikan kepada seseorang dihujung bukit.

Pemuda Ansar itu menerima tugas dari rasulullah s.a.w itu dengan gembira.
Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan tugasan yang diberi Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya.

Ketika melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Pemuda tersebut terlihat akan seorang wanita.
Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar dan memalingkan wajahnya. Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.
Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Dia yakin Rasulullah s.a.w akan mendapat wahyu daripada Allah. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah s.a.w kerana rasa berdosa. Pemuda itu melarikan diri di kawasan bukit-bukit diantara Makkah dan Madinah.
Selama 40 hari pemuda itu tidak pulang.

Rasulullah s.a.w khuatir tentang keadaannya. Malaikat Jibril a.s turun memberitahu Rasulullah s.a.w tempat pemuda itu berada.  Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang. Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa : "Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosaku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar, "
Rasulullah s.a.w memujuknya untuk pulang. Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah s.a.w.

Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita. Lalu Rasulullah s.a.w memujuknya dengan membacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah.
Rasulullah s.a.w bersabda,"sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya."

Ayat itu bermaksud :"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada seksa neraka ..."
Tatkala Rasulullah sudah membacakan doa dari surah al-Baqarah itu, pemuda itu jatuh pengsan. Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan, jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasulullah s.a.w menyebut api neraka. Dia tebayangkan seksaan neraka yang teramat dahsyat.

Tidak lama selepas dia pulang, pemuda itu jatuh sakit. Rasulullah s.a.w tahu sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah. Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaan baginda, seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit.

Lelaki itu menghalang Rasulullah s.a.w daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda. Katanya, "Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku. Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih. "
Rasulullah menitiskan airmata kerana begitu terharu dengan ketakwaan pemuda itu.  Lalu Rasulullah s.a.w bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu.  Pemuda itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisi-Nya, bolehkah engkau tanyakan kepada Allah, apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?"
Rasulullah s.a.w berdoa dan turunlah Jibril a.s menyampaikan berita :
"Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu.Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun, lalu dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga!" 

Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa jenazah pemuda tersebut dibawa untuk dikebumikan, Sahabat terpandang Rasulullah s.a.w berjalan terjengket-jengket. Sahabat bertanyakan, apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca?

Lalu Rasulullah SAW menjawab "bukan wahai sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri. Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak. Aku berjalan begini kerana terlalu sesak. Aku terpaksa berjalan begini kerana ... tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini. Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa. Dia seorang lelaki penghuni syurga. "

Itulah kisah hidup seorang pemuda hebat.
Betapa takutnya dia dengan azab Allah s.w.t walaupun dia tidak sengaja terpandang aurat wanita itu.
Namun dia merasakan dirinya tetap bersalah yang teramat sangat, dan kerana ketakutannya terhadap azab Allah, sehingga menyebabkan ajal menjemputnya dipangkuan baginda Rasulullah s.a.w yang mulia..

Semoga kita tidak tergolong dikalangan manusia yang lalai. Allahu